Rate

BAB 3

Romance Series 14362

Perlahan derap kaki Zarlina menuruni tangga. Niat di hati tidak mahu mengejutkan sang kakak yang sedang mengelamun melayan perasaan. Tapi, tidak tahan melihat Zulaika seperti jasad tanpa roh sejak petang tadi, ditepuk juga perlahan bahu wanita itu. Cuba mengembalikan fikirannya ke dunia nyata.

"Akak ni kenapa? Dari tadi Lina tengok tak semangat, asyik termenung je", Zarlina mengambil duduk di depan Zulaika. Wajah kakaknya dipandang tepat. Selagi tidak mendapat jawapan, selagi itu dia tak akan mengalah.

Zulaika mengangkat muka menatap sekilas wajah adik bongsunya. Sebelum kembali membuang pandangan ke hadapan. Nafas dihela perlahan. Dada juga terasa sesak. Terlalu berat rasanya beban di hati.

"...Lina..., akak ada terserempak dengan Rizqi", satu-satu perkataan yang keluar dari bibir Zulaika. Tidak terlalu kuat, tidak juga perlahan. Tapi cukup membuat Zarlina ternganga. Mulutnya terbuka luas.

"Maksud akak, abang Riz?...Your ex?", Zarlina menatap wajah Zulaika antara percaya dan tidak. Tidak terlintas langsung di fikirannya.

"Are you serious? Dekat mana akak jumpa abang Riz", melihat anggukan sang kakak, Zarlina tidak dapat menyembunyikan rasa teruja.

"Tadi, masa akak keluar lunch", lemah suara Zulaika. Tidak terkesan langsung rasa teruja dan gembira dalam suaranya.

"Akak ni kenapa? Monyok je muka. Patutnya akak happy dapat jumpa abang Riz. Bukan akak bagitahu Lina, akak still ada perasaan dengan dia. Akak masih tak boleh lupakan abang Riz walaupun dah lama lost contact. Now you chance. Mungkin ni takdir yang Allah dah atur dekat akak. Sebab tu akak dipertemukan balik dengan abang Riz lepas dah bercerai", berkobar-kobar Zarlina memberi semangat kepada sang kakak. Dia mahu wanita itu mengejar bahagianya sendiri. Cukuplah Zulaika mengorbankan perasaan sebelum ini untuk menurut kemahuan orang tua mereka.

"Dia dah kahwin", perlahan Zulaika menuturkan kalimah yang merobek hatinya. Cuba ditepis rasa sakit yang hadir. Mendengar lelaki itu sudah berpunya, hatinya bagai disiat-siat. Sakit. Terlalu sakit.

Membutang mata Zarlina. Tidak sangka Rizqi juga sudah berkahwin. "Siapa? Siapa isteri abang Riz?". Zarlina tidak dapat membendung rasa ingin tahu.

Wanita itu menggeleng perlahan. Tanda tidak tahu. Dia tidak cukup kuat untuk menanyakan perihal, isteri kepada lelaki yang dicintainya. Tanpa sedar air mata Zulaika tumpah juga. Hatinya benar-benar terluka dengan kenyataan di depan mata. Dia yang menolak lelaki itu pergi dari hidupnya. Tapi dia yang tersakiti.

Zarlina mengetap bibir melihat tangisan sang kakak. Melihat kekecewaan di wajah wanita itu, air matanya juga mula bergenang di pelupuk mata. Sudah terlalu banyak Zulaika berkorban untuk kebahagiaan keluarga mereka. Wanita itu sudah mengorbankan perasaan, dan orang yang dicintainya. Hanya untuk menjaga perasaan insan yang bergelar umi dan walid mereka. Zarlina sudah tidak sanggup melihat Zulaika menderita lagi.

"Kenapa akak tak cuba dapatkan balik cinta abang Riz. Akak kan cinta pertama Abang Riz. Orang kata first love ni istimewa, susah nak lupa. Kenapa tak cuba kejar balik bahagia akak", tangan Zulaika dicapai dan digenggam erat. Cuba memberi semangat kepada wanita itu.

Mata yang masih basah dengan air mata itu dipejam rapat. Cuba mengusir rasa sebak yang bertandang. "Akak tak nak jadi perosak rumah tangga orang. Tak nak digelar penyondol, atau jadi orang ketiga. Berdosa runtuhkan masjid orang lain Lina", lemah suara Zulaika, tidak menyetujui kata-kata Zarlina.

"Lina tak suruh akak buat abang Riz dengan isteri dia bercerai. Kalau abang Riz mampu dan akak pun sanggup tak salah hidup bermadu. Tak berdosa pun. Lagipun tak ada istilah orang ketiga. Akak yang hadir dulu dalam hidup abang Riz. Akak putus dengan abang Riz dulu pun sebab terpaksa, bukan saja-saja", lantang Zarlina menyuarakan isi hatinya. Bagi dia tidak salah rasanya Zulaika berkongsi kasih dengan isteri Rizqi. Bermadu bukannya berdosa. Tapi, Zarlina terlupa untuk bermadu tidak hanya jika Rizqi mampu dan Zulaika sanggup, tapi sanggupkah Alisa berkongsi dan berbahagi cinta. Yang merasa sakit di sini adalah isteri pertama. Terasa dikhianati.

Zulaika hanya diam membisu. Tidak menyambut kata-kata adiknya. Dia tidak mahu kembali dalam hidup Rizqi, ketika lelaki itu sudah bahagia bersama wanita lain. Rasa bersalah akan menghantui diri seumur hidup, jika tindakannya bakal menghancurkan hati wanita lain. Dia tidak sanggup.

Tidak tahan melihat kebisuan sang kakak, Zarlina tidak berputus asa. Dia mahu melihat wanita di hadapannya mengapai bahagia. Zulaika juga berhak bahagia.

"Sebelum ni akak korbankan perasaan akak untuk ikut kemahuan umi dan walid. Korbankan kebahagiaan akak. Akak lepaskan Abang Riz, walaupun hati akak ada pada dia. Sekarang, akak nak buat benda yang sama. Akak masih muda. Ayash pun masih kecil. Sampai bila akak nak menjanda? Sampai bila-bila? Bahagia tak akan datang kalau akak tak kejar", Zarlina menekan suaranya. Bahu Zulaika digoncang kuat. Geram. Itulah yang dirasakan ketika ini. Ingin rasanya dia beri penampar sulung pada muka Zulaika, agar wanita itu sedar. Bahagia perlu dicari, bukannya hanya tunggu menanti.

".....Akak tak pasti perasaan Rizqi dah berubah atau masih sama...Tak mudah Lina, nak kejar benda yang tak pasti. Takut yang kecewa nanti akak juga", Zulaika menggenggam kuat kedua tapak tangannya. Diluahkan juga kerisauan dalam diri. Hatinya masih berbelah bahagi, tidak pasti.

"Kalau dulu, akak boleh buat Abang Riz jatuh cinta dengan akak, apa bezanya sekarang. Akak boleh buat benda yang sama berlaku lagi. Lina tahu akak boleh", Zarlina cuba memberi semangat kepada sang kakak. Tidak mahu wanita itu mengalah sebelum mencuba. Jodoh itu rahsia. Tiada siapa yang tahu pengakhirannya. Bagi dia tidak salah untuk kita berusaha mengapai bahagia. Jangan sesekali menyerah sebelum tiba di garisan penamat.

************

"Khusyuk sangat tu, tengok apa?", Rizqi menjengah kepala melihat layar laptop yang berada di riba Alisa.

"Drama Korea. Tadi, baru Lis jumpa cerita ni. Lepas ni, ada drama lain pula Lis nak download. Maklumlah dah jadi penganggur kehormat ni, bolehlah nak marathon Kdrama bila-bila masa di mana sahaja", sempat Alisa membuat iklan Digi. Dihadiahkan jelingan kepada suami yang berada di belakang. Saja menyindir lelaki itu, tanda protes tak dibenarkan bekerja. Tapi, memang betul dah bersusun drama Korea dalam waiting listnya. Lepas ni tunggu nak marathon saja.

Rizqi ketawa besar mendengar sindiran isterinya. Dilabuhkan punggung di sebelah wanita itu. Tahu Alisa masih merajuk, tidak mendapat keizinannya untuk kembali bekerja. Dia menolak keras keinginan isterinya yang satu itu. Tak ada ruang perbincangan.

"Nak abang temankan? Tengok berdua lagi best", selamba Rizqi membalas. Sengaja dibuat bodoh dengan kemarahan wanita itu. Tangannya sudah melingkar di pingang Alisa, tanpa rasa bersalah.

"Abang bukannya minat cerita Korea. Selalu Lis ajak, abang tak nak. Macam-macam alasan bagi. Tak faham la, cliche la. Macam-macam la", bebel Alisa. Pernah je dia ajak Rizqi menonton bersama. Mana tahu boleh terkenan sikit sikap romantik hero drama Korea tu. Bukan bermaksud suami sendiri tak romantik. Rizqi lelaki yang caring dan matang. Sikap dia lebih kepada cool and dominant. Lelaki itu sweet dengan cara sendiri. Eheheh, boleh pula terbanding suami sendiri dengan hero drama yang sekadar berlakon tu. But it's okay. Dia dah sangat bersyukur bersuamikan lelaki seperti Rizqi. Tak perlu romantik berlebihan mengalah gula, nanti kena kencing manis.

"Sekarang ni, abang yang tawarkan diri. Abang janji, abang tutup mulut. Cuba tak komen", tangan sudah membuat isyarat zip. Hujung bibirnya menarik senyuman jahat. Adalah tu, yang nak disakatnya pada Alisa. lelaki ni bukan boleh percaya sangat.

Alisa meyipitkan mata menatap Rizqi dengan rasa curiga. Baik benar suaminya malam ni. Siap offer untuk teman tonton drama Korea bersama.

Tawaran lelaki itu tidak disambut. Malah ditutup layar skrin laptop. Diletakkan atas meja di sebelah. Tubuhnya diposisikan menghadap Rizqi. Tangan lelaki itu yang masih melingkar di pingang ditarik dan diletakkan atas ribanya.

"Petang tadi Ain ada call Lis. Bagitahu dia dengan Syazwan dah nikah, last month", ujar Alisa. Serius riaknya. Rizqi menjongketkan sebelah kening, tanda terkejut. Tajuk tiba-tiba berubah drastik.

"Last month? Not even a words", pendek Rizqi membalas. Agak terkejut, Ain langsung tidak khabarkan kepada Alisa perihal penikahannya. Sedangkan kedua mereka sangat rapat.

"Hmmm...situation dia agak complicated. Tak sesuai nak ajak Lis temankan...Lagipun hubungan Ain dengan family dia agak worst sekarang ni. Pantang bersua muka. Dia serba salah nak ajak Lis. Mungkin malu kalau mama dia sound depan Lis", seringkas mungkin Alisa cuba terangkan.

Lelaki itu hanya diam tidak mengulas. Tidak tahu apa yang patut dikatakan. Dia faham perasaan parents Ain. Ibu dan ayah mana tak kecewa, perkara seperti itu berlaku kepada anak gadis mereka. Anak yang dijaga dan ditatang bersungguh-sungguh. Impian untuk melihat Ain bersanding di majlis yang gah juga musnah. Perasaan sakit tu tak akan dapat difahami orang lain.

"Parents dia perlukan ruang dan masa untuk terima. Tak boleh rush benda macam ni. Luka tu dalam. Ambil masa nak sembuh", ujar Rizqi akhirnya. Jalan terbaik sekarang bagi ruang kepada kedua belah pihak untuk menenangkan diri.

"I know...Lis faham, cuma Lis kesiankan dia. She pregnant right now. Hormon dengan emosi pun tak stabil. Dengan morning sickness tak lega lagi. Sekarang kena menghadap kemarahan family pula. Sepatutnya dalam keadaan macam ni, dia perlukan sokongan orang sekeliling. Kalau dibiarkan boleh depression nanti", wajah Alisa mula bertukar mendung. Moodnya sendiri mula down.

Melihat wajah isterinya mula meredup, Rizqi tarik perlahan wanita itu dalam pelukan. Diusap lembut belakang tubuh Alisa. Cuba meredakan kesedihan wanita itu. Risau juga dia. Alisa juga sedang berbadan dua. Emosi wanita itu juga mudah terpancing. Dia masih trauma mengingatkan Alisa ditahan di wad ketika kandungannya baru mencecah dua bulan.

"Apa planning dia lepas ni? Syazwan kata apa", tanya Rizqi. Jika hubungan Ain dan keluarganya bermasalah, mustahil lelaki itu hanya berdiam diri saja.

"Ain ada bagi surat cuti tanpa gaji untuk dua tahun. Syazwan pun dah setuju. Hujung bulan ni dia nak pindah duduk dengan Syazwan, dekat Kedah ", bagi Alisa yang penting sekarang ni, Ain perlu fokus dengan anak dalam perut tu. Perkara lain jangan difikirkan lagi.

"Pindah duduk dengan Syazwan, tu keputusan yang terbaik. Kalau dia terus kerja dekat Penang, jauh dari Syazwan. Susah kalau jadi apa-apa. Family dia pun ada dekat Perak. Bukannya dekat sangat. But right now, I don't think we can count on her family", sempat Rizqi menyelit ketidakpuasan hatinya pada keluarga Ain, yang seolah mahu membuang wanita itu dari hidup mereka.

"Lis pun rasa tu pun keputusan yang tepat. Better dia ambil cuti panjang sebelum perut makin besar. Lepas anak tu dah besar sikit, baru fikir nak kerja. Nanti dia boleh try minta posting dekat Kedah, biar dekat dengan Syazwan. Boleh bagi alasan dah bersuami", beria-ria Alisa tolong membuat perancangan bagi pihak Ain. Tuan punya badan pun tak tahu menahu.

"Lepas ni, Ain dengan Lis pun ada planning nak pergi bercuti berdua je. Nak healing-healing. Biasalah kami berdua kan tak kerja, plannya nak habiskan duit suami", tiba-tiba tajuk perbincangan mereka bertukar seratus lapan puluh darjah lagi. Alisa mengangkat kepala dari pelukan Rizqi. Cuba mengintai, melihat reaksi lelaki itu.

Rizqi menunduk sedikit, memandang sang isteri tanpa suara. Tajam tatapannya memanah mata Alisa. Pandangannya juga tidak dialihkan walaupun melihat wanita itu salah tingkah. Dia tidak tahu dari mana datangnya confident Alisa. Yakin betul isterinya. Mustahil dia akan lepaskan Alisa bercuti berdua saja bersama Ain dalam keadaan berbadan dua sekarang ni. Tinggi betul angan-angan wanita itu. Tapi, jangan mimpilah dia akan bagi izin.

Melihat renungan Rizqi tanpa suara, Alisa menolak tubuh lelaki itu menjauh. Memberi sedikit jarak antara mereka. Dipegang kedua belah pipi lelaki itu dan dikucup perlahan. Cuba memujuk.

"It's a no?", berhati-hati Alisa menyoal. Masih mencuba nasib, walaupun pandangan Rizqi sudah memberi jawapan.

"What you think? Will I give my consent?", Rizqi membalikkan pertanyaan kepada Alisa. Tidak menjawab.

"Still ada ruang untuk discussion?", soal Alisa tidak mahu mengalah. Selagi ada peluang dia akan berjuang berhabisan.

"No", ringkas jawapan Rizqi. Langsung tidak memberi ruang untuk perbincangan.

"Tapi kenapaaaa....Lis kan dah tak kerja, ada banyak masa yang terluang. Tak kan abang nak suruh Lis duduk berkurung dekat rumah", rengek Alisa. Suara juga sudah meleret. Jarang dia bersikap mengada-ngada seperti ini. Tangan Rizqi juga digoyang-goyang. Dah macam budak tak cukup umur je tingkah dia.

"Abang tak pernah larang Lis keluar rumah. Abang cuma pesan kalau nak keluar bagitahu abang dulu. Tapi holiday ni, out of topic. Nak pergi holiday berdua je dengan Ain. Tak tahu dekat mana lagi, berapa hari. Dengan pregnant pula. Kalau tak pregnant pun abang tak bagi. Kalau jadi apa-apa, Lis dengan Ain pula dua-dua perempuan. Benda kalau nak jadi kita tak tahu. Kalau boleh elak kita elak", berkerut wajah Rizqi menatap tepat Alisa. Bukan mahu marah dengan isterinya. Tapi, mustahil mahu diturutkan kemahuan Alisa kali ini.

Rizqi tarik kembali tubuh Alisa dalam pelukannya. "Kalau Lis nak pergi holiday, nanti abang ambil cuti. Kita pergi berdua. Kalau Lis rindu dengan Ain, kita boleh pergi bercuti dekat Kedah. Kita ajak Ain dengan Syazwan join sekali", Rizqi cuba memujuk kembali isterinya. Tahu, hati Alisa terusik dengan penolakannya. Tapi, mustahil dia akan izinkan bercuti berdua saja. Mungkin suami orang lain bagi, tapi bukan dia. Kes yang jadi dengan Hafiz dulu pun masih berbekas dekat otak.


**************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience