Myvi Putih

Romantic Comedy Series 6884

Daun pintu bercat putih itu dibuka. Aku melangkah keluar memerhatikan pemandangan kejiranan sekeliling. Sesekali tertoleh ke kanan dan kiri mengesan kehadiran manusia-manusia di awal pagi. Waktu sebegini sememangnya pelajar-pelajar sudah bersiap untuk ke kelas. Termasuklah aku haha.

Tanpa membuang masa aku terus mengambil kasut Pallas yang tersusun di rak. Lalu aku sarungkan ke kaki yang kemas terbalut stoking. Sambil itu mataku tertangkap pada kereta Myvi putih milik jiran depan rumah. Spontan hatiku terus merasakan yang tidak selesa.

"Kau keluar rumah, aku dah sampai kelas. Pergilah kau sensowang hahaha!" Jeritan dan hilai ketawaku macam manusia tak normal. Ingat gelak jahat laa tu! Terkocoh-kocoh aku mengunci pintu lalu terus bergerak. Langkah dihala ke perhentian bas di hadapan taman perumahanku.

5 minit berjalan keluar sampailah ke perhentian bas. Tercungap juga aku berjalan. Biasalah budak tak aktif sukan. Kerja terperap dalam bilik macam kimchi! Lalu aku mengambil tempat untuk duduk. Lengan jaketku diselak untuk melihat jam di tangan. "8.38 pagi."

Kelas bermula pukul 9 pagi. Tapi sejam sebelumnya aku sudah bersiap. Disebabkan Aswad, tidurku terus terganggu tadi. Kerana dia juga aku telah melakukan perkara memalukan di depannya huhu. Seorang lelaki menangis?! Oh no!

Kini jarum menunjukkan 8.47 pagi, namun bas Rapid masih tidak muncul. Aku mula gelabah dan overthinking kembali menyerang. Dahlah first day kuliah tapi dah datang lewat adoi!

Hoonn!

Aku meneliti pada skrin telefon. Jika terdapat notification dari whatsapp group kelas. Manalah tahu keluar mesej kata kelas cancel. Bila otak masuk air hehe.

Hoooonn!

Hatiku melonjak riang apabila keluar notification dari group kelas. Terus jari pantas menekan ikon chat group itu. Hati mula berbunga-bunga.

"Guys cepat sikit. Lecturer dah masuk!" Spontan aku tercarut setelah membaca mesej hehe. "Pukul 9-pun belum. Propaganda apakah ini?!"

"Hoi pekak!"

Aku yang masih berfokus pada skrin terus terganggu. Kepalaku diangkat perlahan. 'Siapa yang mencarut selain aku kat stesen bas ni?'

"Hoi Baba pekak!"

Terus menyirap darahku ke level 30 maksimum. Lantas aku tertoleh-toleh mencari pemilik suara sumbang itu. Tidak lama pandanganku terhenti pada kereta Myvi putih yang berhenti di hadapanku. Di dalamnya si jejaka stranger yang ketuk tingkap pagi tadi. Dengan kepalanya yang tertonjol ke luar, tangannya melambai-lambai laju menarik perhatianku.

"Cepatlah masuk. Kang lambat masuk kelas." Dengan muka yang berkerut dipancar silau matahari, dia seakan merayu. Melihat muka minta 'kasihan' itu, aku mengalah juga. Dengan jam sudah menunjukkan 8.50 pagi, siapa tak cuak. Lagi first day!

Pelajar-pelajar di situ sudah mula menenung aku dan Aswad silih berganti. Muka macam nak makan orang. Lastly terus aku angkat kaki masuk ke perut kereta. Mula rimas apabila ditenung beramai-ramai sebegitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience