"Amin ya rabbal alamin." Aku meraup wajah dengan kedua-dua telapak tanganku. Tenang jiwa terasa ketika mengucapkan setiap bait doa. Ehh sejak bila jadi munafik ni haha.
Aku melipat sejadah sebelum meletakkannya di birai katil single size aku. Ko
Kopiah dilipat dan diletakkan pada loker almari. Seterusnya adalah misi menyiapkan labsheet subject problem solving aku tu.
Kini tubuh sudah berganti tempat berhadapan meja belajar. Lantas lappy hp itu dihidupkan. Hati berbunga-bunga membuka laman sesawang .
"Oo takdelaa susah.. Basic questions jer.." Aku meneliti soalan labsheet yang mempunyai 5 soalan itu. Semuanya based on flowchart yang sudah aku belajar di kelas.
Kini tangan mengalih tetikus menekan ikon raptor ; flowchart builder. Tak lama, form raptor muncul keluar.
Cing!
Selepas sejam..
"Done!" Aku merenggangkan semua otot tubuh. Sejam saja sudah membuat aku lenguh dan tegang otot. Alahai pakcik tua haha.
Cing cingg!
Aku save folder labsheet sebelum submit folder tersebut di bahagian submission untuk subjek problem solving. Kini aku boleh menghembus nafas lega fu fu fu.
Cingg!
Aku memasang telinga cuba menangkap bunyi di balik pintu bilik aku. Sejak sejam tadi bunyi itu tidak berhenti menganggu konsentrasi aku."Macam bunyi duit syiling jatuh."
Eh kejap, bunyi duit syiling dalam rumah?! Sudah...
Henyakan punggung terus diangkat dari muka kerusi itu. Perlahan-lahan aku mengangkat kaki berundur. Bunyi syiling itu pula semakin galak. Aku nak buka pintu tapi tak berani! 'Jangan ganggu aku, hantu...'
Aku selalu dengar nenek aku pernah cerita kalau terdengar bunyi syiling dan guli di dalam rumah bermakna ada penghuni ghaib lain yang menumpang tinggal bersama. Aku jadi seram sejuk sendiri. Aku melihat pada jam dinding, masih pukul 10 lebih. Kebiasaan hantu keluar bertugas selepas tepat pukul 12. Mungkin juga mereka shift awal kot.
Bila overthinking terlebih kronik be like harap maklum.
Kini suasana kembali senyap kecuali bunyian cengkerik di luar rumah. Aku menarik nafas lega fu fu fu.
Tok!
Aku tergamam dan terus melompat di ruang katil sebelum membaluti sekujur tubuhku dengan selimut. Aku menggigil ketakutan. 'Aduh lupa kunci pintu! Habis hantu tu masuk nanti warrgh!'
Tok!
"Jangan masuk bilik aku syaitanirrajim!" Mulut aku mula terkumat-kamit membaca ayat Al-Kursi. Dalam bahang dibalik selimut tebal dengan aku yang berpeluh sakan kerana ketakutan huhu.
Kritttt...Bunyi pintu dibuka perlahan diiringi bunyi tapak kaki menghampiriku.
"Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!" Aku sudah bertambah cuak. 'Hantu dah masuk!'
Tidak lama kemudian aku merasakan sesuatu menyentuh kakiku yang diselubung selimut. 'Allahu!'
Nasib belajar taekwando tali pinggang kuning hee
"Auzubillahiminasyaitonirrajim...Allahu akbar!"
Dush...Kedebuk!
Aku tak tahu kakiku menyepak bahagian mana, tapi sepertinya aku telah berjaya menumbangkannya hoho.
"Aduh!" Hantu itu mengerang kesakitan.
Wait! Aku sepak tadi macam solid hantu tu. Erangnyapun kenapa lain macam eh? Sudah... Entah-entah gondoruwo?!
"Sakitnya!"
Aku memberanikan diri menyelak selimut yang menjadi tabir pandanganku. Serta-merta aku tergamam melihat lembaga itu sedang terduduk.
"Astaghfirullah sorry wei!" Aku terus melompat turun dari katil.
Share this novel