Kapas di tanganku dielus teliti pada lebam di pipinya. 'Masih bersisa lagi ilmu taekwando aku rupanya haha.'
"Sorry." Aku mengungkap ringkas. Tapi di hati Tuhan sahaja yang tahu betapa serbasalahnya aku dengan Aswad ni. Teringat balik pada kejadian tadi membuatku geli hati sendiri. Tapi dalam masa yang sama kasihan dengan dia mamat tinggi lampai itu.
***
"Astaghfirullah sorry wei!" Terus aku melompat turun mendapatkannya. Kelihatan pipinya lebam dengan bibir nipisnya berdarah. 'Huhu serious aku tak jangka kau datang.'
"Tapak kaki kau melekap tepat dekat muka aku huhu..." Dia menekap pipinya menahan sakit sambil terduduk kangkang.
Selepas dia cakap macam tu, aku tak tahu nak gelak atau nak kesian. Akhirnya aku hanya berlalu mengambil emergency kit di atas almari. Aku cuba menahan tawa.
***
Aku tergelak sendiri apabila teringat kejadian itu. Dengan muka monyoknya menggeletek hatiku.
"Apa tergelak-gelak?! Terima kasih dekat tapak kaki kau , muka aku dah cacat huhu." Bibirnya dijuihkan tanda monyok. Buruk beno mukanya macam tu.
"Kau memang dah cacat muka. So jangan nak acah handsome." Respon aku selamba sambil tanganku ligat mengelus pipinya. Sesekali terdengar erangan sakitnya. 'Padan muka!'
"Kau kata apa?" Aswad terus menarik muka.
"Kau hodoh. Dahlah hodoh, bodoh pulak tu. Tak ada keje gi main syiling depan bilik aku buat apa?" Kata-kataku tanpa penapis ion-ion negatif terus disembur padanya. Dialah punca aku ketakutan memikirkan segala hantu di Malaysia ni.
"Huhu aku nak tengok-tengokkan kau jer. Sebab tu aku datang. Tapi bila depan pintu, aku jadi serbasalah nak masuk." Aswad menunjukkan riak kecewa ketika melihatku namun aku tidak mengendahkannya.
"Kalau taknak makan kaki lagi jangan datang sini."
"Siapa nak tengokkan kau kalau bukan aku. Kau bukan ada kawanpun dekat sini." Aswad mengangkat kening persis Ziana Zain. Aku macam biasa tak berupaya melihat riak dia sebegitu. Namun hati tergores ketika dia mengatakan sebegitu. Loner memang menyedihkan huhu.
"Kau kena ingat, kalau aku tak ada masa kau tantrum tadi, kau mungkin dah kronik duk cederakan diri sendiri. Kau ingat tak apa yang psy tu kata?!" Aswad menambah. Dia cuba mengingatkan aku pada masa gawat itu. Dia seakan berbangga jadi 'hero dalam komik' hari ini.
"Kalau bukan sebab kau, aku tak jadi macam tu!" Aku menjerkahnya tepat di depan muka. Kerana terlalu geram, aku terus menekan-nekan kapas pada lebam pipinya. 'Dasar!'
"Kau tu yang tak mahu terima kenyataan yang kau tu depressed!" Aswad menepis tanganku dari terus menyentuh pipinya. Dia bangun dan memandangku yang masih duduk. Pandangannya tajam ke arahku yang mendongak. Aku hanya tergamam.
"Kalau bukan sebab parents kau, aku takkan pedulikan kau langsung! Dengan perangai kau macam ni, aku sendiri tak hingin! But aku sendiri tersepit dengan syarat!" Tangannya kini kemas menekap bahagian rahang wajahku. Nada tingginya menjerkahku. 'Seperti yang aku jangka.'
Aku masih terdiam memandangnya. Tanpa sedar airmataku mengalir jatuh. Tiada bunyi yang keluar dari mulutku. Hanyalah airmata bisu membasahi pipi. Tangannya pula masih kemas menekap wajahku.
Wajahnya yang tegang merenungku seakan tiada perasaan. Aswad merengus kasar sebelum akhirnya mengalah. Seketika kemudian, dia mengalihkan tangannya dari wajahku.
"I'm sorry..." Dia kembali duduk sebelum memelukku erat. Sekali lagi aku tergamam. Auchh!
"Start from now, I will take care of you. Itu tanggungjawab yang aku dah janji dengan parents kau." Aswad seakan mengungkapnya secara mendalam. Aku mengetap bibir menahan geram. 'Kau berjanji atas sebab duit! Aku tahu!'
Share this novel