Aku memerhatikan sekelilingku. Kira ramai juga manusia dalam kafe ni. Mulalah perasaan rimas di tempat sebegini. Ditambah pula dengan meja makan yang kami duduk agak hmmm...Terasa kunyit keluar dengan Aiman ni.
"Tak pelik ke kita makan berdua dengan bunga dan lilin bagai atas meja macam ni?" Aku bertanya secara bisik namun sampai ke pendengaran Aiman.
"Nak buat macam mana. Dah abang tempah meja ni awal-awal. Tak sangka pulak jadi macam ni." Aiman membalas bisik. Terlihat segelintir manusia-manusia di situ memandang kami pelik. Namun Aiman bijak berlagak tenang. Aku ni yang jadi overthinking.
"Makan dekat restoran mahal macam ni, buat aku rasa janggal." Dilihat pada persekitaran kafe itu sememangnya bukan calang-calang tempat. Aku jadi serbasalah menikmati hidangan.
"Kenapa nak janggal? Abang belanja so tak perlu risau nak keluar duit adik." Aiman melempar senyuman manis. Berderau darah aku melihat lesung pipit itu. Comel sangat!
"Tapi.."
"It's okay kalau adik tak selesa. Lepas makan kita terus blah okay?"
Aku mengangguk kecil. Tanganku mencapai sudu dan garfu sebelum menikmati hidangan.
***
Dalam perjalanan pulang dari ECM Kuantan, kami berbual kencang tentang movie yang dah puas ditonton tadi. Sememangnya aku sendiri tidak berpuas hati dengan pengakhirannya. Adik kecil si Gagap telah mati. T-T
"Kau tak rasa ke badut Pennywise tu akan kembali? Tak mungkin dia mati hanya sebab terjatuh dalam lohong kumbahan tu." Aku seakan mempersoalkan tahap logik sketsa terakhir movie itu. Aiman yang memandu hanya tersengih.
"IT tu baru chapter one. Mesti ada sambungan chapter. Sebab dia akan kembali setiap 27 tahun untuk tuntut janji." Aiman melayan aku dengan sabar. Nasiblah kau keluar dengan aku hahaha.
"Janji apa pulak?" Aku menggaru kepala kebingungan. Aku tengok movie tadi bukanlah terlalu menghayati dialog haha. Biasalah bila otak mudah tepu.
"Janji yang penduduk ban... Ehh. Kenapa pulak ni?!" Aiman seakan cuba membalas stereng habis menyebabkan kereta membelok di bahu jalan secara mengejut.
"Kenapa wei?!" Aku sudah mula cuak turut terkesan dengan belokan mengejut itu. Nasib hanya terhantuk saja namun pening-pening sedikit.
"Adik okay? Tayar meletup maybe. Abang check kejap." Aiman menarik brek tangan sebelum membuka pintu untuk keluar. Aku pula sudah mula overthinking memikirkan macam-macam kemungkinan huaarghh.
Tak lama aku juga keluar dari perut kereta.
"Haish tayar pecah pulak! Fuck tul!" Aiman menyumpah seranah keretanya sendiri. Aku yang melihat tak tahu nak kesian atau gelak. Seriously first time tengok dia marah macam tu kahkahkah.
"Habis macam mana ni?" Aku memeluk tubuh memerhatikan muka jalan yang lengang tiada kereta langsung. Aku mengerling jam menunjukkan 12.05 malam. Di bahu jalan yang dikelilingi hutan, aku jadi seram sejuk sendiri.
"Kena jalanlah macam ni. Nak sampai kampus jauh lagi ni." Aiman memberi cadangan yang kira boleh dilabel bodoh.
"Oi takkan tak ada spare tyre buat ganti?" Aku menjeling ke arahnya tidak berpuas hati.
"Nak bukak pakai apa sayang? Tak ada alatnya dalam kereta." Aiman tenang memberi respon. Aku pelik sendiri dengan si Aiman. Dalam waktu gawat macam ni masih boleh tersenyum macam kerang busuk. Pelik punya orang kejap marah kejap ok.
"Kita cari taxi atau grabcar macam mana?" Aku menyumbang cadangan. Kira lebih bernas berbanding cadangan Aiman tadi.
"Tak payah. caj tengah-tengah malam macam ni 2 kali ganda diowang kenakan. Kat sinipun susah dapat taxi." Aiman tenang melayan telefon sambil bersandar di pintu kereta.
"Habis takkan nak bermalam dalam kereta pulak?" Aku semakin gusar dengan kemungkinan. Nak tidur dalam kereta di bahu jalan macam ni bukan sesuatu yang biasa. Malah boleh mendatangkan bahaya. Otak dah mula berputar jenayah- jenayah berleluasa di Malaysia ni. Ragut, kecurian, pembunuhan, rogol huarghh! Jangan kata lelakipun tak boleh dirogol!
"Kita bermalam dekat hotel ni. 1km dari sini. Kita berjalan sikit." Aiman menunjukkan gambar hotel dalam app navigator. Aku meneliti perincian hotel itu. 'Dalam hutan pun ada hotel?'
"But aku mana bawak dompet nak sewa hotel." Seboleh-bolehnya aku cuba mengelak dari menyewa hotel. Seriously aku pernah berasa insecure bila bermalam di hotel bersama lelaki lain. Kejadian lalu menjadikan aku fobia huhu.
"Tu bukan masalahnya. Abang kan ada. Now kita cari tempat bermalam jer dulu." Aiman seakan bersungguh-sungguh dengan cadangannya.
"But kereta ni takkan nak tinggalkan macam ni jer?" Aku mencari akal untuk mengelak.Kini aku tersepit dalam situasi yang membelitku.
"Macam tu adiklah jaga kereta tu sensowang. Abang nak sewa hotel. Bye." Aiman berjalan membelakang sambil melambai. Muka tu takyah cakap ah. Sebijik macam emoji tersengih dengan sunglasses ditambah caption 'Thug Life'.
Akhirnya aku terpaksa mengalah. Aku mengeluh sebelum memasang langkah menurutnya dari belakang. Aku tidak punya pilihan. 'Tuhan selamatkan aku.'
Share this novel