Entahlah

Romantic Comedy Series 6884

Pakaianku dilurut jatuh dari tubuhku. Aku merenung dinding jubin itu. Pili diputar sebelum pancuran air dingin menghujani tubuhku. Aku termangu kaku memikirkan.

"Kalau bukan sebab parents kau, aku takkan pedulikan kau langsung! Dengan perangai kau macam ni, aku sendiri tak hingin! But aku sendiri tersepit dengan syarat!"

Aku memejamkan mata cuba melupakan dialog koyak itu.

"Kau tu yang tak mahu terima kenyataan yang kau tu depressed!"

Kini aku mencangkung memeluk lutut membiarkan pancuran air menghujani tubuhku. 'Aku tahu...'

"Kau dibelenggu paksaan demi duit. Obsesif manusia. Hmmm." Aku ketawa sendiri. 'Jadi siapa kau untuk aku?'

"Engkau bukan sesiapa." Aku melurut rambutku yang basah lencun. Perlahan diurut-urut kepalaku yang berdenyut memikirkan segala benda. Semacam sketsa drama kan hahaha.

"Dah berapa lama kamu berhenti consume ubat?"

Satu persatu dialog koyak berputar di ruang pemikiranku.

" Penyakit kamu dah kronik ni."

Aku cuba melupakan apa yang doktor pakar psikiatri itu katakan.

"Dah berapa lama kamu skip appointment dengan pakar ni?"

Namun kata-katanya seakan melekat di dinding pemikiranku.

Aku sesak!

Tuala dicapai sebelum pingangku dibalut rapi. Aku berlalu di hadapan cermin.

"Karma maybe huhu" Aku berbisik sendiri. Memerhatikan figura di cermin itu membuatkan aku keliru.

Aku berlalu keluar dari bilik air itu menuju ke bilikku dengan hanya bertowel haha. It's normal untuk lelaki. Takkan nak keluar bilik air pakai jubah sapu lantai pulak!

"Kenapa tak balik lagi?!"Untuk kali ke berapa entah aku tergamam. Aswad masih di dalam bilikku. Aku fikir dia sudah berambus. Aswad tidak menjawab sebaliknya hanya memandangku atas bawah. Seketika dia menggigit bibir. 'Dasar kunyit!'

"Kau dah kenapa pandang aku macam tu?!" Aku memeluk tubuh. Siapa tak malu kalau orang asing merenung tubuh kau yang hanya bertuala. Serious terasa murah!

"Err... Tak ada apa-apa. Nak make sure kau tak marah dah dengan aku." Dia terus mengalihkan pandangan. Suka-suka dia jer duduk atas katil aku!

"Aku tak marah. Cepat chaw. Aku nak tidur ni." Aku sudah lengkap berseluar. Entah apa yang Aswad duk tenung dari tadi. 'Aku pakai boxerpun nak pandang.'

"Yeay. Means kau esok naik aku kan?" Pelik sungguh cara pandangan dia, macam mintak penumbuk.

"Aku tak ada kelas esok." Bohongku ringkas.

"Kau sekelas dengan Dean kan?"

"Haah kenapa?" Responku naif sambil cuba mengingatkan wajah Dean si jejaka pucat mayat itu.

"Means esok kau ada kelaslah. Sebab esok Dean ada kelas." Aswad mengelus janggut sejemputnya.

Aku menepuk dahi. 'Dari mana mamat ni kenal Dean pulak?'

"Dia roommate merangkap member aku. Jiran kau jugak haha." Dia menjawab tanpa aku bertanya. Creepy mamat ni boleh baca fikiran aku huhu.

Aswad tergelak kecil melihat aku yang seakan tercengang.

"But aku ada tempoh cuti dari Puan Psy tu. Means esok dan lusa aku tak ada kelas." Aku mencari pelbagai alasan untuk mengelak. Sebenarnya memang benar pakar psikiatri itu memberikan aku cuti tapi aku sendiri sayang mahu skip kelas. Lagipun masih awal sem takkan dah cuti?!

"Oh okay. Lepas kelas esok aku datang tengokkan kau lagi." Dia tersenyum ceria. Entah apa yang happy sangat pun aku tak tahu.

"Erk tak payah."

"Kau kunci pintu, aku terjah jer nanti. Hahaha." Aswad gelak kesyaitanan. Dia ni makin lama makin creepy aku tengok. Dahlah kunyit, gila pulak tu huhu.

Aku kehilangan idea untuk membalas. Akhirnya aku hanya diam dan berlalu ke katil. Aswad pula masih belum mahu berganjak.

"Bangunlah." Aku merayu perlahan. Serious aku dah mula mengantuk. Tinggal capai bantal peluk aku tu jer.

"Kalau aku cakap taknak?" Aswad mula psycho.

Respon aku?

"Ni makannya kalau kata taknak." Tapak kakiku sudah tepat di wajahnya namun tidak bersentuh. Rude gila tapi aku tak ada pilihan.

"Huhu okay-okay aku balik" Wajah Aswad cuak merenung tapak kakiku. Lantas dia beredar dari katilku.

"Bagus!" Aku menghampar tubuhku di muka katil sambil melayan phone. Aswad yang beredar tidak aku endahkan.

"Esok aku datang petang esok lagi!" Aswad sudah di depan pintu untuk keluar.

"Aku kunci pintu!" Aku menjeling tajam kepadanya. Serious aku tak suka mamat ni. Annoying tahap gaban!

"Goodnight sayang!" Aswad berbisik di balik tingkap. Aku menjeling sebelum tanganku menonjolkan jari hantu.

Sorry coretanku bukan karya cliche lagikan hypocrite so harap maklum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience