Rate

BAB 2

Romance Series 14362

"Astaghfirullahalazimmm....", dentuman kilat mengejutkan Alisa dari mimpi. Dada diurut perlahan, cuba meredakan detak jantung yang berdegup laju. Pandangannya terarah kosong ke hadapan. Dada masih berdebar-debar.

Mengingatkan mimpi sebentar tadi, memorinya dibawa belayar kembali ke alam persekolah. Terbayang-bayang di mata gelak tawa, gurau senda dan airmata ketika masih bergelar pelajar. Masih berbekas rasa pedih dan sakit harus melepaskan cinta di hati. Masih terbayang di ingatan bahagia sinar mata Rizqi dan manis senyuman Zulaika...Zulaika...sudah lama nama itu tidak muncul antara mereka. Sejak mendirikan rumah tangga bersama Rizqi, dia tidak lagi memikirkan perihal wanita itu. Kisah mereka dia biarkan berlalu menjadi kenangan silam.

Alisa menoleh menatap sang suami yang tertidur pulas di sisi. Wajah itu direnung lama. Banyak perkara yang berlegar di fikiran. Banyak juga yang mahu dipersoalkan. Tapi, bibir terkunci tidak tahu apa yang patut dipertanyakan. Tanpa sedar jari jemarinya menari-nari di rambut lelaki itu. Laju dia menarik tangan melihat Rizqi mengerutkan wajah, tanda tidurnya terganggu.

Dihembus panjang nafas yang terasa berat. Wajah juga diraup perlahan. Tidak mahu biarkan emosinya terpancing. Terutama, dalam keadaan berbadan dua. Kegelisahan yang hadir tiba-tiba, cuba tidak diendahkan. Walaupun jauh di sudut hati perasaannya berbolak-balik.

Melihat jarum jam hampir beranjak ke angka empat, Alisa menggeser perlahan dari katil. Alang-alang terjaga, niat di hati ingin mendirikan solat tahajjud. Semoga rasa gelisah di hati beransur hilang.

"Nak pergi mana, sayang?", belum sempat kaki menjejak lantai
tangannya dipaut perlahan. Alisa menoleh memandang wajah suami, yang menyoal dengan mata terpejam. Mengantuk sangat nampaknya. Maklumlah, lelaki itu kesibukkan dua minggu kebelakangan ini. Keluar kerja awal pagi, balik larut malam.

"Lis, nak pergi toilet. Dah terjaga ni, ingat nak buat tahajjud sekali", Alisa mengusap lembut wajah Rizqi. Hatinya jatuh kesian melihat raut letih sang suami. Tidak terniat langsung untuk mengejutkan lelaki itu. Dalam kesibukkan, masa rehat Rizqi menjadi terhad.

Sejak dia berbadan dua, Rizqi sangat sensitif dengan sebarang pergerakan di atas katil. Lelaki itu, masih trauma agaknya. Seawal kandungannya mencecah usia dua bulan, alahan Alisa menjadi semakin teruk. Tubuhnya tidak boleh menerima sebarang bentuk makanan dan air. Semua akan dimuntahkan kembali. Lembik tubuhnya, tidak tersisa tenaga.

Hampir sepuluh hari dia ditahan di hospital. Berbag-bag air dimasukkan ke dalam tubuh. Kebenaran pulang hanya diberikan doktor, selepas keadaannya beransur stabil. Sejak itu, tidur Rizqi tak lagi jerap. Lelaki itu mudah terjaga, jika ada pergerakan di katil.

"Awal lagi ni. Abang sambunglah tidur dulu. Subuh nanti Lis kejut", pujuk Alisa melihat wajah letih suaminya. Rambut Rizqi dibelai lembut. Cuba membiarkan lelaki itu kembali tidur.

"Jom...abang tahajjud sekali", Rizqi mengosok wajah berkali-kali, cuba melawan rasa mengantuk. Tidak mahu turutkan hati. Tangan Alisa dicapai, dituntun menurut langkahnya ke bilik air. "Careful sayang", sempat lagi mengingatkan Alisa menjaga langkahnya.

Hampir seminggu dia tidak bangun bertahajjud. Sepanjang minggu ini, tidurnya kerap terbabas hingga ke Subuh. Kesibukkan kerja hampir membuatkan dia terlupa menjaga hubungannya dengan Ya Rabb. Rizqi cuba memuhasabah dirinya kembali.

***********

Sudah sejam Alisa duduk termenung di ruang tamu sambil menongkat dagu di atas sofa. Handphone masih setia di tangan. Sejak sebulan lalu, hampir setiap pagi perkara itu menjadi rutin. Setelah notis berhenti kerjanya diluluskan, dia dengan rasmi menjadi penganggur terhormat.

Tahap kebosanan, jangan dibincangkan lagi. Baru enam minggu berkurung di rumah dia seolah mati akal. Jika diikutkan hati, Alisa tidak mahu berhenti kerja. Sayang memikirkan ijazah yang digenggam. Tak kan nak diperam. Tapi, Rizqi menolak keras keinginannya untuk terus berkerja. Tegas keputusan lelaki itu, tiada ruang untuk berkompromi. Rizqi sudah memberikan kata akhir, dia hanya dibenarkan kembali bekerja setelah anak mereka berganjak usia empat tahun.

Keluhan panjang terbit juga dari bibir. 'Biar betul, baby pun tak keluar lagi. Tapi Riz dah minta hold untuk kerja sampai baby empat tahun', guman Alisa perlahan. Terasa kelam niat untuk kembali bekerja selepas habis berpantang. Dia kembali menongkat dagu di sofa. Memikirkan bagaimana ibu dan papanya menyokong penuh keputusan Rizqi, semakin tipis harapan.

"Tak kan aku nak buat online business dari rumah....masalahnya langsung tak minat, bakat pun tak ada. Yang ada bakat memasak. Tengah-tengah pregnant ni, alahan pun tak habis lagi tak kan nak suruh bersilat dekat dapur", rungut Alisa. Rambut di kepala sudah dilanda ribut taufan. Berserabut, mengalahkan sarang burung.

"Kring..kring..kring...", alunan lagu 'ketika cinta bertasbih' memenuhi ruang tamu. Melihat nama yang terpapar di skrin telefon, laju dia menjawab panggilan.

"Waalaikumussalam. Lamanya aku tak dengar khabar kau. Sekurangnya bagitahu la kau macam mana? Sihat ke tidak?Everything okay ke tak? Ini tidak, tiba-tiba je menyepi", tembak Alisa sekali nafas, meluah ketidakpuasan hati.

"Sorrylah Lis. Aku busy sangat kebelakangan ni. Penat badan, penat otak. Hati pun...penat", sayu kedengaran suara Ain.

".....What happen? Nak share dengan aku...", tanya Alisa. Terus berubah intonasi sebentar tadi. Tidak mahu menambah tekanan pada sahabatnya.

Lama Ain membiar sepi pertanyaan Alisa, sebelum membuka mulut. "Aku dengan Syazwan dah nikah, bulan lepas", perlahan suara yang keluar dari bibir gadis itu.

"Korang dah nikah? Kenapa tak bagitahu aku langsung. Kalau tak, boleh aku temankan", lembut Alisa menyoal. Menyembunyikan rasa terkilan. Tidak mahu gadis, yang sudah bergelar isteri orang itu terbeban dengan rasa bersalah.

"Sorrylah Lis...Bukan aku tak ingat dengan kau. Tapi aku...malu nak minta kau temankan aku", serak kedengaran suara Ain di hujung talian. Gadis itu sedaya upaya menahan tangisan dari pecah.

"Apa yang kau nak malukan dengan aku. Tak ada manusia yang tak pernah buat silap. Aku pun tak sempurna. Yang penting kau menyesal dan mohon ampun dengan Allah. That the only thing that matter", pujuk Alisa. Sedih mendengar luahan sahabatnya itu.

"Kau tak faham Lis...Macam mana aku nak ajak kau temankan aku, kalau mama aku sendiri pun dah pulaukan aku, dah tak nak pandang muka aku. Setiap kali mama aku buka mulut yang keluar cuma kata hinaan dengan sindiran je. Aku sendiri pun tak kuat nak hadap semua tu. Mustahil untuk aku ajak kau temankan aku, hadap sama-sama", Ain tak dapat membendung rasa sedih yang melanda diri. Gadis itu sudah teresak-esak di hujung talian.

"Kau tahu kan Ain. Aku sanggup je hadap benda tu sama-sama dengan kau. Aku sanggup je kena hamun dengan family kau. I just want to be with you, when you need me the most", sebak Alisa meluahkan rasa. Dia cuma ingin berada di sisi Ain, seperti mana gadis itu setia menemani setiap fasanya hingga bergelar seorang isteri.

"Kau tahu Lis....aku selalu terbayang bila aku nikah, kau ada. Duduk dekat tepi, temankan aku. Bila aku bersanding, kau yang jadi pengapit aku. Teman aku atas pelamin. Aku selalu berangan semua kawan-kawan kita ada untuk raikan hari bahagia aku. Bergelak ketawa, bergurau senda, sakat menyakat....tapi semua tu tinggal harapan je...You know, what my mum said? 'Kau dah malukan kami satu keluarga, dah conteng arang, dah palit taik dekat muka kami, kau nak jemput kawan-kawan kau datang, nak buat majlis? Nak buat apa? Nak umum satu dunia kau mengandung anak luar nikah'. Aku tak tahu apa perasaan aku masa tu. My mum never speak like that to me. Aku tahu, aku buat salah besar. Aku dah hancurkan perasaan mama dan papa aku. Nama aku pun mama dah tak sudi nak sebut...Jijik agaknya", sayup suara Ain.

Alisa hanya mendiamkan diri. Memasang telinga, menjadi pendengar setia. Tidak cuba mencelah. Dia sedar Ain perlukan seseorang untuk mendengar. Melepaskan beban yang disimpan. Hatinya sebak, air matanya mengalir deras membayangkan bertapa terlukanya Ain. Membayangkan bagaimana insan yang dulu tulus menyayangi kita tanpa syarat, boleh membenci kita sebegitu sekali. Dia menekup telapak tangannya di bibir, menghalang tangisan dari pecah. Tidak mahu gadis itu sedar dia juga menangis di sini. Yang diperlukan Ain sekarang adalah kekuatan untuk mengharungi semua ini.

"You mum, your family, they need time to face this. To accept. Given enough time, InsyaAllah everything will going on the right track. Keep praying, don't ever give up. You know, you are not alone. Now, you already have husband and baby. Ain, anak dalam kandungan tu perlukan kau untuk kuat. Dia sangat perlukan kau. Kau ada hak nak rasa sedih, sakit, dengan apa yang jadi. Tapi jangan lupa, masih ada orang yang sayang dengan kau, yang sanggup pinjamkan bahu untuk kau. Yang setia menjadi pendengar kau. Ain..., kalau kau penat, call lah aku dekat sini. I'm always here", pujuk Alisa. Tersekat-sekat suaranya menahan rasa sebak. Air mata yang masih laju mengalir disapu perlahan. Sedih melihat keadaan sahabatnya. Tapi tak pasti apa yang patut dikatakan, memandangkan mereka ahli keluarga Ain. Ibu bapa yang membesarkannya dengan kasih sayang. Abang-abang yang selalu menjaga dia.

"Sebelum ni aku dah hantar surat cuti tanpa gaji, untuk dua tahun. Aku akan pindah duduk dengan Syazwan hujung bulan ni", ujar Ain. Ini keputusan terbaik buat mereka. Syazwan juga sudah bersetuju. Jika dibiarkan, perutnya akan semakin membesar. Kalau khabar angin mula tersebar susah nak ditutup mulut orang. Sebelum orang lain mula syak, lebih baik dia ajukan cuti panjang.

"Bagus juga, kalau tinggal sekali dengan Syazwan. Kalau jadi apa-apa dia ada. Tak adalah aku risau sangat dengan kau. Cuma makin jauhlah kau duduk. Susah nak jumpa kau lepas ni. Aku dekat KL kau dekat Kedah", sengaja Alisa menyedihkan suaranya, mahu mengusik. Tidak mahu Ain terus dibawa kesedihan.

"Tak apa, kau pun dah berhenti kerja, aku pun cuti panjang. Kalau rindu-rindu sangat, kita pergilah cuti berdua. Tinggal je cik abang kita", Ain sudah tergelak di hujung talian. Mungkin seronok membayangkan percutian mereka. Alisa ikut ketawa. Dia rindu mendengar gelak tawa Ain yang sudah lama hilang.

*************

"Fikri, kau ada nampak Fik. Dari tadi aku call tak jawab", berkerut wajah Rizqi menyoal. Pagi ni mereka bertiga ada mesyuarat. Tapi batang hidung lelaki tu langsung tak nampak dari tadi. Sudahlah dokumen ada pada Syafik. Memang cari pasal betul Si Syafik ni. Dia ingat ni meeting biasa. Rizqi menahan geram.

Melihat keruh wajah Rizqi, dahi Fikri mula berpeluh "Dalam tandas kut. Dari pagi tadi dia ulang alik masuk tandas. Sakit perut", serba salah Fikri menjawab. Kau pun Fik, nak sakit perut tak boleh ke pilih hari lain, hari ni juga kau nak jadi penghuni tetap jamban tu. Rungut Fikri, tapi dalam hati je lah.

"Kau pergi tengok atas meja dia, ada tak dokumen untuk KZS", arah Rizqi dengan riak dingin. Mahu tak angin, pagi-pagi lagi dah buat hal.

"Tak ada lah Riz. Aku tak tahu dia letak mana. Atas meja dengan laci tak ada", Fikri mula berpeluh. Mesyuarat dah nak mula. Sehelai dokumen pun tak nampak bayang. Macam mana nak bentang.

"Tak apalah, aku pergi cari dia dekat tandas", putus Fikri akhirnya. Tapi tak pastilah tandas tingkat berapa lelaki tu pergi dalam banyak-banyak tingkat ni.

"Tak payah. Kita masuk terus bilik mesyuarat", ujar Rizqi terus melangkah ke arah lif.

"Kita nak bentang macam mana Riz. Bukan boleh cakap ikut suka je. Mostly based on statistik", ujar Fikri tidak setuju. Dia mula mengejar langkah Rizqi.

"Pandai-pandailah aku bentang. Kau terus call dia sampai dapat", arah Rizqi sebelum menolak pintu bilik mesyuarat. Benda dah jadi nak tak nak kena proceed juga.

**************

"Kau memang minta kena maki. Dalam banyak-banyak hari, kau pilih harini juga nak buat hal", Fikri menarik senyuman sinis pada Syafik di sebelah. Sepanjang mesyuarat tadi dia dah berpeluh dingin. Serasa lencun kemeja yang dipakai. Nasib baik semuanya berjalan lancar. Syafik masuk ke bilik mesyuarat lima belas minit selepas mesyuarat dimulakan.

"Kau ingat aku boleh pilih bila nak memerut. Mana aku tahu nak jadi macam ni. Ingat best sangat jadi tetamu tetap tandas tu", dengus Syafik tidak puas hati. Ingat dia suka-suka nak duduk dalam tandas.

"Habis tu, yang kau bawa masuk dokumen sekali dalam jamban pasal apa. Nak balut nasi lemak. Handphone boleh pula kau lupa bawa masuk", sindir Fikri tajam. Sakit pula hati bila fikirkan rasa panik dalam bilik meeting tadi.

"Aku dah otw nak pergi jumpa kau dengan Riz, tiba-tiba perut memulas tak boleh bawa bincang. Kalau tahan juga boleh berterabur dalam bilik mesyuarat", serius wajah Syafiq. Memang tak main-main dah tu.

"Fik, dokumen KZS tu lepas Datuk Syed sain kau letak atas meja aku. Hari ni juga. Jangan kau bawa masuk jamban pula", ujar Rizqi melangkah ke arah Syafik dan Fikri. Tajam sindirannya pada Syafik.

"Aku rasa sebulan juga kau dengan Fikri nak menganjing aku pasal ni", pasrah wajah Syafik. Silap sendiri nak buat macam mana. Silap masa nak pilih waktu memerut pun.

Rizqi ketawa hambar, sambil menghadiahkan tatapan tajam pada lelaki itu. "Jomlah dah lunch hour ni", ajak Rizqi mengerling sekilas jam di tangan.

"Korang pergilah dulu. Aku ada kerja sikit dengan Hafiz. Hari ni juga nak settle", tolak Syafik. Tak ada mood nak makan. Kerja dia masih bertimbun lagi. Banyak yang kena settle harini.

"Kau nak kitaorang tapau makan tak?", tanya Fikri. Melihat lelaki itu menggeleng mereka meneruskan langkah.

**********

Belum sempat melangkah masuk ke kedai makan Fikri mendadak memberhentikan langkah. "Riz, aku tertinggal phone agaknya. Kau carilah tempat dulu, aku pergi dekat kereta kejap", ujar Fikri sebelum memalingkan tubuh ke kereta.

Meliar mata Rizqi di sekitar ruangan kedai, cuma mencari port yang masih kosong. Lunch hour macam ni selalunya kedai akan pack. Mana yang kosong kau duduk je.

"Rizqi...".

Laju lelaki itu menoleh melihat empunya suara, mendengar namanya dipanggil.

".....Zu", ujar Rizqi sedikit terkejut. Tak sangka boleh bertembung dengan wanita itu di sini. Fikirannya kembali berputar pada pertemuan mereka dua bulan lepas di Sabah.

"Awak keluar lunch ke?", tanya Rizqi sekadar berbasi. Bagi dia hubungan mereka dulu hanyalah masa lalu, yang telah menjadi kenangan. Tidak ada lagi dendam atau amarah yang disimpan dalam hati. Dia sudah berkahwin begitu juga wanita di hadapannya.

"Yaa, keluar dengan officemate saya. Awak sorang ke?", lembut Zulaika menyoal kembali. Wanita itu masih tidak berubah. Senyuman dan lembut tutur katanya masih sama.

"Saya dengan kawan. Dia dekat kereta lagi. Saja saya cari tempat dulu", ujar Rizqi tersenyum kecil.

Belum sempat Zulaika membuka mulut, namanya sudah dilaungkan dari jauh. Melihat officematenya sudah menunggu, dia terus meminta diri.

"Rizqi...number awak masih sama..?" Zulaika memberhentikan langkah kaki. Dia menoleh kembali memandang Rizqi di hadapan. Perlahan saja suaranya bertanya. Cukup hanya mereka berdua yang mendengar.

Rizqi tergamam mendengar pertanyaan wanita yang pernah menghuni hatinya sebelum ini. Dia berikan juga senyuman kecil pada Zulaika, cuba menutup kegusaran di hati. "I'm married", pendek jawapannya.

Zulaika menundukkan sedikit wajah mendengar jawapan lelaki yang dicintainya. Dia cuba bersikap bersahaja untuk menyelindungi perasaannya. Sempat diberikan senyuman kecil kepada Rizqi sebelum melangkah pergi.

"Kau borak dengan siapa", Fikri menepuk perlahan bahu Rizqi dari belakang.

Lelaki itu hanya menoleh sekilas, "Kawan sekolah aku dulu", pendek jawapan yang diberi. Dia malas mahu memanjangkan isu, bercerita siapa Zulaika yang sebenarnya. Yang penting, sekarang dia dan Zulaika hanya sebatas teman satu sekolah.

Fikri mengangguk-angguk kepala. Fikirannya sudah menerawang jauh. Entah kenapa wanita itu kelihatan terlalu familiar. Tapi tak pasti di mana dia pernah terjumpa. Puas diperah otak, tetap tak dapat diingat. 'Pelanduk dua serupa kut', bisik Fikri dalam hati.


***********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience