BAB 1

Horror & Thriller Completed 458

Pawang Masnawi berdiri diatas rakit di tengah-tengah sungai. Sebatang
buluh dipacak ke dalam sungai bagi mengelak rakit itu dari hanyut. Dari
senja tadi dia bertafakur, hingga ke saat ini matanya belum dibuka.
Mulut pawang buaya itu masih terkumat-kamit melafaz mentera. Orang-orang
kampung Sedeli Hilir beramai-ramai berkerumun di kiri dan kanan tebing
sungai untuk melihat apa yang berlaku.

“Huarghhh!!!” Pawang Masnawi menepuk air sungai. Tangan kirinya menabur
bertih ke dalam sungai.

Orang ramai menjerit-jerit melihat pusaran air yang muncul secara
tiba-tiba berhampiran rakit. Seekor buaya sebesar kerbau dewasa muncul
dari pusaran air itu menuju kearah rakit.

Di kiri dan kanan tebing, ada orang yang sudah bertempiaran lari. Cuma
dua tiga orang yang berani masih menunggu untuk melihat aksi pawang
buaya itu.

Buaya yang tiba itu mengangakan mulut seluas-luasnya sebaik kepalanya
mencecah hujung rakit. Pawang Masnawi menepuk-nepuk pangkal hidung buaya
gergasi itu.

“Aku tahu, bukan kau atau anak cucu kau yang punya angkara. Ada yang
lain yang mahu mencabar aku dan orang kampung. Sekejap lagi pasti dia
muncul. Dia pasti tidak tahan bisa keli dan air liur labi-labi yang aku
kirimkan tadi" Ujar Pawang Masnawi.

Buaya gergasi itu mengundurkan badannya ke tempat air berpusar tadi.
Perlahan-lahan tubuhnya menyelam ke dasar sungai dan terus tidak kelihatan.

“Berani kau mempermainkan anak cucu Adam!! Rasakan bisa keli dan air
liur labi-labi itu dulu sebelum ketemu aku" jerkah PawangMasnawi apabila
ternampak kelibat berwarna putih meliuk dan berpusing-pusing sekitar
rakit. Makhluk bermuka ikan itu semakin jelas kelihatan sebaik ia
berenang-renang di permukaan air.

“Siapa kau dan kenapa kau menyerang dan membunuh anak cucu kami" Suara
Pawang Masnawi bagaikan halilintar memecah bumi. Herdikan itu boleh
didengari hingga ke hujung kampung.

“Siapa tuanmu wahai Puteri Ayer. Ikan jadi-jadian puaka dan pembunuh.”
Seru Pawang Masnawi lagi.

Pergerakan makhluk yang dipanggil Puteri Ayer berenang, semakin lama
semakin lemah. Akhirnya dia berhenti keletihan di sisi rakit. Pawang
Masnawi mencekak rambut makhluk itu sebelum menariknya keatas rakit.
Makhluk yang bertubuh seakan jeli itu membuka mulutnya untuk menunjukkan
giginya yang runcing seakan ikan pirana. Matanya berwarna hitam dengan
mulut dan hidung seakan ikan haruan terkumat kamit meminta nafas.

“Kau tahu membunuh manusia itu haram bagi makhluk seperti kau, tapi kau
buat jugak. Di mana kau sorokkan mereka!!!!" Marah Pawang Masnawi.
Kepala makhluk itu dihenyak dengan tumit kaki kanannya. Berdecit bunyi
makhluk itu dengan darah yang meleleh dari mulut dan insangnya.

“Aku menuntut kau memulangkan nyawa-nyawa dan jasad-jasad yang kau dah
ambil!”Marah Pawang Masnawi.Dia tahu tuntutan itu tidak berasas, tapi
dia lontarkan jua untuk memuaskan diri sambil menyeksa makhluk itu.
Akhir sekali pasti dia akan menikam Puteri Ayer itu dengan keris pusaka
di pinggangnya.Dia mahu orang kampung menjadi saksi kehebatan dia
sebagai seorang pawang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience