Alisa Amira dan Amanda Raisa menuruni kereta lalu berpegang tangan untuk berjumpa dengan Imran Anwar.
"Hey,bae!Sorry,lambat sampai." Alisa Amira tersenyum ke arah Imran Anwar.
Mata Imran Anwar yang sebentar tadi memandang tepat ke arah anak mata Alisa Amira telah pun melirik ke arah Amanda Raisa yang berdiri memandang ke arahnya.Muka Imran Anwar mula bertukar menjadi bengis.
"So,betullah apa yang aku dengar selama ni!Kau dah anak!Aku tak sangka yang kau boleh ada anak luar nikah dengan jantan lain sepanjang kau dengan aku!Kau memang perempuan terkutuk!" Tengking Imran Anwar.
Hati Alisa Amira berderai sejuta serpihan mendengar kata-kata Imran Anwar itu tadi.
"Apa kau ni?!Ni memang anak aku!Anak angkat!Aku tak pernah lakukan amalan terkutuk macam tu lah!Aku setia dengan kau sepanjang empat tahun ni!" Alisa Amira menguatkan suaranya,mempertahankan maruh dirinya dan Amanda Raisa.
"Ha!Sudahlah!Aku tahu lah!Ramai orang dah bercakap tentang ni!Kau ambil dia sebab kau tahu tu anak dalam kandungan kau dulu!Pastu kau tipu semua orang,kata yang tu anak angkat kau!Kau memang perempuan murahan!"
Air mata Alisa Amira mula mengalir kerana terlalu marah dengan kata-kata Imran Anwar itu tadi.
"Im!Bila masa aku mengandung?!Bila masa aku beranak?!Kau nak fitnah aku sesuka hati kau ja!Ni bukan anak aku lah!Aku selalu ja ada bersama dengab kau sepanjang 4 tahun ni!!So,bila masa pula aku nak mengandung and nak beranak?!Kau fikir lah sikit!Aku masih dara lah!"
"Argh!Sudahlah kau!Entah-entah ni anak luar nikah ngan mamat-mamat kafir masa kau duk kat UK,2 tahun lepas!"
"Kau ni!Mulut memang tak boleh nak jaga!"
Alisa Amira melemparkan satu tamparan yang hangat lagi pedas kepada Imran Anwar.
"Kau pun tak ada beza lah dengan mereka semua tu!Fitnah orang suka hati kau ja!Kau lah kafir yang sebenar-benarnya!Aku nak putuskan pertunangan kita!Aku silap sebab pernah sayangkan kau dan bertunang dengan kau!Aku benci kau Im!"
"Aku memang nak putuskan pertunangan kita ni!Aku tak nak jadikan perempuan murahan seperti kau ni bini aku lah!Geli aku!" Imran Anwar meludahkan air liur ke atas wajah Alisa Anwar.
Air mata Alisa Amira mula berderai jatuh membasahi pipinya yang putih menggebu.
Meskipun Amanda Raisa masih lagi kecil dan tidak memahami sebarang pergaduhan diantara Alisa Amira dengan 'pak cik' itu,tetapi dia boleh merasakan bahawa Mama Lis-nya itu sedang bersedih.Badannya yang kecil mula memeluk Alisa Amira.Dia mengeluarkan sapu tangan dari beg sandangnya,lalu mengelap muka Alisa Amira yang dipenuhi tangisan kecewa dan bekas air liur lelaki yang tidak berhati perut itu tadi.Dia cuba untuk memujuk Alisa Amira kembali tenang.
Alisa Amira tersenyum sedikit kepada Amanda Raisa agar anak angkatnya itu tidak berasa bimbang akan dirinya.
Alisa Amira bangun lalu memimpin tangan Amanda Raisa untuk kembali ke keretanya yang diparkir tidak jauh dari situ.
Tiba-tiba,Alisa Amira mula jatuh ke tanah,pengsan!
"Mama!Mama!" Jerit Amanda Raisa cuba untuk menyedarkan Alisa Amira.
Share this novel