BAB 17

Fantasy Completed 66

Teja membuka matanya perlahan. Udara sejuk menyapa wajahnya. Dia kini kembali ke dunia nyata — tubuhnya sendiri, nafasnya sendiri. Tapi di tangannya, loket itu masih ada. Hangat. Hidup. Bukti bahawa semua yang dia alami bukan mimpi.

Suasana di sekelilingnya sunyi. Hutan itu masih seperti tadi, tapi ada sesuatu yang berubah. Langit seperti lebih gelap, dan angin membawa suara-suara halus yang tak dapat difahami.

Langkah kaki memecah keheningan.

“Teja!” Lia menerpa dari balik semak, wajahnya cemas. Di belakangnya, Cikgu Suraya dan beberapa pelajar lain menyusul. Mata mereka terbeliak apabila melihat Teja berdiri teguh sambil menggenggam loket bercahaya.

“Alhamdulillah… kamu selamat!” Cikgu Suraya hampir menitiskan air mata. “Kami cari kamu dari tadi. Awak tahu tak, awak hilang hampir dua jam!”

Teja terdiam. Dalam fikirannya, semuanya terasa seperti berhari-hari lamanya.

“Mana Arfan?” tanya Lia, suara bergetar.

Teja berpaling ke arah lorong hutan yang sunyi. Tiada kelibat abangnya. Hatinya mula berdebar. Adakah Affan tertinggal? Atau... masih terperangkap?

“Dia masih di sana,” jawab Teja perlahan. “Tapi dia minta aku bawa ini.” Dia angkat loket itu, yang kini redup tapi masih terasa berdenyut seperti nadi.

Cikgu Suraya memandang loket itu dengan dahi berkerut. “Kamu jumpa ini di mana?”

Teja menunduk. “Ia... ditinggalkan oleh seseorang yang penting. Seseorang yang sedang berjuang untuk sesuatu yang lebih besar dari kita.”

Malam pun menjelma cepat, dan pasukan pencari membawa Teja pulang. Tetapi walau tubuhnya kembali, jiwanya tetap separuh di Nuraya. Hatinya tahu — ini baru permulaan.

Dan di suatu tempat, jauh di balik lorong masa dan alam, Arfan berdiri di hadapan Niryu yang sebenar.

“Kau tahu siapa dia sekarang, bukan?” Niryu bersuara, matanya bersinar merah darah.

Arfan menggenggam erat tongkat pusaka Sari di tangannya.

“Aku tahu. Dan aku juga tahu… masa untuk mengakhiri semua ini sudah dekat."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience