BAB 10

Horror & Thriller Completed 458

Angin mula bertiup kencang dengan bunyi unggas hutan bersahut-sahutan
jelas kedengaran. Susuk langsuir yang tadinya hanya menumpang di dahan
jejawi, kini berdiri betul-betul berhadapan dengan Haji Noh.

“Aku akan bantu Haji” Ghani tidak jadi untuk pulang bersama yang lain.
Dia rela untuk membantu Haji Noh walaupun perasaannya ketika ini begitu
takut. Tenungan makhluk di hadapannya itu sahaja, sudah cukup untuk
membuat tubuhnya seram sejuk.

“Aku tahu ini kawasan kamu. Dan aku tahu kami yang menceroboh. Tapi
urusan kami sudah selesai dan kami akan segera beredar dari sini” Ucap
Haji Noh.

Makhluk di depannya menderam agak lama sebelum mengilai.

Eeee….eeeee…

“ Apa yang kita nak buat Haji?” Ghani sudah berasa sesak nafas.

“ Kita tengok apa tindakan lawan kita tu. Kalau kasar, kita terpaksa
berkasar!”

Huh!..

Langsuir itu melompat ke hadapan menghampiri Ghani dan Haji Noh. Cakaran
kukunya dihalakan ke muka Haji Noh namun sempat dielak.

“Dah kasar ni!” Haji Noh mencapai potongan buluh yang berbaki tadi untuk
dijadikan senjata.

“ Kamu ke tempat aku bakar kemenyan tadi. Bakar yang ni” Beberapa butir
kemenyan diserahkan kepada Ghani. Dia segera berlari ke tebing sungai.
Haji Noh mahu mengalihkan perhatian makhluk itu supaya mereka berdua
dapat melarikan diri.

Ngeeee…

Langsuir itu sekali lagi meluru ke arah Haji Noh. Nyata sekali lelaki tu
itu merupakan sasaran utamanya. Serangan kali ini disambut dengan
pukulan buluh ke tubuh makhluk itu. Pukulan yang kuat itu menyebabkan
makhluk itu tertunjal ke belakang. Ianya berdegus marah dan bingkas
untuk menyerang semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience