Kunyit!

Romantic Comedy Series 6884

"Kau okay?" Aswad memulakan bicara setelah seminit krik krik menghurungi ruangan perut Myvi itu haha. Sebenarnya aku sendiri malu dengan apa yang telah terjadi awal pagi tadi.

"Okay jer." Aku hanya termenung ke luar tingkap memerhatikan semak-samun yang beriring jalan. Sesemak itulah hati aku sekarang apabila teringat 'tragedi' itu. Ya bagi aku itu kira tragedi, penuh kengerian bagiku huhu.

"Kau betul okay ni?" Untuk kali kedua dia bertanya lagi. Spontan aku menjeling ke arahnya. Aku tak merasakan dia pekak. 'Perlu ke kau tanya soalan sama? '

"Kau nampak aku ni sihat ke tak?" Soalan dibalas dengan soalan. Aku membuang pandang ke arahnya. Macam biasa buat muka dua posen.

Spontan tangannya menyentuh dahiku tanpa segan silu. What the fork!

"Entah." Tenang sahaja nadanya menjawab. Matanya masih berfokus pada pemanduannya.

"Kau dah kenapa sentuh dahi aku? Kunyit!" Naik angin satu badan aku terus menjerkahnya. Siapa dia nak menyentuh bahagian wajahku even dahiku? No way man!

Aswad memandangku seketika sebelum tersembur gelaknya dihadapanku. Entah apa yang menggelikan hati diapun aku tak tahu. Terasa lama pula untuk sampai ke dewan kuliah walaupun masa perjalanan hanya memakan masa 10 minit.

"Kau dah kenapa gelak? Aku tak buat lawak!" Bertambah sakit hatiku melihat gelagatnya. Gila annoying!

"Apa tu kunyit?" Dengan sisa gelak tawanya, dia bertanya. Lalu dia memandangku seketika. Aku yang mendengar soalannya pula jadi geli hati. 'Katak bawah tempurung jugak mamat ni rupanya haha.'

"Kaulah kunyit! Otak kuning nak sentuh manusia sejantina tak tahu malu!" Baru masuk sem dah mencarut orang. Mencarut tak kena gaya pula tu. Patutlah orang benci aku huhu. Sorry Cuwad.

Aswad yang mendengar bebelanku bertambah galak ketawa. Sakit telinga aku dengan hilai ketawanya. Menyakitkan !

"Kenapa kau errr...Menangis tadi?" Aswad seakan mula memancing musabab. Dia memperlahankan nada di hujung ayatnya. Maybe tidak mahu aku terasa hati.Aku tahu dia kehairanan dengan apa yang terjadi awal pagi tadi.

Aku hanya diam, tidak memberi respon. Seakan berlagak tenang namun di hati Tuhan sahaja yang tahu!

"Kau ada masalah ya?" Perlahan sahaja dia menuturkan, namun meresap masuk ke hati. 'Jangan kau cuba nak faham aku! Kau sendiri akan menyesal kalau kau tahu siapa aku!' Aku cuba mengungkapkannya, namun tiada kekuatan untuk melakukannya. Ya aku lelaki...Pengecut!

Semakin bertambah ketidakselesaan aku duduk di sebelahnya. Dia cuba memancing aku untuk bercakap!

"Say something..." Nada dia semakin rendah. Wait! Kenapa engkau cakap macam kita ni rapat sangat? Okay annoyedness gets overloaded.

"Okay dah sampai. Stop." Aku sudah melihat bangunan makmal blok X dihadapan. Hati berbunga-bunga untuk keluar dari keretanya hoho.

"Aku park depan blok Y kejap." Dia memusingkan stereng untuk membelok.

"Tak payah. Park depan pagar dah cukup.Aku bukan budak kecik!" Aku menjawab acuh tak acuh.

"Thanks." Terus aku keluar dari perut kereta. Baru boleh bernafas sebaiknya fuhh. Mamat kepoh ni jenis tak faham bahasa. Aku suruh park depan pagar , tapi kebijaksanaan terlampaunya mendorongnya park betul-betul depan lab kelas aku. Aku menepuk dahi sendiri.

Ketika separuh tubuh aku sudah diluar kereta, dia menarik tanganku perlahan.

"Aduh sakitlah!" Aku sudah mula kerisauan. Mata-mata di sekeliling sudah mula memandang. 'Jangan layan aku macam perempuan!'

"Kau habis kelas pukul berapa?"

Respon aku?

Jeling tajam sampai juling kemudian tarik tangan aku dari pegangannya. Serious dia semakin bertambah aras annoying-nya.

Tanpa membuang masa, aku terus berlalu pergi tanpa menghiraukannya. 'Itu last time aku naik kau!'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience