Prolog

Family Series 1717

"Terima kasih sebab sudi terima Aisa dalam keluarga ni,Tok Mi" Kata Amanda Raisa,kanak-kanak perempuan yang berumur 6 tahun yang berada dalam pelukan Datin Maria sambil menangis.

"Apa yang kamu cakap ni Aisa cakap ni?Tok Mi minta maaf sebab layan kamu dengan teruk selama empat tahun ni.Tok Mi minta maaf!Kamu sememangnya cucu Tok Mi dan Tok Mi sayang kamu." Kata Datin Maria setelah mendengar kata-kata Amanda Raisa itu tadi.

"Lah,kat sini rupa-rupanya kamu berdua.Dah jom turun,semua kawan-kawan Aisa dah datang untuk sambut hari jadi Aisa ni."Kata Dato' Amran sebaik sahaja memasuki bilik yang berwarna merah jambu milik Amanda Raisa.

Amanda Raisa berlari memeluk Dato' Amran merangkap Tok Ki-nya itu lalu menuruni anak tangga untuk bertemu dengan rakan-rakannya yang sudah lama menunggu kehadirannya.

"Maria,sebelum kamu turun,betulkan dulu mekap kamu tu,buruk lah!"Gurau Dato' Amran.

"Ish!Abang ni!Yerla,saya tahu lah saya buruk,tak perlu lah nak cakap lagi." Datin Maria mencebik.

Dato' Amran menghampiri Datin Maria lalu memeluk Datin Maria dari belakang.

"Tak ada buruk lah.Abang gurau ja.Sayang abang ni always cantik!"

Kata-kata Dato' Amran membuatkan hati Datin Maria berbunga-bunga.

"Abang ni,tua-tua pun sweet lagi eh,cam muda-muda dulu."

"Umur ja meningkat,tapi jiwa masih muda!"Suara seorang wanita yang berumur lewat 20-an memecahkan suasana romantik di dalam bilik itu.

Dato'Amran melepaskan pelukannya,lalu beredar keluar dari bilik itu diikuti Datin Maria.

Datin Maria berhenti di hadapan pintu di mana berdirinya Alisa Amira,satu-satunya anak perempuannya.

"Kamu ni,biarlah Mommy nak bermanja sikit dengan Daddy kamu tu!"kata Datin Maria lalu beredar dari situ dan pergi ke halaman belakang.

"Ya Allah!Terima kasih kerana telah tibakan hari ini dimana keluarga kami telah kembali bahagia seperti adanya kehadiran Abang Amirul dulu."Doa Alisa Amira dalam hati.

Alisa Amira mendampingi suaminya,Khairul Adam,sebaik melihat kelibatnya lalu menuju ke halaman belakang bagi menyambut ulang tahun anak perempuannya,Amanda Raisa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience