Bab 14

Family Series 1717

Selepas kerja,Alisa Amira pergi ke taman di mana tempat dia telah ditinggalkan oleh bekas tunangnya,Imran Anwar.

"Im,kalau lah kau tak tuduh aku cam tu. Kalau lah kau boleh terima Aisa untuk jadi anak kau sepertimana aku terima Aisa,pasti sekarang ni kita telah pun bergelar suami isteri.Tetapi apakan daya,Allah SWT telah menunjukkan pada aku bahawa kau bukanlah yangvtwrbaik untuk aku dan kau juga tak kan pernah jadi yang terbaik untuk Aisa." Kata-kata Alisa Amira itu hanya dapat didengari oleh hatinya sahaja.

Pandangan matanya mulai kabur kerana air matanya mula bertakung.Dia tidak dapat menahan lagi tangisannya lalu mula menangis di situ.

Tiba-tiba,ada seorang lelaki sedang tegak berdiri di hadapannya.Lelaki itu mengeluarkan sehelai sapu tangan dari dalam kocek seluarnya lalu menghulurkannya kepada Alisa Amira.

Alisa Amira mengambil sapu tangan itu lalu mula mengesatbair matanya yang berlinang di pipinya.

Dia mendongakkan kepalanya untuk melihat siapakah lelaki itu.

"Khai?"

Khairul Adam tersenyum lalu duduk di sebelahnya.

"Lis!Apa nangis-nangis ni?Buruk lah!Dah lah u tu buruk dah,pastu nangis,lagi buruk!" Khairul Adam ketawa terbahak-bahak.

"Ish!U ni!" Alisa Amira mencubit paha kanan Khairul Adam.

Khairul Adam menahan kesakitan.

"Macam mana u tahu i ada kat sini?" Tanya Alisa Amira pelik.

"Owh.I dah pasang GPS kat otak u masa kat hospital dulu." Gurau Khairul Adam.

"U ni!Leklok lah!I tanya serius ni." Kata Alisa Amira,geram!

"Ok,ok.Sorry.I tahu u ada kat sini sebab...dah ditetapkan yang u jodoh i." Kata Khairul Adam bernada serius.

"Tengok tu!Cakap leklok lah!"

"Yes,betullah apa yang i cakap ni.Hati i terdetik nak datang sini hari ni.Pastu,bila tengah jalan tu,i nampak u tengah nangis kat sini.I pun datang lah kat u ni.So,memang dah ditakdirkan lah bahawa u ni jodoh i." Terang Khairul Adam.

Alisa Amira terdiam mendengar kata-kata Khairul Adam itu.Suasana di tempat mereka itu terasa senyap sahaja.

"Btw,sampai hati u block i."Suara Khairul Adan memecahkan suasana yang sunyi itu dan lamunan Alisa Amira.

"Owh.Ya.Pasal tu." Kata Alisa Amira.

"Tak apa lah.Asalkan i tahu yang u pun sayangkan i." Kata Khairul Adam lalu tersenyum.

"Maksud u?" Tanya Alisa Amira,pelik.

"Ya lah.Sebab u nak block i tu,sampai ke hati u.Sebab tu lah u sanggup block i.Bila dah sampai ke hati tu,memang confirm dah lah sayang." Kata Khairul Adam sambil ketawa.

Alisa Amira diam tidak berkata,kerana tidak merasakan itu suatu jenaka.

"Btw,nape u nangis tadi?Kalau u rasa u perlukan seseorg untuk luahkan perasaan,i ada ja kat sini,sudi mendengar." Khairul Adam tersenyum manis.

Alisa Amira menceritakan hal pagi tadi kepada Khairul Adam.

Meskipun Alisa Amira dan Khairul Adam baru sahaja berkenalan 2 bulan lepas,tetapi Alisa Amira berasa selesa bila bersama dengan Khairul Adam.Dia berasa selesa untuk menceritakan apa-apa sahaja kepada Khairul Adam.Dia tidak pernah merasakan begini selesa apabila bersama dengan seorang lelaki termasuklah bekas tunangnya dulu,Imran Anwar.

"Owh,camtu ke cerita nya.So,kahwin ja lah.Kahwin dengan i." Kata Khairul Adam selepas mendengar semua cerita Alisa Amira itu tadi.

"What?!Melawak pula budak ni!"

"No sayang,abang serius.Abang tak pernah melawak bila cakap pasal nak kahwin dengan sayang.Nanti abang sendiri akan kenalkan diri kat Mommy dan Daddy sayang."

Kata-kata Khairul Adam membisukan Alisa Amira.Alisa Amira memandang tepat ke arah anak mata Khairul Adam dan nampak bahawa Khairul Adam memang betul-betul memaksudkan kata-katanya tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience