"Abang, Lis nak keluar dengan Yana kejap, boleh?", Alisa menoleh memandang Rizqi yang masih ralit dengan telefonnya. Mungkin sibuk, memandangkan lelaki itu ada mesyuarat penting hari ini.
"Bila? Lis nak pergi mana?", handphone di tangan sudah diletakkan atas meja. Rizqi terus capai tali leher yang tersidai di sisi sofa. Wajah Alisa ditatap sekilas sebelum menuntaskan kembali pandangan pada tali leher di tangan.
"Petang ni. Tapi...tak adalah petang sangat. Maybe lepas Zohor. Saja nak keluar makan, cuci-cuci mata", ujar Alisa. Pinggan mee goreng diletakkan atas meja. Dia berjalan mendekati Rizqi yang masih terkial-kial memakai tali leher. Kalau dibiarkan takut tak terjerut juga tali leher tu di leher. Satu kebiasaan Rizqi, dia hanya memakai tali leher jika ada mesyuarat yang perlu dihadiri.
"Selalu, kejap je ikat. Harini tak jadi pula?", melihat lelaki itu kembali membuka simpulan, Alisa menyoal hairan. Tali leher di tangan Rizqi dicapai dan dikalungkan kembali di kolar kemeja suaminya. Lincah tangannya membuat kerja.
Rizqi merenung lama wajah sang isteri. Serius rautnya. Rambut wanita itu yang terurai lepas hingga ke pinggang. Lengan Alisa yang putih gebu diperhatikan lama. Dia menelan liurnya sendiri. Tiba-tiba tekak terasa kering. Tangannya sudah mencapai pinggang wanita itu.
Spontan Alisa mengangkat kepala mencari mata suaminya. Pandangan mereka bertaut sekilas tanpa suara. Dadanya berdebar-debar. Macam tak biasa pula. Memang tak berapa biasa. Selalunya Rizqi pakai sendiri tali leher. Harini dia yang baik hati sangat nak tolong pakaikan. Sendiri cari penyakit.
Salah tingkah Alisa, menyedari tangan Rizqi sudah menyusup di balik t-shirtnya. Tiga kali juga diulang membuat simpulan tali leher di leher Rizqi. Dia jeling tajam Rizqi ketika tangan lelaki itu mula meliar naik ke atas. Tapi lelaki itu menayangkan wajah selamba.
"Abang nak pergi kerja kan? Yang tak kerja tu Lis. Kalau macam ni gayanya risau tak sampai office nanti", Alisa mencengkam tangan Rizqi yang sudah meliar di balik bajunya. Di tarik tangan itu menjauh dari tubuhnya. Pagi-pagi pun sempat nak buat kerja lagi. Alisa menggeleng perlahan memikirkan sikap suaminya.
Mendengar sindiran sang isteri, Rizqi menarik senyum di hujung bibir. Sedar salah sendiri. Pagi-pagi lagi sudah rakus. Mahu tak disindir. "Kalau tak fikirkan mesyuarat pagi ni, abang tak kisah kalau tak sampai office. Boleh buat half day", lelaki itu menayangkan wajah serius. Selamba nadanya tanpa rasa bersalah. Pinggang Alisa dirangkul kembali. Ditarik tubuh wanita itu mendekat.
Tercengang Alisa memandang suaminya. Dia menepuk dahi tidak percaya. "Half day..? I think last night already enough. Badan Lis pun dah sakit-sakit", rungut Alisa. Tubuh Rizqi cuba ditolak menjauh. Tapi, setapak pun tak berganjak. Bukan boleh percaya sangat suami sendiri. Jangan nak cabar tak tentu pasal. Silap gaya, memang tak ke office. Ke bilik tidur la alamatnya.
"Enough..? I think that far from enough, sayang. Thinking of you and the baby, I'm trying not to push you to hard. Lepas baby dah keluar abang akan settle balik dengan Lis", bisik Rizqi rapat di telinga Alisa. Perut wanita itu diusap lembut. Mengingatkan buah hati mereka, selarik senyuman terbit di bibirnya.
Alisa menelan air liur yang terasa kelat. 'Nak settle score dengan dia lepas bersalin'. Seram bunyinya. Sebaik kandungannya hampir memasuki trimester kedua, mereka sudah kembali berhubungan badan. Dia tidak pernah menidakkan hak Rizqi yang itu.
"....Better abang breakfast dulu. Dah lambat ni. Lis risau tak sempat makan nanti", terus Alisa pusing tajuk perbualan mereka. Ngeri mahu meneruskan topik bilik tidur ni. Serammm.
"Kalau tak sempat pun tak apa. Makan Lis lebih dari kenyang", digigit perlahan pipi Alisa yang sudah merah. Rizqi masih mahu memancing reaksi isterinya. Sengaja mahu menyakat. Satu kepuasan dapat membuat wajah wanita itu merona merah.
Jawapan lelaki itu dibalas dengan cubitan ketam di pinggang. "Ouchh", Rizqi mengaduh kecil. Pedih ooo. Bisa sangat.
"Saja la tu. Lis serius abang main-main pula", Alisa sudah berpeluk tubuh memandang Rizqi. Merajuk. Kalau dibiarkan makin merapu Rizqi ni.
"Okay...okay, abang gurau je. Jom teman abang makan....Tapi bab nak settle dengan Lis, lepas baby lahir not a joke", Rizqi menuntun tangan Alisa ke meja makan. Sempat lagi lelaki itu membuat penegasan. Risau sangat Alisa anggap ucapannya sekadar gurauan.
"Abanggg...", tekan Alisa. Beria-ria sangat nak highlight isu tu kenapa. Geram Alisa. Sengaja nak menyakat dia.
Rizqi membuat isyarat zip pada mulut, tanda menyerah.Tapi masih kedengaran ketawa halus yang terbit dari bibir lelaki itu. Alisa sengaja pekakkan telinga tidak memberi reaksi. Kepalanya ditunduk tekun menghadap mee goreng di hadapan. Lagaknya seperti itu mee goreng yang tersedap pernah dia makan.
"Hahaha", mendengar ketawa Rizqi pecah memenuhi ruang, Alisa panggung juga kepala memandang suaminya.
Rizqi geli hati memerhati tingkah Alisa yang beria menghadap mee di depan muka. Padahal hanya beberapa urat saja yang masuk dalam perut. Selebihnya hanya dikuis-kuis.
"Jom...abang pergi dulu sayang", lelaki itu bangun dari duduknya. Mencapai kot dan briefcase di atas sofa. Tidak mahu terus mengusik. Kesian juga. Sudah cemberut wajah sang isteri dibuatnya.
Tidak biarkan Rizqi keluar begitu saja. Langkah kaki suaminya dihantar hingga ke depan pintu. Tangan Rizqi dicapai dan dikucup lama. Saja bergaduh manja pagi-pagi ni. Bukannya betul-betul merajuk pun. Tak ada maknanya dia nak berperang dengan suami sendiri sebelum lelaki itu berangkat ke tempat kerja. Percuma je dapat dosa. Dia pun sedang hamil.
Tangan Alisa dalam genggamannya tidak dilepaskan, "Nak keluar dengan Yana ada duit tak? Abang tak ada cash ni", soal Rizqi.
Tangannya sudah menyeluk saku seluar. Dikeluarkan sekeping card dari dompet, dihulurkan kepada Alisa. "Password dia, your birthday", ujar Rizqi.
"Thank you abanggg...?", terus berubah manja suara Alisa. Laju tangannya menyambut huluran card dari Rizqi. Tak ada makna nak buat-buat tolak card pemberian Rizqi. Duit suami, duit isteri juga. Kalau bukan dia yang tolong habiskan, siapa lagi. Nak tunggu perempuan lain masuk line. 'No way'.
"Limit dia berapa abang?", soal Alisa ingin tahu. Risau juga, kalau dia swipe card sampai tak sedar diri. Maklumlah, bila ada orang sponsor ni, memang mudah lupa diri. Sempat dikutuk diri sendiri.
Rizqi menjongket sebelah kening pada Alisa. Pertanyaan wanita itu hanya dibiarkan sepi. Tak tahu apa yang nak dibeli Alisa sampai tanyakan limit credit cardnya.
"As long as you happy", ringkas jawapan Rizqi.
"So sweettt...", pipi Rizqi dicium bertalu-talu. Happy sangat ni ada orang sponsor shopping. Walhal Rizqi tidak pernah culas dalam urusan nafkah. Tapi rasa bahagia setiap kali suami hulurkan duit tak dapat digambarkan. Ketawa nakal Alisa meletus juga.
Rizqi ikut ketawa melihat Alisa yang terlebih hyper tiba-tiba. Senyuman wanita itu sudah sampai ke telinga. Dagu Alisa dipaut sebelum mendaratkan kucupan di hujung bibirnya. Hujung bibir je la. Kalau bibir nanti lain pula ceritanya. "This the right way, to says thank you", Rizqi menarik senyuman kecil menatap sang isteri.
Tubuh lelaki itu terus ditolak keluar dari pintu rumah. "You really late this time. Hati-hati drive, abang", ujar Alisa menayangkan senyuman korporatnya.
"Lepas dah dapat card. Terus tak nampak abang", keluh Rizqi sambil ketawa. Langkahnya diatur ke kereta juga. Betul-betul dah lambat ni.
**********
"Fik, dokumen STB dah lengkap ke belum. Esok Encik Amar nak datang", soal Rizqi melangkah keluar dari bilik mesyuarat bersama Syafiq. Tangannya kanannya menolak daun pintu. Tangannya kirinya masih mengapit fail minit mesyuarat hari ini.
"Aikkk. Datang sini nak ambil dokumen je?", pelik. Hairan juga dia, Encik Amar datang sini semata-mata nak ambil dokumen. Lelaki paruh baya itu, bukannya banyak masa. Sibuknya sampai jarang jejak office sendiri.
"Esok dia nak datang jumpa Datuk Syed. Alang-alang tu kau serah la dokumen sekali. Kenapa? Dokumen tak lengkap lagi?", Rizqi mengerling sekilas Syafik di sebelah. Kalau lelaki itu berani jawab tak siap lagi, siaplah dia. Hampir dua minggu dia serahkan tugasan tu. Buat apa sebelum ni? Peram.
"Dah siap...aku just nak semak balik", laju Syafik memotong. Gila kau nak jawab tak siap lagi depan boss. Yang tak siap pun jadi siap. Rizqi ketua yang 'sporting'. Sangat-sangat 'sporting'. Mudah dibawa bincang. Senang bertolak ansur. Asalkan kerja kau siap on time. Tip top. Projek yang kau handle beres. Tak timbul masalah. Kalau macam tu, sehari kau tunjuk muka tak cukup lapan jam pun tak apa. Tapi kau jangan pijak kepala dia la. Silap besar kalau macam tu. Ligat otaknya berputar, memikirkan apa yang belum lengkap. Overtime lagi la harini. Hampir seminggu dia berkerja lebih masa. Gila busy. Rasa nak terbang keluar roh dari badan.
"Rizz..., Mal cari kau dari tadi", laung Fikri berjalan mendekati mereka.
"Dia ada mana?", Rizqi berpaling memandang Fikri yang menghampiri.
"Tingkat empat", ujar lelaki itu. Kaca matanya ditanggalkan. Diurut perlahan pangkal hidung. Letih. Yang diperlukan sekarang adalah rehat yang cukup. Penat badan dan minda.
"Aku gerak dulu lah. Banyak benda nak settle", Syafik melangkah pergi tanpa semangat. Tenaga sudah habis terkuras sebulan ini. Next month nak ambil cuti pergi travel.
"Sebab apa dia cari aku?", melihat Syafik melangkah pergi, Rizqi terus menampak ke lif. Dia sendiri banyak kerja tak settle lagi. Bulan ni saja entah berapa kali sudah overtime.
"Tak tahu pula aku, dia tak cakap apa pun", balas Fikri.
Serentak mereka menapak masuk ke dalam lif. Sebaik tiba di lantai tiga, Fikri melangkah keluar terlebih dulu. Destinasi Rizqi di tingkat empat.
Rizqi terpana sebaik saja pintu lif terbuka. Begitu juga wanita di hadapannya. Entah kenapa mereka sering bertembung kebelakangan ini. Macam diatur-atur langkah.
"Rizqi! Awak buat ap...awak kerja dekat sini?", soal Zulaika, inginkan kepastian. Jari telunjuknya sudah terarah ke arah Rizqi. Tidak terlintas langsung di fikiran akan terserempak dengan lelaki itu.
"Ya. Awak pula? Ada urusan dekat sini?", tanya Rizqi, setelah rasa terkejutnya beransur hilang.
"Saya ada urusan dengan Puan Zana. Ni baru habis meeting. Saya tolong gantikan kawan", ujar Zulaika. Dia tidak terkejut mengetahui Rizqi berkerja dengan syarikat sebesar ini. Sejak bangku sekolah lagi lelaki itu sudah menyerlah. Dari segi akademik mahupun sukan.
Rizqi meminta diri selepas berbasa-basi sebentar. Tidak selesa berborak di lorong koridor yang menjadi laluan orang. Walaupun tiada sesiapa yang melintas.
"Riz....", lembut Zulaika memanggil sebelum Rizqi melangkah lebih jauh. Berkali-kali dilaungkan nama itu dalam hati. Nama yang menghiasi seluruh hatinya.
"Kalau awak tak kisah, boleh saya tahu siapa wife awak?", ditanya juga soalan yang sudah lama berlegar dalam fikirannya. Zulaika menundukkan sedikit pandangan. Tidak mahu menatap terus mata Rizqi. Soalan itu saja sudah memerah seluruh kekuatannya.
Rizqi merenung lama wajah cantik wanita di hadapannya. Dahinya berkerut, perasaannya sukar diertikan. "Alisa, Nur Alisa", perlahan nama itu meluncur dari bibir.
Terus Zulaika memanggung kepala memandang Rizqi. Ditatap anak mata lelaki itu, cuba mencari kebenaran. "Nur Alisa! Alisa yang satu sekolah dengan kita. Kawan baik awak?", soal Zulaika cuba mencari kepastian. Tidak sangka sama sekali akan mendengar nama itu lagi dari mulut Rizqi.
"...Hmmm. Ya, Alisa kawan baik saya dulu", tegas Rizqi mengiyakan. Tidak mahu berlaku salah faham.
Mendengar lelaki itu mengiyakan, Zulaika menggenggam kedua tangannya di samping. Cuba menahan perasaannya dari pecah.
Sebelum melangkah pergi Zulaika menahan lelaki itu untuk kali terakhir. "Riz...kita still kawan kan?", separuh memohon suara Zulaika. Dia tidak sanggup membiarkan semuanya ternoktah di sini, ketika hanya nama Rizqi yang masih setia terukir di hatinya. Kali ini dia mahu merebut kembali lelaki itu walau setipis apa pun peluangnya.
Rizqi terdiam mendengar pertanyaan Zulaika. Entah kenapa pertanyaan wanita di hadapannya ini seolah menguji diri. Silap langkah mungkin dia yang akan jatuh ke dalam lembah yang dalam, "Kita kawan Zu...sampai bila-bila kita akan berkawan. Perkara tu tak akan berubah", Rizqi menarik senyuman segaris untuk wanita yang pernah menghuni hatinya. Itu adalah rasanya yang terdalam ketika ini.
Tanpa disedari perbualan mereka dilihat sepasang mata. Fikri mengerutkan dahi melihat wajah wanita itu dengan dekat. Puas cuba difikir siapa gerangan wanita yang berbual bersama Rizqi itu.
'Zu...Zulaika' Fikri menepuk dahinya kesal. Patutlah susah dia nak ingat. Dia pernah melihat gambar wanita itu dalam simpanan Syafik. Mereka berdua bekas kekasih. Cinta mereka terkandas di tengah jalan, selepas hampir tiga tahun menyulam cinta.
*************
Share this novel
lamanya
kenapa lama xupdate
ada penyondol pulak, harap rizki x jatuh semula kat zulaikha