“Adik dah lama maafkan akak, mintalah kemapunan pada Yang Maha Pemaaf.”
Aku sudah lama memaafkan Inara Syuhada ul. Sesungguhnya dugaan insan yang bercinta sentiasa ada banyak dugaannya.
Salah satu pasangan yang bercinta itu mungkin akan berubah hati.
Sesungguhnya insan yang bercinta itu kadang-kala akan menemui kegagalan sebelum menemukan insan yang benar-benar berhak mendiami hati mereka.
Kegagalan insan bercinta merupakan pengalaman yang paling berharga meskipun hati itu terparah luka.
Aku mahu berbahagia di dunia dan akhirat
Jadi aku melepaskan Hilman pergi dari hatiku
Agar dia berbahagia di dunia dan akhirat bersama insan yang benar-benar yang dicintainya
Aku mohon agar rahmati kami semua Ya Allah...
“Akak, sekarang ini, akak ambillah tempat adik, tempat di hati Hilman. Dan temanilah Hilman untuk selama-lamanya. Semoga berbahagia kakakku, Inara Syuhada ul.”
Aku berharap agar kakak dan Hilman tidak terjerumus lagi ke lembah dosa. Cinta antara kekasih adalah bunga kebahagiaan dalam hidup manusia.
Sinarilah ia dengan syariat Islam agar cinta yang sedang mekar itu tidak akan melayu dan terus mekar sepanjang hayat ini.
Inara Syuhada terus merenggangkan pelukan erat kakaknya. Perlahan-lahan dia mula bangun meninggalkan kakaknya menuju kearah emak dan ayahnya.
Semua yang berada di ruang tamu dapat mendengar jelas apa yang diperkatakan tadi. Termasuklah Hilman yang terkesima tetapi tetap membatu di tempat duduknya.
Share this novel