Help Me!

Romantic Comedy Series 6884

Aku terus menghampar tubuh di muka katil setelah pintu dibuka. Si Aiman tidakku hiraukan.

"Empuknya."Aku menyembam muka di bantal. 'Wahh bau Downy.'

"Abang nak mandi dulu."

"Okay'"

Kedengaran bunyi pintu diselak dan orang menanggalkan pakaian namun tidakku hiraukan. Seriously mata dah minta lelap.

"Taknak ikut abang mandi sekali?"

"Err.." Terus aku mengangkat muka menoleh ke arahnya. Berniat mahu memberi jelingan bahana kepadanya. 'Lawak serupa apakah itu?'

Serta-merta aku tergamam seketika sebelum berpaling ke arah lain. 'Sial betul si Aiman ni!'

"Kalau ya pun nak tanggal semua please dekat dalam toilet. Tak malu ke?!" Mulalah datang mood mencarut aku ni. Syaiton mana merasuk si Aiman ni sampai bertelanjang bulatpun depan aku. Bila-bila masa sahaja akan tersembur keluar. Sia-sia buat dosa kering aku malam ni!

Kedengaran bunyi tapak kaki. Aku kembali menyembamkan muka. 'Aiman dah masuk toiletlah tu.'

Namun tidak berapa lama, tubuhku yang terbalut baju kemeja dan seluar skinny terasa seperti dihenyak sesuatu. Aku memejamkan mata cuba mengelak dari memikirkan kemungkinan itu. Tubuhku sudah menggigil. 'Tak mungkin!'

Kini aku dapat merasa sentuhan menjalar ke seluruh tubuhku. Jantung mula berdegup deras, debaran kian terasa. Fikiranku disumbat dengan kemungkinan yang mengotorkan lagi hina. 'Lindungi aku ya Allah!'

"Aku cuba tahan..."

Mataku terbuntang luas. Terasa hangat nafas dihela ditengkukku kian menghampiri. Aku terkedu. Tanpa sedar airmataku sendiri berlinang.

"Tapi kau sendiri racun untuk aku." Sayu sahaja nada Aiman. Tiada lagi gelaran abang-adik di dalam percakapannya.

Terasa sesuatu yang mengeras menggesel bahagian pinggulku yang berlapik skinny jean. Tak mampuku melihat apakah itu namun dapatku mengagak.

"Kenapa menangis sayang? Bukan kau dah terbiasa dengan semua ni?" Bibirnya mengucup rakus leherku. Aku pula hanya terkedu.

"Siapa kau?" Aku cuba bangkit dari perbaringan, namun ditahan tubuh tegap Aiman. Aku sesak!

"Kau masih sama. Tiada yang berubah." Wajah Aiman kini merapati wajahku.

"Kau siapa?!" Aku semakin kusut dengannya. Aiman seakan mengetahui masa lalu ku. 'Siapa kau Aiman?!'

"Kau akan tahu, sayang." Aiman bangun dari perbaringan di atas tubuhku sebelum berlalu. Aku pula sudah menggigil ketakutan. Overthinking mula melanda aku!

Aku adalah lelaki, namun inilah kebiasaan yang kerap penghidap SAD seperti aku alami. Mohon jangan kecam golongan seperti aku!

Mataku bersilih ganti memandang pintu keluar dengan si Aiman yang sedang menuju ke bilik air. Ketakutan mulai menguasai diriku namun cuba aku bangun. Fokusku kini hanya untuk melarikan diri. Perlahan aku bangun sambil memerhatikannya yang memasuki bilik air.

Dengan ucapan bismillah, aku terus berlari menuju ke pintu keluar yang tertutup rapat itu. Aku memulas-mulas tombol pintu itu namun tidak terbuka. Lantas aku kembali ke almari loker cuba mencari kunci pintu itu.

'Tuhan selamatkan aku!'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience