BAB 4

Spiritual Completed 887

Inara Syuhada mendengar berita itu dengan penuh kesabaran. Dia sempat bermohon pada hatinya supaya air mata ini jangan mudah mengalir di hadapan insan-insan yang dicintainya.

“ Tapi Encik Hilman kata itu semua perangkap dan dia tetap mahu meneruskan pernikahan ini.” Berkata kadi itu lagi.

Janganlah menyalahkan pada keadaan untuk menutup cela yang diciptakan sendiri.

Dugaan dan godaan sentiasa beriringan pada insan yang dilamun cinta. Syaitan pernah berjanji kepada Allah apabila dia sudah dicampak keluar dari syurga bahawasanya syaitan akan menyesatkan anak Adam dengan pebagai cara sekalipun.

“Maafkan saya jika mencelah, saya mohon supaya pernikahan ini dibatalkan.” Inara Syuhada berkata sedikit lantang dicelahan keriuhan yang tercipta.

Seisi ruang tamu itu menyepi seketika bagaikan menerima berita kematian. Ya Allah, sesungguhnya engkau telah menetapkan bahawa cinta ini bukan untukku. Aku pasrah dengan dugaan-Mu ini.

“Apa yang Syira merepek ni?! Bawa mengucap nak!” Kata umi.

Inara Syuhada hanya diam tidak berkutik seraya menundukkan pandangannya. Menutup hati dan perasaanya agar keputusannya takkan mudah tergoyah.

“Syira dah istiqamah umi, Syira nak batalkan pernikahan ini.” Penuh ketenangan Inara Syuhada menuturkan.

Dia hanya mendengar uminya menangis, dipujuk oleh ayahnya. Hati kerdilnya kesedihan yang teramat.

Inara Syuhada memandang muka kakaknya yang gelisah itu. Dia kembali tenang. Biarkan semua ini terjadi dan pergi. Dia sudah semakin tidak berupaya menahannya.

Semakin sesak dalam hati ini hanya Allah saja yang tahu. dan untuk rasa indah itu, Inara Syuhada ul Syahirah rela melepaskan pergi. Rasa indah itu bukan miliknya lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience