BAB 24

Fantasy Completed 66

Hening pagi menyelimuti alam Nuraya. Matahari baru menampakkan sinarnya, seolah-olah menyambut lembaran baru yang bakal terbuka. Teja dan Arfan berdiri di sisi pokok besar yang menjadi saksi segala kehilangan, pertempuran dan akhirnya… penemuan semula.

Dari celah kabus, langkah perlahan seorang lelaki tua muncul. Wajahnya letih, mata penuh penyesalan. Itulah Niryu.

“Teja… Arfan…” suara Niryu serak, seakan tertahan tangis. “Aku… minta maaf.”

Teja terpaku. Arfan pula mendekat perlahan, memegang bahu adiknya yang masih terkejut.

“Aku silap… terlalu lama aku hanyut dalam dendam. Aku tak nampak kebenaran. Moyang kau, Sari… dia bukan pengkhianat. Tapi aku yang… buta dengan kebencian sendiri.”

Teja menunduk, dada sesak. Air matanya menitis. Perlahan-lahan dia bersuara, “Kalau moyang Sari mampu maafkan... kenapa tidak kami? Tapi Niryu… luka yang awak tinggalkan, bukan kecil.”

Arfan menyambung, suaranya tenang tapi tegas, “Tapi kami percaya… dendam bukan cara. Kalau awak benar-benar berubah… kami sudi beri peluang kedua.”

Niryu menggigil. “Aku tahu aku tak layak… tapi… bolehkah aku bercakap dengan Zubir ? Aku juga pernah lukakan dia… tanpa dia tahu kenapa.”

Saat itu, dari balik pokok, muncul satu lagi bayang. Lelaki berwajah tenang, mata berkaca. Ayah Teja dan Affan.

“Sudah lama saya tahu tentang awak, Niryu,” ucap Zubir perlahan. “Tapi saya tunggu masa. Masa untuk awak sendiri sedar. Dan sekarang, awak di sini.”

Niryu jatuh melutut. “Maafkan saya… saya dah banyak rugikan keluarga ini…”

Zubir menghulurkan tangan. “Tiada siapa sempurna. Tapi setiap orang berhak untuk berubah. Hari ini, kita tutup kisah lama. Mulakan yang baru.”

Teja mendekat dan berbisik, “Terima kasih sebab akhirnya memilih kebaikan, Niryu…”

Arfan hanya tersenyum, tenang. “Nuraya dah cukup gelap. Sekarang, biar kita semua hidup dalam cahaya.”

Niryu pandang mereka bertiga. Air matanya tumpah tanpa mampu ditahan.

“Terima kasih… kerana memberi aku peluang. Tapi tempat aku bukan lagi di sini. Dunia kamu… perlukan kamu lebih dari aku perlukan keampunan.”

Dia mengangkat tangannya perlahan, melepaskan cahaya kecil ke udara — simbol akhir dendam yang terhapus.

“Pergilah bahagia ke duniamu,” katanya dengan suara yang akhirnya bebas dari beban.

Dan dengan itu, Niryu perlahan-lahan lenyap, dibawa angin Nuraya… meninggalkan hanya kedamaian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience