Bab 10

Family Series 1717

"Mama!" Suara Amanda Raisa menjerit senang apabila melihat Mama Lis-nya itu mula sedar.

Alisa Amira mengusap rambut Amanda Raisa perlahan.

"Mama kat mana ni,sayang?" Tanya Alisa Amira sebaik sahaja menyedari bahawa dia bukan berada di atas katil di dalam biliknya.

"Awak ada kat hospital.Tadi awak pengsan kat taman." Seorang lelaki menjawab pertanyaan Alisa Amira itu.

Alisa Amira memandang ke arah lelaki itu,lalu bertanya, "Encik ni siapa ya?"

"Uncle ni lah yang tolong Mama masa Mama pengsan tadi.Dia tolong bawa Mama datang sini." Jawab Amanda Raisa.

"Owh,terima kasih banyak ya,Encik sebab sudi tolong saya dan tolong jaga kan anak saya ni sementara saya terlantar kat sini." Alisa Amira tersenyum kepadanya.

"Sama-sama.Lagipun Aisa ni baik budak nya,senang nak jaga.By the way,saya rasa puan patut call suami puan untuk beritahu tentang keadaan puan sekarang ni." Kata lelaki itu.

Amanda Raisa yang sedang minum air tersedak!

"Minum baik-baik sayang." Kata Alisa Amira.

"Uncle!Mama tak ada suami lah!Apalah Uncle ni!" Marah Amanda Raisa,tetapi masih lagi tampak comelnya.

Lelaki itu tadi ketawa melihat telatah Amanda Raisa.Dia melirikkan matanya kembali ke arah Alisa Amira.

"Awak janda ke?Bercerai or meninggal?" Tanya lelaki itu,sibuk ingin mengetahui status Alisa Amira.

Alisa Amira tertawa sedikit.

"Putus.Putus tunang." Jawab Alisa Amira ringkas.

Lelaki itu terkejut.

"Putus tunang,camna boleh jadi Mama pula ni?Ke awak ni......"Kata lelaki itu yang masih lagi perkenalkan dirinya.

"Apa?!Awak rasa yang saya ni dah tak ada dara ke?!Perempuan murahan?!"Marah Alisa Amira.

"Eh,saya tak cakap camtu pun.Saya nak cakap yang adakah awak ni mama angkat Aisa.Tu ja.Nape serius sangat ni?!" Kata lelaki itu perbetulkan keadaan.

Amanda Raisa yang mendengar kata 'Uncle' itu tadi menjawab, "Yes!Uncle dapat 100 markah!" sambil bertepuk tangan.

Semua yang berada di bilik itu ketawa melihat telatah Amanda Raisa.

Alisa Amira memandang ke arah lelaki yang sedang duduk di atas kerusi di sebelah katilnya itu lalu bertanya, "Kenapa awak rasa camtu?"

"Soalan yang senang.Sebab,sekarang ni ramai ja yang ambil anak angkat kan.Tu sebabnya saya rasa camtu.Kalau saya berpeluang pyn,saya nak ambil anak angkat juga,sebab dah jodoh pun tak sampai lagi." Ketawa lelaki itu.

"Owh.Jawapan yang boleh diterima." Alisa Amira ketawa.Semua kekecewaan dan kesedihannya yang dirasakan pagi tadi terus hilang apabila bersama dengan Amanda Raisa dan lelaki yang baru sahaja dikenali itu.

"Eh,lupa pula nak tanya nama.Dah borak sakan,dah jadi awak punya Hero.Nama pula tak tahu." Gurau lelaki itu.

"Ye la kan."

Mereka berdua ketawa lagi.Amanda Raisa yang tidak mengetahui apa yang sedang dua orang dewasa itu ketawakan,turut ketawa.

"Nama saya Alisa Amira Binti Dato' Amran.Kawan-kawan saya panggil saya Lis.Umur saya 25 tahun.Encik?"

"Wow!Anak Dato'!Kelasss...Saya Khairul Adam Bin Dato' Amin.Panggil Khai ja.Saya ni dikategorikan senior awak lah sebab 2 tahun lebih tua.Awak nak alamat saya tak?Boleh nanti awak datang masuk minang saya." Gurau lelaki itu selepas memperkenalkan dirinya.

"Dia pun anak Dato' gakkk!Btw,nape saya pula yang nak kena masuk minang awak?!Tapi,memang awak boleh jadi abang saya dah sebab arwah abang saya pun sama umur dengan awak and cara korang buat lawak pun sama." Alisa Amira tetiba sahaja merindui abangnya,Amirul Iskandar sebaik sahaja melihat Khairul Adam itu.

"Innalillah.Sorry on your lost." Jawab Khairul Adam.

"Sokay,dah lama dah lah.Tahun lepas lagi.But,kita ada penggati dia yang baharu,Amanda Raisa." Kata Alisa Amira sambil memeluk anaknya yang berada disisinya itu.

Semasa mereka sakan berborak,doktor yang bertugas masuk ke dalam wad lalu memeriksa keadaan Alisa Amira dan memberitahunya bahawa dia boleh bersiap untuk pulang.

Alisa Amira bersiap-siap lalu pergi ke kaunter bayaran dan perubatan untuk menjelaskan bayaran hospital dan mengambil ubat-ubatnya itu.

"Jom,saya hantarkan awak pulang." Pelawa Khairul Adam.

"Eh,tak apa.Saya boleh drive sendiri." Kata Alisa Amira sambil mencari-cari keretanya.

"Mama,kereta Mama kat taman lah!" Kata Amanda Raisa.

"Ha'a lah!Mama lupa!" Alisa Amira ketawa.

"Kita balik ngan Uncle boleh tak,Mama?" Pinta Amanda Raisa sambil membuat muka comelnya kepada Alisa Amira agar dia cair.

"Tak menyusahkan Khai ka?" Tanya Alisa Amira.

"Tak adalah.Lagilah saya suka sebab ada teman.Teman bermain ngan Aisa ni." Jawab Khairul Adam sambil mencubit pipi gebu Amanda Raisa.

Alisa Amira tersenyum lalu mengucapkan terima kasih.Mereka bertiga berlalu pergi ke kereta.

Mereka bertiga telah selamat sampai di hadapan rumah banglo kepunyaan Dato' Amran itu.

"Wow!Besarnya rumah!Lupa,anak Dato'."Gurau Khairul Adam.

"Hek eleh!Dia pun anak Dato' gak!Diam lah!" Alisa Amira mencemik.

"Rilek la.Gurau ja.Tak sangka bakal isteri saya ni panas baran erk?!" Kata Khairul Adam bernadakan serius.

"Apa?!Bakal isteri?!Kenal pun tak sangat,nak kahwin apanya?"

"Eh,nape pula.Ada ja orang yang 4/5 tahun couple,last2 tak kahwin gak." Kata Khairul Adam,pertahankan kata-katanya sebentar tadi.

"Aisa,jom!Dah sampai rumah ni." Alisa Amira menoleh ke arah tempat duduk belakang.

"Tidur dah?" Alisa Amira dan Khairul Adam ketawa.

"Tak apa lah,saya tolong angkatkan dia." Pelawa Khairul Adam.

Mereka memasuki rumah banglo dua tingkat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience