Sudah berminggu-minggu Amirul Iskandar meninggalkan keluarga yang kecil itu,tetapi semua barang-barang peribadinya di dalam biliknya itu masih lagi tidak dikemaskan.Bilik itu masih lagi dalam keadaan yang sama sejak kali terakhir dia meninggalkan rumah itu.Bilik itu berhabuk kerana tidak dikemas dan tiada seorang pun yang masuk ke bilik itu.
Akhirnya,Alisa Amira membuat keputusan untuk masuk ke bilik yang berwarna biru muda itu.Bilik itu bersepah dan berhabuk!
Sebaik sahaja dia ingin mengemas bilik itu,Datin Maria datang dari belakang lalu memegang tangan Alisa Amira dengan kasar lalu memarahinya, "Lis jangan nak sentuh apa-apa dalam bilik ni!Mirul tak suka ada orang sentuh barang dia!Jadi jangan sentuh!"
Alisa Amira berkata, "Mommy,bilik ni dah berhabuk lah!Lis kena kemaskan jugak bilik ni.Nanti lipas bertelur lah."
"Nanti Mirul balik,dia kemaslah.Anak Mommy akan balik."Jawab Datin Maria.
"Astaghfirullahalazim,Mommy.Abang Amirul dah tak ada.Dia dah meninggal.Mommy kena terima tu." Kata Alisa Amira.
"Tak!Mirul,anak Mommy akan balik!Dia akan balik!" Datin Maria rebah ke lantai sambil menangis.
Alisa Amira yang melihat keadaan Datin Maria itu turut menangis lalu duduk di sebelah Datin Maria serta memeluk ibunya itu.
"Mommy,mommy kena kuat.Abang Amirul tak suka tengok Mommy,Daddy dan Lis sedih-sedih camni.Nanti dia pun akan sedih juga.Kalu Mommy betul-betul sayang dia,Mommy kena kuat!" Pujuk Alisa Amira.
Datin Maria memandang tepat ke arah mata Alisa Amira lalu menyinggahkan satu kucupan di dahi anak perempuannya itu.
"Sekarang ni,Mommy bangun ya.Lis nak kemas bilik ni dulu."Kata Alisa Amira.
"Kita kemas sama-sama ya." Kata Datin Maria lalu tersenyum kepada anaknya itu.
Meskipun berat untuk dia menyimpan semua barang-barang anak lelakinya itu,tetapi dia harus kuat untuk menempuhi segala ujian yang Allah SWT berikan kepadanya. Lagipun,ibu mana yang tak sayang anak,kan?Ibu mana yang sanggup kehilangan anakkan?
Share this novel