"Daddy" Alisa Amira menghampiri Dato' Amran yang sedang duduk bersandar di atas kerusi sambil mengurut dahinya kerana tertekan dengan kata-kata isterinya tadi.
Dato' Amran memandang sekilas ke arah anak perempuannya itu.
Alisa Amira mengambil tempat di sebelah Dato' Amran.
"Daddy and Mommy ok ke tak?" Tanya Alisa Amira.
Dato' Amran mengangguk lalu beralih soalan, "Aisa mana,Lis?"
"Oh,Aisa dah adik tidurkan tadi.Dia letih sangat sebab banyak sangat menangis tadi." Jawab Alisa Amira.
Dato' Amran hanya mengganguk tanda mengerti.Dia tidak mahu berkata-kata lagi kerana kepalanya masih lagi pening memikirkan perbalahan antara dia dan Datin Maria itu.
"Daddy,Aisa tu sebenarnya......" Kata-kata Alisa Amira terhenti sebaik sahaja melihat ayahnya masih lagi kerusut.
"Nape berhenti?Cakap lah." Kata Dato' Amran.
"Tak ada apalah.Adik naik bilik dulu,nak tengok Aisa." Alisa Amira bangun dari kerusi.
Sebelum dia melangkah pergi,Dato' Amran berkata, "Lis,kamu jangan ambil hati sangat ngan Mommy kamu tu.Suatu hari nanti pasti dia akan terima Aisa itu nanti."
Alisa Amira hanya tersenyum lalu berlalu pergi meninggalkan Dato' Amran keseorangan.
Share this novel