Hilman benar-benar sedih. Air matanya menitik perlahan-lahan. Betapa berdosanya dia pada Inara Syuhada dan Inara Syuhada. Selepas Inara Syuhada ul Syahirah usai berbicara dengan Hilman, dia berpaling sedikit menghadap tuan kadi yang memandangnya dari tadi.
“ Maafkan saya tuan kadi, jika saya terlanjur berbicara. Majlis pernikahan ini sedia dimulai sekarang. Bukan saya pengantinnya, tapi kakak saya, Inara Syuhada.”
Inara Syuhada seketika bersalaman dengan keluarga pengantin lelaki temasuk ibu Danniel.
Asy-syahirah sempat lagi berkata pada ibu Danniel bahawa Puan Kalsom amat bertuah dapat memiliki Inara Syuhada sebagai menantunya.
Dia berharap agar umi Hilman dapat menghargai kakaknya itu dan terima kakaknya seadanya dia.
Perlahan-lahan Inara Syuhada mengundurkan langkahannya dari ruang tamu itu. Meskipun dihalang oleh insan yang dicintainya, dia tetap mahu pergi juga. Mengundurkan diri tidak bermakna dia bersedih.
Pergi dari situ tidak bermaksud dia merana. Tapi dia cuma mahu turutkan kata hatinya itu dan pergi ke sesuatu tempat yang dirasakan tenang baginya dan menghayati betapa luas makna cinta itu sendiri.
Dia bukan untukku. Lalu dia dengan rela mengundurkan diri dan membiarkan cinta Hilman barpaut pada cinta Inara Syuhada. Sandarlah cinta sesama insan itu hanya kerana Allah, tuhan yang satu. hanya kerana Allah, cinta itu akan kekal sampai ke syurga.
Dan buat sekali ini dia lebih tegar membiarkan cintanya pergi. Cukuplah cintanya kepada Allah. Hanya cinta itu yang abadi. Cinta yang hakiki dan cinta yang bersemi di taman syurga bagaikan kelopak mawar yang harum baunya.
Doa Inara Syuhada, moga akan ada nanti cinta yang datang menemani hidupnya ini. Cinta dari seorang lelaki yang mencintainya hanya kerana Allah dan Rasulullah. Cinta dari seorang lelaki yang dapat menuntunnya di dunia dan akhirat.
Lelaki yang bakal mendidiknya dengan dengan penuh kasih sayang. Dia berharap lelaki soleh yang akan membawanya memasuki pintu syurga yang mana dia suka berkat dari keredhaan seorang suami.
Cepat atau lambat semuanya itu dia hanya menyerahkan pada Yang Maha Esa. Inara Syuhada hanya dapat mengaliri hidupnya bersama caturan takdir yang tertulis buatnya.
Tabahkanlah hatiku agar hatiku sentiasa tetap pada-Mu,Ya Allah. Doa Inara Syuhada, penuh ketu lusan dalam hati.
Share this novel