“Kak, Tempat ini bukan milik Syira sebenarnya. Akak yang lebih berhak.” Dia berkata perlahan kepada kakaknya yang sedari tadi berada di sisinya.
Dia dapat melihat kakaknya yang terkejut. Dia masih tenang.
“Bukan Syira yang Hilman cinta, tapi akak. Akak yang Hilman cinta sebenarnya.” Ujar Inara Syuhada ul Syahira lagi, sejujur hatinya.
“Apa yang adik kata ni?”
Aku tak berdaya memaksa Hilman mencintai aku lagi apabila hatinya sudah terisi dengan cinta yang lain.
Cinta yang dirasakan lebih bermakna buatnya. Cinta yang lebih berharga buatnya.
Aku tahu cintaku bagaikan tersia apabila Hilman mencintai yang lain. Tapi cintaku akan lebih tersia lagi jika aku tetap meneruskan pernikahan ini jikalau Hilman masih tetap utuh mencintai yang lain.
“ Dalam hati Hilman Alif cuma ada seorang hawa yang layak mendiami hatinya. Akaklah insan yang dicintai Hilman, perempuan yang diciptakan untuk Hilman sebenarnya.”
Inara Syuhada memandang ke dalam mata kakaknya yang meretak kaca itu. Inara Syuhada bagaikan tidak mampu berkata.
Dia akhirnya memeluk Inara Syuhada ul Syahirah, meluruhkan air matanya yang bertakung sedari tadi.
“Jangan menipu diri, hati dan perasaan kakak, bahawa akak mencintainya sejak kali pertama bertemu dengannya.” lembut pengucpan Inara Syuhada.
Digosoknya belakang badan kakaknya dengan kasih sayang. Tiada dendam yang tersimpan untuk kakaknya itu. Hanya kasih sayang yang semakin mekar buat Inara Syuhada.
“Maafkan kakak dik! Mafkan kakak adik!”
Share this novel