Boy != Boy

Romantic Comedy Series 6884

Sudah sebulan lebih aku di kampus ini namun tidak terasa perubahan dalam hidupku. Cuma datang manusia-manusia stranger yang menyemak dalam rutin harianku.

Datang Aswad setiap masa nak busybody tentang kehidupan aku. Dari makan sampai boxer color apa pun dia nak ambil tahu.

Datang pula lagi seorang mamat 2 tahun lebih tua dari aku, si Aiman muncul then suruh aku anggap dia macam abang aku. Come on man, dalam family aku sendiri dah ada 2 ekor abang kandung tapi sama saja macam tak ada abang. Ini kan engkau nak berlagak macam abang aku yang ke-3, sememangnya mentah-mentah aku tolak. Hidup aku semakin tunggang langgang dengan kehadiran 2 ekor manusia ni.

"Kau buat apa?!" Suara lantang tepat menendang gegendang telingaku menyebabkan aku terkejut. Konsentrasiku mengulang kaji terus terganggu. Spontan aku menjeling ke arah pemilik suara.

Tak semena-mena aku terasa tubuhku seolah-olah terkunci rapi. Aku mendengus kasar. 'Apa semua ni?!'

"Aku rindu kau tahu." Dia mendakapku dari belakang. Dengan wajahnya yang mendekati wajahku menambahkan sesakku.

"Kau nak apa cibai?! Ganggu aku tengah study, tak ada kerja ke?!" Dengan pergerakan yang terkunci, aku hanya mampu meronta minta dilepaskan. Dengan wajahnya merapati wajahku menambah debar dihati. 'Jangan kata kau nak...'

"Aku nak kau..."

Pipi kananku terasa hangat semacam suatu sentuhan. Aku tergamam. 'Dia kucup?!'

"Gila!" kini dudukku sudah tidak selesa. Aku cuba bangun dan melepaskan diri, namun lengan sasa milik Aswad melarangku untuk berbuat begitu.

Pipi kiriku pula kini terasa kucupan yang sama. Namun kini lebih lama terasa hangatnya bibirnya. Sekali lagi aku tergamam.

"Blushing pipi tu. Kau suka?" Aswad memandangku dari tepi. Aku diam tertunduk mengelak pandangannya. 'Please Baba, kau lelaki! Sedarlah diri! Astaghfirullah.'

"Please stop perangai tak senonoh kau ni. Lepaskan aku please. Kau lelaki, aku lelaki..." Belum sempat aku menghabiskan kata, dakapan eratnya dileraikan. Nafas lega dilepaskan.

Tidak semena-mena kerusi yang aku duduki ditarik menghadapnya. Aswad
mencangkung sambil merenungku, namun seperti biasa aku mengelak pandang dengan menundukkan muka.

"Pandang aku." Ringkas dia mengarah. Namun aku tak mengendahkan dengan hanya menunduk.

"Sampai bila kau nak macam ni?" Tangan kasar milik Aswad menyentuh daguku sebelum diangkat sedikit wajahku. Terasa seperti adegan drama Melayu pukul 7 huhu.

"Aku still depend on ubat. Kau tak boleh salahkan aku." Aku mempertahankan diri dari terus dipersalahkan. Bagiku, Aswad tidak memahami walaupun dia berusaha untuk fahami aku.

"Aku tahu tu. But bukan itu maksud aku." Aswad masih menfokuskan pandangan pada wajahku. Dia menggigit bibir seakan menahan sesuatu.

Aku mencuri pandang ke arah anak matanya, posisinya masih terarah tepat ke wajahku. Serta-merta aku tertunduk. Malu wei kalau orang duk tenung aku macam tu. Dekat sangat pula tu!

"Pipi kau still merah." Tangannya mengelus lembut pipiku. Untuk ke sekian kalinya aku tergamam lagi. Entah kenapa aku tidak mampu menepis tangannya dari menyentuh wajahku.

"Bibir tu..." Kini tangannya berlari turun menyentuh bibirku. Sekali lagi dia menggigit bibir melihatku. Tak pernah dia seagresif ini terhadapku sebelum ini. 'Dah kenapa mamat ni?'

"Aku nak study. Please jangan buat aku macam ni. Aku tak suka." Akhirnya aku bersuara. Tangannya aku tepis jatuh dari wajahku. Aswad mengeluh.

"Baba." Dia memanggil sayu.

"Ya." Aku kembalikan posisi kerusi di hadapan meja belajar. Aswad yang masih mencangkung itu tidak aku endahkan. Pen di atas meja dicapai dan lappy dibuka semula.

"Dah sebulan lebih kita kenal." Dia menyambung kata. Tidak dapatku meneka apa yang ingin dimaksudkannya huhu.

"Hmmm" Aku pula hanya respon acuh tidak acuh sambil tangan ligat menulis latihan revision. Fakta, otak manusia ni hanya boleh berfokus pada satu kerja dalam satu masa.

"Kau anggap aku siapa pada kau?" Soalan dia dengan nada sayu sahaja. Tapi aku tiada masa untuk jiwang karat mamat senget ni.

"Kawan." Ringkas aku respon.

"Kalau aku kata aku dah start suka kau?" Kini Aswad bangun dan beralih ke hujung katil. Aku mengetap bibir namun cuba berlagak sepeti biasa.

"Terpulang kaulah kalau suka berkawan dengan aku. Yang pasti aku tak suka kau." Selamba respon aku. Sengaja mahu melihat reaksinya selepas itu. Aku menahan tawa.

"Aku suka le..."

"Macam nilah. Kita enroll dekat universiti ni untuk study dan graduated demi masa depan jugak. So just keeps focusing on your study okay." Belum sempat dia menghabiskan kata, aku sudah memotong. Dapat aku tebak niatnya. 'Dasar kunyit!'

Suasana jadi senyap seketika. Aku hanya berfokus pada revision aku. Tak semena-mena...

"Study tak menghalang aku untuk suka seseorang. Goodnight sayang." Kucupan kali ketiga kini kena tepat ke bibirku sebelum dia berlalu keluar dari bilik. Serta-merta aku tergamam seperti terkena renjatan elektrik.

"Vangang kau Cuwad!!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience