Rate

Bab 5

Romance Series 14362

Sebaik menerobos masuk dalam perut kereta, Zulaika menangis semahu-mahunya. Tersedu-sedan tubuh wanita itu menahan esakan. Air mata dibiarkan mengalir. Tangannya meramas kuat dada yang terasa perit. Pandangan juga terarah kosong ke hadapan.

Raut cantik pemilik nama Nur Alisa kembali terbayang di mata. Wajah yang tersimpan kemas dalam lipatan memori. Tidak pernah menduga wanita itu yang menjadi suri dalam hidup Rizqi.

Hanya membayangkan wajah itu hatinya terasa disiat-siat. Sakit. Keyakinan yang dibina untuk merebut kembali cinta Rizqi mulai goyah. Jika Alisa lawannya, tidak pasti mampukah hati Rizqi ditawan semula.

Masih jelas tergambar tatapan Rizqi pada Alisa. Perhatian lelaki itu juga berlebihan. Ketika hubungan mereka mulai mendekat, posisi Alisa di hati Rizqi masih tidak terganti.

Alisa, nama yang sering meniti di bibir Rizqi, walaupun mereka sudah bergelar kekasih. Tanpa lelaki itu sedar pandangannya selalu terarah pada Alisa. Ketika itulah dia dilanda kerisauan. Hati Rizqi tidak sepenuhnya dia miliki.

Ya! Sejak di bangku sekolah dia sedar perasaan Rizqi pada Alisa. Kebenaran yang sangat melukakan hati. Yang lebih menghancurkan perasaan, dia tahu Alisa juga menyimpan perasaan yang sama pada Rizqi seperti mana dia cintakan lelaki itu.

Rasa ingin memiliki yang kuat, membuatkan dia menguburkan kebenaran itu. Bertahun-tahun rahsia itu dipendam seorang diri dalam hati.

Bertuahnya dia ketika itu, Alisa dan Rizqi tidak menyedari perasaan mereka. Ruang itu membolehkan dia hadir antara mereka berdua. Rasminya hubungan dia dan Rizqi membuatkan Alisa membawa diri bertahun-tahun.

Enam tahun tanpa gadis itu antara mereka, masa yang terindah baginya. Jauhnya Alisa dari Rizqi mendekatkan lagi hubungan mereka berdua. Dapat dirasakan perubahan Rizqi yang kian mesra. Tapi...dia silap membuat percaturan dalam hidup.

Saat melanjutkan pengajian di universiti, dia tersalah langkah. Hidup yang sentiasa dikekang ibu bapa, menjadikan dia bagai burung terlepas dari sangkar. Dalam diam dia mula memberontak. Walau masih bertudung namun pamakaiannya mula berubah. Gaya hidupnya mula terbuka. Tidaklah bersosial hingga menjejak kaki ke kelab malam. Tapi dia lebih terbuka seperti gadis remaja lain. Perkara yang tidak pernah dilakukan mula menjadi kebiasaan. Menonton wayang, karaoke, keluar malam. Dia cuma mahu menjadi seperti gadis remaja yang lain.

Tapi sudah sikap manusia, tak pernah merasa cukup. Melihat rakan-rakan lain berpasangan, keinginan itu juga hadir. Ketiadaan Rizqi yang menyambung pengajian di Jerman dijadikan alasan. Hubungan jarak jauh mereka membuka ruang perselingkuhan. Perasaan ingin berkasih semakin membuak-buak. Dia menyambut salam perkenalan dari teman seuniversiti. Syafiq. Tapi, tidak pernah terlintas di fikiran untuk memutuskan hubungan dengan Rizqi.

Tiga tahun dia menjalin hubungan dengan Syafik. Keadaan mula kucar kacir ketika Syafiq mengetahui hakikat sebenar. Tapi, lelaki itu tidak mahu mengalah. Dia masih berjuang untuk hubungan mereka. Semuanya benar-benar berakhir, dengan keputusannya mahu menikahi lelaki pilihan keluarga.

'Walaupun ketika kita bersama, hati I ada pada lelaki lain. Tak pernah ada pada you'. Kata-kata itu yang akhirnya menghancurkan harapan Syafik.

Deringan telefon, mematikan lamunan Zulaika yang terbang menjauh. Pesanan whatapps dari Zarlina dibaca sepintas lalu. Tubuhnya kembali disandarkan ke belakang.

Hatinya sakit. Terlalu sakit, memikirkan Alisa berjaya menjadi suri hidup Rizqi. Serasa sia-sia menyembunyikan semua kebenaran selama ini. Walau tidak pernah diakui, jauh di sudut hati dia mencemburui wanita itu sejak di bangku sekolah. Cemburu dengan paras rupa Alisa, walaupun dia tidak kalah cantik. Cemburu dengan persahabatan yang dimiliki gadis itu. Dikelilingi sahabat yang sentiasa ada ketika susah dan senang. Kecemerlangan Alisa dalam akademik juga menguatkan lagi perasaan iri. Dapat memiliki cinta Rizqi ketika itu, satu kemenangan padanya. Melihat kekecewaan di mata Alisa itu satu kepuasan.

Apa kurangnya dia dari Alisa. Antara banyak-banyak wanita dia tidak mahu kalah kepada Alisa. Dia tidak mahu kalah kepada wanita pertama yang berjaya mencuri hati Rizqi.

Stereng kereta digenggam erat. Rasa benci dan marah yang menular cuba dikawal. Kali ini dia tak akan mengalah. Dia tidak akan kalah. Cinta Rizqi akan dia miliki kembali.

***********

"Lisss..., jomlah kita cari tempat duduk. Kaki Yana dah lenguh", Liyana mula merengek. Kakinya diurut perlahan. Nak bagitahu sehabis lenguh la kaki tu.

"Iya, iyaa...tu ada kerusi dekat depan. Jomlah. Hairan Lis, orang lain mengandung, orang lain tak larat jalan", lengan gadis itu ditarik mengikut langkahnya.

"Sorrylah, bab shopping Yana memang kalah sebelum bertanding. Dari dulu tak tahan kalau kena tawaf dalam shopping mall berjam-jam. Tak sanggup", rungut Liyana. Dia mengelap peluh yang tak wujud di dahi. Kaki juga sudah dilunjur ke depan. Dramatik betul perempuan ni.

"Sama la. Lis pun bukan kaki shopping. Setahun boleh kira berapa kali je masuk shopping mall", dia bukanlah penggemar hobi yang menguras duit dan tenaga ni. Saja mahu berjalan dan buang masa setelah berkurung hampir sebulan di rumah.

"Ni...,Lis dah habis shopping, atau ada barang yang nak beli lagi?", Liyana mengerling paper bag di samping Alisa. Adoi banyak betul, perempuan ni shopping.

"Tak ada nak beli apa dah. Lain kalilah Lis keluar lagi. Lambat sangat balik, nanti Riz call tanya pula", Alisa mengeluarkan handphone dari tas tangan. Risau juga Rizqi ada call atau menghantar pesanan.

"Untunglah dah kahwin. Dah bersuami. Tak kerja pun boleh shopping lagi. Melampau-lampau pula tu shopping", Liyana menjeling Alisa di sebelah. Saja menyakat wanita itu.

"Yana pun kena cepat-cepat la kahwin. Bila dah bersuami, make sure kita yang habiskan duit suami. Biar dia tahu tanggungjawab dia. Jangan tunggu perempuan lain yang masuk jarum tolong kikiskan. Menyesal nanti". Tiba-tiba je diangkat diri menjadi penasihat tak bertauliah. Tapi ada betul juga kata-katanya. Orang lelaki bila dah rasa duit banyak mulalah nak tambah cawangan baru. Bukan semua macam tu, tapi segelintir.

"Kahwin apanya Lis. Calon pun tak ada. Nak bersanding sorang-sorang. Nak kikis siapa nanti?", Liyana sudah mengekeh ketawa. Geli hati agaknya. Iyalah, nak kahwin kena la ada colon, ni batang hidung pun tak nampak lagi. Entah dah lahir ke belum calon laki dia. Sudah melalut panjang imaginasi Liyana.

"Selawa-lawa Yana pun tak ada calon? Ke jual mahal sangat? Baik-baik nanti sampai ke sudah tak laku", ugut Alisa. Sengaja menakutkan gadis itu.

"Kenalah jual mahal. Kalau jual murah orang tak pandang. Ingat kita buat promosi pula. Tangkap muat je", selamba Liyana menjawab.

Alisa menampar geram lengan gadis itu. Dia cakap soal perkahwinan dah kenapa gadis di sebelahnya bercakap macam nak jual beli barang pula.

Tidak mahu melayan loyar buruk gadis itu, Alisa menarik tangan Liyana menurut langkahnya ke kedai makan. Baik isi perut dari melayan gadis itu melalut.

"Lis dah tahu ke belum? Shima dengan Hafiz dah kahwin", Liyana tiba-tiba menghentikan suapan. Dipandang wajah Alisa sekilas sebelum menjamah kembali 'lamb chop' di hadapannya.

"Seriously? Lis tak tahu pun. Mana Yana tahu. Shima ada jemput?", bertubi-tubi Alisa menyoal. Pinggan di depan sudah ditolak ke tepi. Hilang terus selera.

Soalan Alisa dijawab dengan jelingan menyampah Liyana. "Lis rasa dia jemput ke kita? Nab yang bagitahu. Diorang tak buat majlis besar-besar pun. Just, buat kenduri kecik je. Panggil saudara mara dengan keluarga terdekat. Sebab tu boleh buat cepat. Nab kata macam kenduri makan-makan".

Alisa mengangguk-angguk kepala. Mungkin majlis dibuat secara mendadak untuk menjaga nama baik keluarga. Tidak mahu bertangguh lagi jika hubungan mereka berdua sudah terlanjur jauh. Dia mengeluh dalam hati.

"Tak tahu nak kata rugi ke, tak ada otak Si Shima tu. Dia tak tahu nak hargai orang baik. Elok bertunang dengan Airill, dah buat persiapan besar-besaran. Tup..tup dia buat perangai. Sekarang dengan tak ada pergi merisik, tak ada bertunang, terus nikah. Lagi sedih majlis sanding pun tak buat. Padahal ni first time dia kahwin. Tapi, macam nikah koboi. Jemputan pun tak ada", bebel Liyana memikirkan kejadian yang menimpa Shima. Diikutkan majlis Shima dan Airill akan dibuat besar-besaran. Maklumlah Airill anak sulung. Ini majlis pertama di pihaknya.

"Itu jalan yang dia pilih. Kita tak boleh salahkan sesiapa kalau pilihan di tangan kita. Hanya untuk kepuasan sesaat kita buat keputusan singkat", Alisa hanya mampu doakan yang terbaik untuk gadis yang sudah berstatus isteri orang tu. Walaupun dia tidak berkenan dengan Hafiz tapi lelaki tu sudah rasmi menjadi suami Shima.

"Nab bagitahu, mak Hafiz langsung tak nak tengok muka Shima. Masa akad nikah pun mak dia tak pergi. Mak Hafiz asyik mencanang pasal Shima dekat saudara mara diaorang. Habis semua saudara mara tak suka dengan dia. Yana kesian dekat Shima. Ni bukan salah dia sorang. Kalau Hafiz tak masuk jarum semua ni tak kan jadi", Liyana melepaskan keluhan berat. Apa gunanya kahwin kalau tak diterima keluarga pihak lelaki. Muka pun orang tak suka tengok. Asyik disindir. Macam mana nak hadap ke depan nanti.

Keadaan Shima mengingatkan Alisa kepada Ain. Sama tapi tak serupa. Shima tak diterima keluarga mentua. Dianggap perempuan tak ada harga diri. Ain dibuang keluarga sendiri, kerana menconteng arang di muka family. Setiap orang ada bahagian masing-masing. Ada ujian sendiri. Moga kita diberi kekuatan untuk mengharunginya.


***********

finallyyy.....release juga bab 5. Sorry sngat2 untuk reader yang trtngu2??. Thanks for support♥️♥️♥️♥️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience