BAB 11

Horror & Thriller Completed 458

Bau kemenyan yang dibakar Ghani mulai dapat dihidu. Langsuir tadi mulai
kurang senang dengan perkembangan terbaru itu. Dua tiga kali kepalanya
menghala ke tebingan sungai melihat ke arah datangnya bau itu. Namun dia
masih bersedia untuk mencakar Haji Noh sekali lagi.

Haji Noh menguatkan pertahanan batinnya dengan bacaan-bacaan ayat
pendinding dan rukyah yang pernah dipelajarinya sebelum ini. Dari jauh,
Ghani pun turut terkumat-kamit membaca sesuatu.

Ngeee…

Serangan kali ketiga pula berlaku. Kali ini datangnya dari atas.
Langsuir itu melayang ke udara sebelum menghala ke arah Haji Noh. Orang
tua itu membuka langkah silat untuk mengelak. Cuma kali ini buluh tadi
dihalakan dari arah yang tajam. Serentak dengan itu tubuh makhluk yang
menyerang itu dirobek buluh runcing. Terkial-kial makhluk itu mengimbang
diri dengan buluh yang tertancap di dada.

“Maafkan aku, terpaksa berkasar..”

Haji Noh menuju ke arah Ghani di tebingan sungai. Kali ini langsuir itu
terhencot-hencot mengikut dari belakang. Ghani menghalakan parang yang
dipegangnya ke arah langsuit itu.

“Dia dah sakit tu..jaga-jaga..kita belum tentu selamat” Pesan Haji Noh.

Langsuir yang luka itu menyedut bau kemenyan dengan penuh bernafsu.
Tubuhnya yang lemah tadi kembali gagah. Rupanya bau kemenyan itu mampu
memberikan makhluk itu tenaga tambahan. Buluh yang tertancap di dadanya
ditarik keluar. Kali ini dia akan menyerang lagi dengan bermati-matian.

Peluh jantan menitis di dahi Haji Noh. Dia tahu langkah seterusnya akan
menjadi sukar. Senjata sudah tiada lagi di tangannya. Cuma parang di
tangan Ghani sahaja yang mampu diharap. Itu pun kalau dia sempat menikam.

Blushhh…

Air di permukaan lubuk tiba-tiba berkocak. Seludang Tapah yang tadinya
menghilang ke dasar sungai muncul semula dengan mulut terbuka. Langsuir
yang berdiri di tebingan sungai tadi dibaham di kepala sebelum dia
ditarik masuk ke dalam air. Semuanya berlaku dengan pantas. Jasad
Seludang Tapah dan langsuir itu perlahan-lahan hilang hingga ke dasar
tasik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience