BAB 9

Spiritual Completed 887

Segala-galanya sudah terlambat untuk berpatah balik. Tapi mengapa dia sendiri tidak mahu mengakui kesalahannya itu?

Dia keliru. Dia rasa bersalah untuk berhadapan dengan Inara Syuhada dan tetap mahu meneruskan pertunangan itu.

Hatinya sudah terisi dengan cinta Inara Syuhada. Tapi dia tetap mahu meneruskan pernikahan ini juga kerana dia berasa kasihan terhadap tunangannya itu.

Tapi, tidak sedarkah dia rasa kasihannya itu akan menambahburukkan sesuatu keadaan. Dan banyak hati lain yang akan terseksa dan binasa. Tidakkah Hilman harus arif tentang permasalahan hati dan perasaan itu.

“Baiklah, majlis pernikahan ini akan diteruskan. Saya akan menikahi Inara Syuhada.”

Keterlanjuran rasa ini harus Hilman bertanggungjawab dengan lafaz ijab dan kabu keatas bakal isterinya. Dia lelaki, tidak seharusnya melarikan diri daripada masalah yang diciptakan olehnya sendiri.

“Terima kasih Danniel. Jangan biarkan kakak saya terkontang-kanting selepas peristiwa tersebut. Jadikanlah kakak saya milik awak dan pendamping awak selamanya. Peliharalah kakak saya dengan cara yang baik.”

Aku sudah cukup bersyukur pada-Mu Ya Allah kerana Hilman telah sedar akan khilafnya.

“Maafkan saya Syira kerana melukakan hati awak. Maafkan saya, kerana saya mencintai Inara Syuhada.”

Ketahuilah bahawa setiap insan pasti akan berbuat kejahatan ataupun kesalahan yang dia sendiri tidak menyedarinya. Ubat kesalahan itu adalah taubat. Taubat supaya kesalahan yang lalu tidak akan diulang sekali lagi.

“Saya dah lama maafkan awak Hilman. Hati manusia itu tidak boleh dipaksa pada sesuatu perkara yang dia sendiri tidak suka. Ketahuilah Danniel, kami kaum hawa adalah insan yang sentiasa ingin dipayungi oleh insan yang bernama lelaki sebagai tempat bergantung hidup. Perempuan itu dicipta dengan sifat seperti tulang rusuk yang bengkok. Kalau ingin meluruskannya, luruskanlah dengan penuh hati-hati agar tidak mudah patah dan kalau dibiarkan ia akan tetap membengkok.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience