“ Umi Ayah, Syira tak nak teruskan pernikahan ini. Maafkan Syira kerana memalukan umi dan ayah. Kakak yang lebih berhak untuk pernikahan ini. Dia lebih mencintai Hilman dan Hilman mencintai kakak juga.”
Aku tidak layak menghalang Hilman dari mencintai yang lain kalau benar dia sudah berubah hati.
Dan aku tidak layak meneruskan pernikahahan ini kalau laman ingatanku sudah mulai mengabur terhadap insan yang bernama Hilman Alif.
“Teruskan saja pernikahan ini, Umi Ayah. Tapi dengan kakak. Dia lebih berhak”
Inara Syuhada menyudahkan baris ayat yang terakhir. Selepas dia menyalami kedua orang tuanya, langkahannya terus diatur ke arah Hilman yang hanya duduk terkaku di tempatnya. Inara Syuhada jadi berani untuk menatap wajah insan yang pernah dicintainya dulu dan tetap dicintai sehingga kini.
Dia tidak pernah berubah hati. Tetapi dia mesti mengalah. Mencintai tak semesti dicintai. Dan dicintai tak semestinya mencintai.
“Kenapa awak lakukan begini Syira?!”
“Saya lakukan demi awak Danniel. Saya tahu awak mencintai akak saya sejak dulu lagi. Namun saya butakan hati berpura yang awak masih mencintai saya. Tak semestinya awak kenal saya dulu awak mesti bertahan bersama-sama saya.”
Dunia ini sarat dengan godaan. Manusia tidak pernah terlepas dari khilaf. Andai dia meneruskan pernikahan ini, Inara Syuhada bagaikan membetulkan kesilapan yang sememangnya sudah silap.
“Tipulah saya seberapa banyak yang awak mahu Hilman, saya relakan. Tapi jangan pernah sekali menipu hati dan perasaan awak. Kelak kita semua akan terseksa.” Ucap Inara Syuhada lagi.
Cinta itu terkadang pahit. Cinta itu terkadang manis. Cinta itu terkadang indah dan membahagiakan. Cinta itu terkadang rengsa dan sangat menyeksakan. Namun cinta itu jugalah selalu membahagiakan manusia yang mendambarkannya.
Share this novel