Dahan jejawi yang diikat tali tadi menjadi sekah, hampir sahaja patah.
Seludang Tapah mengelupur dengan mulut yang berdarah tercucuk cangkuk
sauh. Makhluk itu menyebabkan pohon jejawi itu bergoyang-goyang bagi
ditiup angin.
“Huh..mujur lekat..lekas” Jerit Ghani. Dia dan lainnya bergerak ke arah
pohon jejawi. Semua mahu melihat tangkapan yang melekat di tali itu.
Huarghhhh!!!!!
Langsuir yang tadinya asyik menghidu kemenyan mulai berubah arah. Darah
dari muncung Seludang Tapah yang berjejeran,, sukar untuk diabaikan.
Rasa laparnya menyebabkan dia melompat semula keatas pohon jejawi.
He..hee..he…eee
Kini barulah langsuir itu menunjukkan sifat agresifnya. Kukunya yang
panjang dan wajahnya yang menyeramkan dipamerkan untuk menakutkan semua
yang ada. Dahan tempat dia bertenggek digoyang-goyangkan.
“Pergiiii, kami tak mahu kacau kau. Nyah sekarang..” Garam di tangan
Haji Noh dilempar kerah langsuir itu dan ianya bertempik gamat.
Weeee..ee..e..Eeeee…………….
Jeritan langsuir itu kedengaran bagaikan terkena kesakitan yang amat
sangat. Dengan pantas ia meluncur keatas dan terbang entah ke mana…
“Kita tak banyak masa, kejap lagi dia mesti balik ke sini, nak balas
dendam. Dia mesti ke tepi sungai sekarang, untuk cuci garam yang aku
lemparkan tadi…” Ujar Haji Noh.
“Apa kami nak buat Haji, senjata pun tak bawak nak bunuh benda celaka
ini!!!” Marah Hasbi. Dia memandang Seludang Tapah yang tergantung dengan
penuh dendam.
“Kamu jangan nak ambik tindakan yang bukan-bukan. Kita tak patut bunuh
benda ni, sebab dia ke sini pun atas kesilapan kita. Jangan sesekali
kamu ambil tindakan sendiri!!!”
“Benda tu bunuh adik saya..Nyawa… kena balas dengan nyawa..” Hasbi masih
mahu bertekak.
“Kalau kamu waras, kamu akan dengar cakap aku. Kalau kamu masih nak ke
sungai dengan selamat macam selalu, ikut apa yang aku suruh. Kalau benda
ni mati, banyak lagi yang akan ke mari. Mereka pun nak membalas dendam
jugak, sama halnya macam kamu!!!!”
“ Apa yang kita nak buat?” tanya Ghani.
“Naikkan dulu dia ke darat. Aku nak cakap sikit dengan benda tu”
Seludang tapah yang sebesar anak lembu itu didaratkan ke tebing sungai.
Giginya tang tajam jelas kelihatan apabila dia terkumat-kamit membuka
mulut.
Mulut Haji Noh sempat membacakan sesuatu, sebelum dia menghampiri
makhluk itu. Tangannya diletakkan ke kepala makhluk itu sebaik dia
hampir dengannya.
Share this novel