Bab 12

Family Series 1717

" Masha-Allah!Dah kul 2100?!Lama gila aku tidur tadi!" Kata Alisa Amira sebaik sahaja melihat jam pada papan skrin telefon pintarnya.

Dia segera berwuduk lalu menunaikan kewajipannya kepada Illahi.

Dia turun ke tingkat bawah untuk mencari Amanda Raisa yang tiada disisinya semasa dia bangun dari tidurnya tadi.

"Mama!" Amanda Raisa berlari mendapatkan Alisa Amira.

Alisa Amira mencium pipi anaknya itu.

"Kamu ok ke tak ni?" Tanya Dato' Amran sebaik sahaja menoleh ke belakang dari tempat duduknya.

"Apa maksud Daddy?" Tanya Alisa Amira pelik.

"Aisa cakap kamu pengsan kat taman tadi.Pastu Mommy kata yang kamu dah lutus tunang dengan Im?" Jawab Dato' Amran kepada pertanyaan Alisa Amira itu.

"Erm" Jawabnya sepatah.

Alisa Amira melabuhkan punggungnya di atas sofa,sebelah Dato' Amran.

"Daddy nak tanya ni,'Uncle' ni siapa?" Tanya Dato' Amran ingin kan kepastian.

"Uncle mana pula ni,Daddy?" Alisa Amira memandang ke arah wajah Dato' Amran,kebingungan.

"Mana lah Daddy nak tahu.Aisa ni,dia cakap 'Uncle' baik lah.'Uncle' tolong Mama lah.Banyak lagi lah.Siapa tu?"

Alisa Amira ketawa berdekah-dekah mendengar kata-kata Dato' Amran.

"Maksud Daddy,Khai ka?Khai ni lah yang tolong Adik masa Adik pengsan tadi kat taman.Khai ni jugak lah yang tolong hantar adik balik tadi." Terang Alisa Amira.

"Uncle tu baik lah!Tak macam Uncle yang kat taman tu!Dia buat Mama nangis!Aisa benci Uncle kat taman tu!" Jampuk Amanda Raisa.

Alisa Amira hanya diam membisu.

Telefon Alisa Amira berbunyi minta diangkat.

'Hello?" - Alisa Amira.

'Assalammualaikum,Lis' -Khairul Adam.

'Waalaikummussalam.Siapa ni?' -Alisa Amira,gurau.

'Takkan lah tak save nombor saya tadi?' -Khairul Adam,pelik.

'Jap,saya nak tengok.Owh,Uncle Baik rupanya." -Alisa Amira,gurau.

Amanda Raisa yang mendengar kata-kata Alisa Amira tadi terus menyampuk, "Uncle?!Aisa nak cakap,nak cakap!"

Telefon pintar itu bertukar tangan.

"Hi Uncle!" -Amanda Raisa,gembira.

"Hi Aisa.Mama mana?" -Khairul Adam.

"Uncle tak rindu Aisa ka?Tak nak kawan ngan Uncle!" -Amanda Raisa,mencebik.

"Mestilah Uncle rindu Aisa.Janganlah merajuk sayang." -Khairul Adam,ketawa.

Amanda Raisa berborak sakan dengan Khairul Adam tu.Meskipun bukan setiap patah perkataan Amanda Raisa,Khairul Adam fahami,tetapi dia tetap melayani kerenah budak itu.

"Aisa,nanti jangan panggil Uncle lagi boleh tak?Aisa panggil Uncle,Abi.Boleh?" -Khairul Adam,pinta.

"Abi?Apa tu?" -Amanda Raisa,bingung.

Alisa Amira yang terdengar kata-kata Amanda Raisa itu tadi terus tersedak air liur dia sendiri.

"Owh,Papa.Ok Abi!" -Amanda Raisa,gembira.

Alisa Amira mengambil telefon pintarnya itu dari tangan kecil Amanda Raisa.

"Khai?Apa ni?Abi?" -Alisa Amira.

"Tak apa lah.Lagipun saya dah kata kan dulu yang kalau boleh saya nak ambil anak angkat,and saya nak Aisa jadi anak angkat saya." -Khairul Adam.

"Kenapa kena Aisa?" -Alisa Amira,pelik.

"Sebab saya sayang dia and saya pun dah mula sayangkan Mama dia." -Khairul Adam,jujur.

"Apa awak ni?Kita baru kenal sari kut." -Alisa Amira.

"Tapi,saya rasa cam saya dah lama kenal awak.Sudi tak awak jadi isteri saya?" -Khairul Adam.

Alisa Amira terus mematikan telefonnya.

"Siapa tu Lis?" Tanya Dato' Amran.

"Tak ada sesiapa." Jawab Alisa Amira lalu naik ke tingkat atas bersama Amanda Raisa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience