Bab 6

Family Series 1717

Sudah cukup setahun Amanda Raisa berada di rumah banglo mewah itu.Dia amat bahagia kerana mempunyai keluarga yang amat sayang akannya,tetapi Datin Maria masih lagi melayannya dengan teruk.Amanda Raisa tidak berputus asa untuk mengambil hati Tok Mi nya itu.

"Tok Mi,tantek tak Aisa lukis Tok Mi ni?"

Amanda Aisa berlari mendapatkan Datin Maria sebaik sahaja melihat kelibat Datin Maria berlalu di hadapan pintu biliknya.

"Cantik kau cakap?!Buruk cam kau tu budak!!Anak pungut!"Tengking Datin Maria kepada budak yang berusia tiga tahun dihadapannya itu.

Amanda Maria yang mendengar kata-kata Datin Maria itu mula menangis dengan kuat.

"Diamlah!Sakit telinga aku dengar kau nangis kuat cam ni!Boleh pekak telinga aku!" Sekali lagi Datin Maria menengking Amanda Raisa.

Amanda Raisa menangis dengan lebih kuat.

"Aku kata diam!" Tangan kanan Datin Maria mula dinaikkan ke udara dan sedia untuk memukul Amanda Raisa.

Tangan Datin Maria disekat oleh Dato' Amran lalu mendukung Amanda Raisa yang masih lagi menangis di atas lantai.

"Awak ni kenapa,Maria?!Budak kecil ni pun awak nak marah ke?Apa salah dia kat awak?!" Marah Dato' Amran.

"Ha!Manjakan lah anak pungut ni!Manjakan!Abang tak nampak ke kesalahan dia yang paling besar kat sini?" Tengkin Datin Maria kepada Dato' Amran.

Alisa Amira yang baru sahaja pulang ke rumah dari tempat kerja,terus berlari naik ke tingkat atas sebaik sahaja mendengar tangisan Amanda Raisa yang bingit dan kekalutan pergaduhan antara Datin Maria dan Dato' Amran.

Datin Maria berpaling lalu masuk ke dalam bilik sebaik sahaja ternampak kelibat Alisa Amira yang mula menghampiri mereka.

Alisa Amira mengambil Amanda Raisa dari pangkuan Dato' Amran lalu membawa anaknya itu masuk ke dalam biliknya.

Dato' Amran mengikuti jejak langkah Datin Maria masuk ke dalan bilik sebaik sahaja Amanda Raisa dibawa pergi.

"Apa salah Aisa tu kat awak?!"Dato' Amran meninggikan suaranya.

"Abang ingat saya tak tahu!Anak kita,Mirul meninggal sebab budak tu lah!Dia nak pergi ambil budak kat tempat asuhan!Kalau Mirul tak kenal budak tu,kalaulah Mirul tak pergi ambil budak tu hari tu,anak saya tak akan mati lah!"Kemarahan Datin Maria turut didatangi dengan tangisan sebak kerana teringatkan anaknya,Amirul Iskandar.

"Astaghfirullahalazim!Maria!Semua ni dah ketentuan takdirlah!Ni bukan salah budak tu!Beristughfar lah,Maria.Ingat Allah!" Kata Dato' Amran.

"Saya pun rindu Mirul,dialah yang mula-mula bagi saya panggillan untuk menjadi bapa ni.Takkanlah saya tak sedih bila dah kehilangan dia,tapi Allah itu Maha Adil,Dia telah mengambil Mirul pergi dari kita,tetapi Dia telah menggantikan Mirul dengan seorang insan yang comel,baik dan penyayang untuk kita dan untuk menghiasi rumah ni dengan kegembiraan dan ketawa." Sambung Dato' Amran lagi.

"Abang!Dia anak pungut!Seandainya dia tu betul-betul anak Mirul,saya boleh terima dia!Tapi ni dia anak yatim piatu yang kita tak tahu asal usulnya.Salah-salah dia ni anak banduan ke,anak pelacur ke,apa ke?!Abang nak ke ada cucu cam tu?!" Kata Daton Maria pula dengan suaranya sedikit meninggi.

"Ya Allah!Maria,Maria.Yang buat jahat ibu bapanya,bukannya dia!Aisa tak bersalah pun kalau ibu atau bapanya begitu.Dia masih mentah!Dia ni masih lagi diibaratkan sebagai kain putih."Terang Dato' Amran lagi.

"Dah lah!Tak boleh cakap ngan abang ni!Abang tak akan sesekali nampak dosa budak ni sebab abang telah dibutakan oleh budak tu!Kecil-kecil pun dah pandai pakai jampi serapah,ke mak dia tu dulu bomoh." Fitnah Datin Maria,masih lagi tidak mahu mengalah.

"Astaghfirullahalazim,Maria!Sedar sikit apa yang awak cakap ni!Kalau ada orang yang buta sekali pun,orang tu adalah awak sendiri!Hati awak tu yang telah dibutakan oleh syaitan!" Marah Dato' Amran lalu meninggalkan bilik itu dan menghempas kuat pintu biliknya.Dato' Amran berang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience