BAB 4

Horror & Thriller Completed 458

“Macammana kalau ada yang bantah. Nak kuburkan asing-asing"

“Tahulah aku uruskan nanti. Sementara semua takut untuk ke sungai dan
jenazah pun banyak, aku rasa lebih baik kita kuburkan di kawasan kubur
lama belakang surau kita tu sahaja. Dekat pun dekat. Tak susah sangat
orang kampung nak bawa jenazah"

“Hurmmm…Aku tak bantah cadangan abang. Kejap lagi aku sampaikan pada
mereka….Cuma, macam mana kita nak yakinkan semua orang untuk gunakan
sungai macam selalu. ‘Benda’ kita takutkan tu pun masih bebas.”

“Kalau nak yakinkan orang kampung yang sungai tu selamat, kita kena
tangkap ‘benda’ tu"

“Yang handal macam Masnawi pun tewas. Siapa yang kita nak harap kali ini?”

“Tuhan kan ada bang. Kita sama-sama fikirkan ikhtiar yang sesuai.” Jawab
Haji Noh tenang. Dia bergegas ke masjid untuk menyertai orang kampung
menguruskan mayat.

Usai menguruskan mayat, Penghulu Zaaba mengumpulkan orang-orang kampung
untuk bermesyuarat.

“ Hari ni kita adakan kenduri arwah untuk semua. Aku akan keluar
belanja. Seekor lembu aku juga akan aku tumbangkan. Kita akan buat
gotong royong kenduri macam selalu. Oleh sebab ramai yang masih bimbang
untuk ke sungai, tak payah kita ke pekan beli barang. Apa barang yang
ada sahaja kita masak.” Perintah Penghulu Zaaba.

Semua yang ada akur tanpa sebarang bantahan. Ringan sikit beban mereka
dalam urusan tersebut.

“Haji Noh akan tolong selesaikan makhluk yang mengganggu kita sekarang
ini" Beritahu Penghulu Zaaba lagi. Haji Noh pula yang mengambil alih
sesi mesyuarat yang seterusnya.

“ Benda yang kamu cari tu bukan yang Pawang Masnawi tu tangkap. Puteri
Ayer tu tak kacau siapa-siapa, dia terikut siluman buaya tu sampai ke
sungai kita. Kalau dah disiksa macam semalam, siapa yang tak mengamuk!.
Kalau buaya tu balik ke tempat asal dia, dia akan ikut ke sana" Jelas
Haji Noh.

“ Habis, apa benda yang sebenarnya yang serang dan sembunyikan tiga
orang kampung kita baru-baru ni? Di mana pulak kita nak cari mayat
mereka semua.?” Tanya lelaki berjambang yang paling hadapan, Ghani. Dia
adalah orang kanan Pawang Masnawi.

“’benda’ yang kau maksudkan sebenarnya masih bebas. Aku dah kenalpasti
tempat sembunyinya. Cuma, untuk menangkap benda tu kita kena bertindak
di sebelah malam. Waktu dimana benda itu betul-betul berada di
sarangnya…. Dan aku nak, lima orang yang betul-betul berani dan gagah,
sama-sama ikut aku malam ni. Kita akan cari mayat-mayat tu malam
nanti….Lepas solat isyak, kita sama-sama ke sungai" Ungkap. Haji Noh.

“Haji yakin ke benda tu yang buat. Kami tak mahu hal semalam terjadi
lagi" Bentak Ghani. Yang lain seakan bersetuju dengan kenyataan itu.

“Itulah sebabnya, aku nak bawa lima orang dari kamu, tengok sendiri
benda tu. Tapi benda ni bukan untuk tontonan semua orang,…lima orang
sahaja yang boleh ikut. Dan aku tak nak orang yang penakut, ikut sekali"
Jelas Haji Noh. Dia sempat menjeling ke arah penghulu Zaaba.

Penghulu Zaaba pula hanya berdiam diri di belakang. Semua urusan
berkaitan sungai diserah bulat-bulat kepada Haji Noh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience