Fail di tangan dilempar ke tempat duduk belakang. Penghawa dingin dibuka sehabis kuat. Panas hari ini tak boleh bawa berunding. Habis lencun satu kemeja.
"Panas gila harini", Fikri mengacak-acak rambut. Tidak dihirau kepala sudah serupa sarang tebuan. Peluh yang melekit di kulit kepala buatkan dia kurang selasa. Habis gatal-gatal.
"Nasib kita la, kena turun site check projek", habis separuh botol Syafik meneguk air mineral yang di beli sebentar tadi. Disuakan air yang berbaki separuh lagi kepada Fikri.
"Fik, kite terus cari makan. Aku malas nak singgah office dulu", jam sudah menghampiri angka tiga. Perut yang berkeroncang perlu diisi. Yang lain belakang kira.
"Nak makan dekat mana?", tanya Syafiq sebelum melajukan kereta.
"Port biasa", jawab Fikri, malas nak difikir dekat mana nak makan. Asalkan perut kenyang sudah.
Mujur sudah terlepas waktu lunch hour. Tak perlu bersesak-sesak. Banyak tempat yang kosong. Pilih saja dekat mana nak duduk.
"Fik, kau ingat tak girlfriend kau masa universiti dulu. Yang kau tunjuk gambar dia dekat aku tu", soal Fikri tiba-tiba, terpandang dompet Syafik yang terdampar atas meja makan.
Suapan Syafik terhenti dengan pertanyaan Fikri. Dipandang sekilas wajah lelaki itu sebelum meneruskan suapan. "Hmm...Dah kenapa kau tanya pasal dia?", malas Syafik menyoal. Dingin nadanya. Langsung tidak berminat untuk membahas tentang wanita itu.
Fikri menggaru kepala yang tidak gatal. Silap mukadimah pula. "Tak adalah, saja aku tanya. Tiba-tiba teringat. Apa nama dia...? Aku lupa pula, kau pernah bagitahu dulu", lelaki itu menayangkan wajah selamba. Tangannya laju mencapai gelas di meja.
"Zulaika", ringkas Syafik membalas.
"Kau kata dia asal mana?", soal Fikri masih belum berpuas hati mahu mengorek maklumat dari Syafik. Dia kurang yakin wanita yang dilihat bersama Rizqi itu, bekas teman wanita Syafik.
"...Perak! Kau kenapa? Tiba-tiba bahas pasal ex aku. Berminat dengan dia? In case kau lupa...dia bini orang!", Syafiq senyum sinis. Dingin suaranya. Sakit hati setiap kali membahas isu Zulaika. Baginya wanita itu ialah orang yang telah menghancurkan hatinya yang jujur mencintai.
"Relax la bro. Aku tahulah dia bini orang. Tak adanya aku nak masuk jarum. Buat apa? Aku pun dah ada awek. Tak hadap nak ambil bekas kau", Fikri membalas tidak kalah sinis. Mata dijuling ke atas tanda menyampah. Baru tanya sikit dah bengang. Sensitif betul dengar nama Zulaika. Pinggan yang sudah kosong ditolak ke depan.
'Perak', Riz pun asal Perak juga. Dia kata perempuan tu kawan sekolah. Zulaika pun asal Perak. Sah orang yang sama. Tengok muka Syafik sudah moody. Malas nak membahas lagi bab Zulaika. Lagipun diaorang berdua sudah putus. Perempuan tu pun dah kahwin. Tak ada apa lagi yang perlu diingatkan.
************
"Syasya, sorry ganggu", Zulaika menepuk perlahan bahu Syahira yang tekun menghadap komputer.
"Huh", tercengang gadis itu memandang Zulaika yang sudah menarik kerusi duduk bersebelahannya.
"It's okay...Kenapa Zu?", tanya Syahirah. Tubuhnya disandar ke belakang. Mencari posisi yang selesa. Belakang tubuh sudah terasa lenguh.
"Projek decoration untuk RSB under Sya kan?", hati-hati Zulaika menyoal. Tidak mahu menunjuk minat yang terlalu ketara dengan projek itu. Risau mengundang keraguan wanita di sampingnya.
"Ha ah. Under Sya dengan Kak Ros. Tapi Kak Ros ada family problem. Terpaksa ambil cuti panjang...Itu yang Sya sibuk sangat sekarang ni. Projek lain pun ada yang nak due", ujar Syahirah memijit-mijit pelipis. Sakit kepala memikirkan kerja yang tak sudah. Serasa dua puluh empat jam sehari langsung tak cukup.
"Zu pun baru tahu kak Ros ambil cuti. Sya handle projek ni sorang-sorang je. Bukan apa, sekarang kan banyak projek Zu dah settle...tak adalah sibuk sangat. Zu ingat nak tolong back up Sya untuk projek RSB", Zulaika sudah membaling umpan. Hanya menunggu Syahirah terjerat.
Untuk mencipta lebih banyak pertemuan dengan Rizqi, dia perlu terlibat secara langsung dalam projek ini. Walaupun bidang kerjanya dan Rizqi tidak bersangkutan, masih ada peluang bertembung di Syarikat lelaki itu bekerja.
"Serius la Zuu...? Are you sure?", terlopang mulut Syahirah. Di pandang wajah Zulaika tidak berkelip. Inginkan kepastian. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, itulah yang dirasakan.
Zulaika tergelak melihat wajah teruja Syahirah. "Iyaaa...Projek Zu banyak dah due. Zu kesian tengok Sya busy sangat", Zulaika mengukir senyuman segaris kepada Syahirah. Lembut tutur katanya. Namun hanya dia yang tahu niat di balik pertolongan yang dihulurkan.
Wanita itu terus memeluk Zulaika teruja. Iyalah, siapa yang tak gembira ada orang sudi hulur pertolongan waktu kita benar-benar perlukan. "Thanks tau Zu... Nanti kalau turn Zu pula perlukan bantuan, bagitahu je Sya. I'll help. Absolutely", beria-ria Syahirah membuat janji. Gamaknya kalau suruh redah lautan api pun sanggup.
"Iya...ya...Nanti kalau Zu perlu bantuan, Sya jangan lari pula", Zulaika menepuk-nepuk perlahan lengan wanita itu. Senyuman tidak lekang dari bibir sedari tadi.
"Of course laa..Kita kena jadi orang yang mengenang budi. Jangan jadi kacang lupakan kulit", ujar Syahirah, tersengih-sengih.
"Sya sambung la buat kerja...Zu tak nak ganggu", Zulaika sudah bangun dari duduknya. Ditepuk bahu gadis itu sebelum berlalu pergi.
Kali ini dia akan dapatkan kembali apa yang sepatutnya menjadi miliknya. Benar kata Zarlina. Dia sudah melepaskan sekali, wajarkah dia berundur kali kedua tanpa mencuba? Tidak!
************
"Abang, next week kita jadi tak pergi majlis reunion tu", Alisa mengambil duduk di sebelah Rizqi yang ralit menonton tv.
Ditatap suaminya penuh harap. Lebih sepuluh tahun tamatkan persekolahan, majlis reunion pelajar tingkatan lima, batch mereka akan diadakan minggu depan. Sudah dua minggu, tapi Rizqi belum beri kata putus. Lelaki itu masih ada kekangan kerja yang perlu diselesaikan.
Ilham dan Daniel sudah mengesahkan kehadiran. Hanya Ain masih berkira-kira. Wanita itu malas mahu bersoal jawab mengenai statusnya sebagai isteri orang. Sedangkan tiada majlis yang dilangsungkan.
Ikutkan hati, ingin saja dia minta kebenaran Rizqi untuk pulang bersama Ilham. Tapi, confirm lelaki itu tak izinkan.
Rizqi menoleh memandang Alisa yang menatapnya penuh harap. Bersinar-sinar mata wanita itu. "Hmmm...", dia hanya berguman tanpa kata. Sengaja mahu mendera perasaan Alisa.
Geram melihat reaksi Rizqi yang tidak serius, Alisa sengaja memancing kemarahan lelaki itu. "Kalau abang busy, it's okay. Apa kata Lis tumpang Am balik Perak", Alisa menayangkan wajah selamba.
".....Seriously? Are you being serious right now, sayang?", Rizqi tidak melepaskan tatapannya dari Alisa.
"Of course, I am. Abang kan tak bagi Lis drive sendiri jauh-jauh. Better, Lis tumpang Am. Tak adalah abang risau sangat", ujar Alisa dengan wajah tak bersalah. Sengaja mahu menjolok sarang tebuan.
Rizqi, mendekatkan tubuhnya pada Alisa. Tajam tatapan memanah mata wanita itu. Selarik senyuman menghiasi bibir. Tapi langsung tak ada manis. Gerun adalah.
"Lis gurau je...Abang janganlah marah. Seram Lis tengok", Alisa terus memeluk lengan Rizqi. Melihat serius wajah Rizqi, terus merinding bulu roma. Tahu takut. Masa nak menyakat, cakap ikut sedap mulut. Last-last takut sendiri.
Rizqi mengerling sekilas isteri di samping. Kadang-kadang dia pelik, geli hati pun ada juga dengan sikap Alisa. Dalam seram wanita itu masih mahu mencuba nasib, jika dia memberi keizinan. Walaupun takut masih mahu menyakat dan mengusik.
"Abang dah sahkan kehadiran kita", ujar Rizqi bersahaja.
"Iyaaa...bila? Abang tak bagitahu Lis pun", dalam teruja Alisa berjauh hati. Lelaki itu langsung tidak beritahu. Kalau dia tak bertanya sampai ke sudah tidak tahu.
Ditolak tubuh Rizqi menjauh. Hilang mood nak berpeluk. Sudah terasa hati.
"Abang saja apply cuti. Nanti kita boleh jalan-jalan. Ada masa kita pergi jumpa Ain sekali", ujar Rizqi. Tubuh Alisa tidak dilepaskan dari pelukan, biarpun wanita itu sedikit menolak. Tahu Alisa merajuk.
"Abang saja tak bagitahu Lis. Nak tunggu approved dulu. Nanti, bila Lis dah mengharap sangat, tiba-tiba cuti abang kena reject pula", dalih Rizqi. Hampir sembilan puluh peratus kerja dia dah settle. Yang lain tak ada yang mendesak sangat. Agak mustahil cutinya ditolak. Tapi bini dah merajuk, tak kan nak ditambah minyak pula.
"Berapa hari abang cuti?", tanya Alisa. Terus lupa diri sedang berjauh hati. Mahu tak seronok, Rizqi nak bawa berjalan. Dia dah tak tahan nak berkurung dekat rumah. Sudahlah dia terbiasa bekerja. Mana mahunya terkurung. Kalau setakat seminggu dua tak apa. Ini sudah hampir dua bulan.
"Lima hari termasuk weekend. Lis teringin nak pergi mana?", dia tidak boleh bercuti panjang. Tapi sekadar mahu bawa Alisa berjalan sudah cukup. Dia tak boleh cuti terlalu lama. Syafik sudah membuat permohonan cuti untuk dua minggu. Setahunya nak pergi travel. Perlu me time katanya. Macam-macam perangai lelaki tu.
"Mana-mana pun boleh. Lis ikut abang je. Asalkan tempat yang dekat dengan nature. Tapi, tak nak pergi taman tema. Tengah pregnant ni Zoo pun tak nak pergi", Alisa sudah menyenarai hitam tempat-tempat yang kurang sesuai dikunjungi ketika hamil.
"Kita cari hotel yang menghadap pantai atau homestay dekat dengan air terjun. Kita duduk dalam bilik je. Tak payah keluar", Rizqi sudah ketawa nakal. Ada maksud yang tersirat.
Alisa mendaratkan penampar di lengan Rizqi, geram. "Kalau nak duduk dalam bilik je, dekat rumah pun boleh. Tak payah pergi jauh-jauh", dijeling tajam sang suami.
"Tak sama. Feeling dia tak sama sayang. Bila bercuti ni feeling dia more romantik. Rasa macam honeymoon", Rizqi menarik senyuman di bibir. Senyuman kasanova. Dah macam buaya darat.
"Tengah-tengah pregnant ni, tak ada maknanya honeymoon. Kalau orang tahu buat malu", ujar Alisa.
"It's okay kalau tak nak honeymoon. Kita anggap ni baby moon", Rizqi masih tidak mengalah. Nak juga letak 'moon' tu. Ketawanya makin galak melihat Alisa menarik muka masam.
***********
Share this novel