Rate

BAB 7

Romance Series 14362

"Jomlah Ain. Betul, kau tak nak pergi?", pujuk Alisa apabila Ain berterusan membisu.

"Sampai bila kau nak sorok pernikahan kau. Kalaupun tak adakan majlis, kau janganlah nafikan Syazwan sebagai suami. Kecik hati dia. Kau kenal-kenalkan dia dengan kawan-kawan yang lain", panjang Alisa cuba menasihati.

Sampai bila Ain mahu merahsiakan pernikahan dia dengan Syazwan. Sampai bayi dalam perut tu lahir? Lepas anak tu dah keluar nak sorokan juga? Sebab, tak nak ada orang pukul canang. Mulut manusia kita tak boleh tutup. Tak perlu kita gembar gemburkan aib sendiri pada orang lain. Cukup kita bertaubat dan mohon ampun dari Allah. Jangan difikirkan sangat kata manusia. Tak bawa ke mana.

Dia tahu mudah untuk bercakap. Tapi, yang akan menghadap semua itu Ain. Dia tidak mahu terlalu memaksa. Biarlah wanita itu tentukan jalan hidupnya sendiri. Dia akan sentiasa menyokong di belakang.

Keluhan berat terlepas juga dari bibir Ain. Seberat beban yang dipikul ketika ini. Tak ada siapa yang tahu, serasa hampir tersungkur melangkah memikul beban di bahu. Hanya iman yang ada di hati membuatkan dia terus bertahan sampai sekarang. Tapi jalan yang dilalui penuh duri yang menikam.

"Kau tahu...kalau ikutkan hati, aku langsung tak nak keluar rumah. Nak berkurung je. Tak payah jumpa orang, event my family. Tak payah dengar suara-suara sumbang yang menyakitkan hati, yang terus-terus menghina. Aku kan manusia paling berdosa", meletus ketawa sinis dari bibir Ain. Hambar suaranya.

"Ain aku tak akan paksa kau join reunion tu. Kalau kau perlukan masa untuk kumpul kekuatan kau. Nak lupakan semua kata hinaan tu. Kau nak cari balik diri kau. Ambilah, ambilah selama mana masa yang kau perlukan. Tapi ingat Ain, Allah selalu ada. Manusia, boleh tinggalkan kita tak kiralah siapa pun. Hati boleh berubah. Sayang pun boleh jadi benci. Tapi Allah tak pernah tinggalkan kita. Cuma kita yang lupa nak mengadu dengan Allah. Tak ada manusia yang berhak adili manusia lain", bergetar suara Alisa meluahkan perasaan. Tidak mahu Ain makin tenggelam dalam kesedihan. Kelukaan. Dan kesakitan. Semua itu perlahan-lahan akan memakan diri sendiri.

Ain menarik panjang nafas di hujung talian. Dia juga tidak mahu terus terpuruk seperti ini. Berterusan meratap nasib. menyalahkan takdir atas dosanya sendiri. Sudah berulang kali Syazwan menasihati, untuk redha dengan ujian. Tapi dia degil. Masih mahu mencari salah takdir atas kesilapan dia dan Syazwan

"Aku letih. Penat sangat Lis...Kepala aku sakit, dada aku pun sakit, sesak sangat rasa...Aku rasa serabut, otak aku pun rasa dah jem. Dah tak boleh nak fikir apa. Hati pun rasa kosong", datar kedengaran suara Ain di hujung talian. Seolah tak berperasaan.

"Kau dah kahwin, dah bersuami. Syurga kau sekarang ni dekat Syazwan. Kau sedar tak? Let's me ask you something. Make sure you be honest. Lepas kau dengan Syazwan kahwin, pernah tak kau jalankan tangungjawab kau, as a wife dekat dia walaupun sekali? Tak kisah zahir ke batin. Pernah tak? Ada tak kau fikirkan perasaan dia? Pernah tak kau tanya masalah dia. Ain...as bad as what happen to you, he be going through the same thing. Cuma dia tak tunjuk, tak luahkan dekat kau. Dia nak jadi semangat dan kekuatan kau". Tegur Alisa. Tidak mahu sahabatnya terus larut dalam kesedihan. Hingga lupa tanggungjawab sebagai isteri.

Dalam melayani kesedihan dan kesakitan, Ain lupa, Firdaus juga turut terkesan. Mungkin mentalnya tidak tercalar sedalam Ain. Tapi, dia juga menerima tekanan dari keluarga. Mungkin tidak seteruk Ain. Tapi, ada. Pasti ada tangan-tangan manusia yang menuding jari, mengatakan salah pada dia.

"Ain...pernah tak walau sekali kau call tanya khabar dia? Apa dia makan hari? Macam mana hari dia? Lepas korang kahwin pernah tak kau buat macam tu? Tak ada kan. Sebab apa? Sebab kau sibuk layan kata-kata orang sekeliling. Kau sibuk fikir apa diaorang kata, apa pandangan diaorang kat kau. Ain, diaorang tak ada kena mengena dengan kau. Tak ada dalam kasut kau. Orang macam tu memang suka cakap pasal salah orang lain. Tak pernah tengok diri sendiri. For this kind of people, kenapa kau nak beri perhatian sangat. Kenapa nak rosakkan hidup sendiri sebab orang lain. Please! Wake up. Just put them behind your back", bergetar suara Alisa menahan perasaan geram. Tidak pernah dia bercakap dengan nada seperti itu sepanjang mereka bersahabat.

Di hujung talian Ain membisu seribu bahasa. Tidak bersuara walau sepatah. Tidak mengiyakan, tak juga menidakkan.

"Kau tak faham perasaan aku...apa yang aku lalui...", sayup kedengaran suara Ain.

"Betul, aku tak faham apa yang kau lalui. Tapi, aku tahu, kau tak boleh berterusan macam ni. Tak boleh terus abaikan Firdaus dan rumahtangga kau. Anak dalam perut tu, kau kena fikirkan juga. Kalaulah something happen dengan perkahwinan kau atau anak dalam perut tu, menyesal kau Ain", dalam pujukan sempat Alisa selitkan nasihat. Bukan mahu menakutkan. Tapi mahu menyedarkan wanita itu.

************

"Abang, baju untuk malam ni Lis gantung dulu", laju tangannya memasukkan pakaian itu dalam almari. Hari masih awal. Jam baru beranjak 3.30 petang. Pening kepala melihat baju yang bersepah atas katil. Majlis reunion malam ini bermula pukul 8.45. Sakit mata melihat barang bersepah macam tu.

"Hmmm...", pendek jawapan Rizqi. Matanya masih setia dengan telefon di tangan. "Lis nak makan dekat luar, atau dalam bilik", Rizqi mengangkat muka memandang Alisa yang masih tekun menyusun barang dalam almari. Menggeleng kecil dia melihat Alisa yang mengemas sejak tadi. Seolah mereka mahu menetap terus di situ.

"Lis ikut je. Mana-mana pun boleh", mudah jawapannya. Malas mahu serabutkan kepala.

"Dani dengan Am dah sampai. Baru sudah check in", ujar Rizqi berjalan menghampiri Alisa. Tangan wanita itu ditarik mengikut langkahnya. Didudukkan wanita itu di birai katil. Walaupun kata penat tidak keluar dari bibir Alisa, tapi dia yang penat melihat Alisa.

"Seriously...lambatnya diorang sampai. Mesti bergerak lewat", dalam rungutan, riak teruja jelas terpapar di wajah. Bibirnya sudah merekah.

"Hmmm, selang dua buah bilik dari kita", selarik senyuman terbit di bibir Rizqi melihat telatah Alisa. Mood wanita itu agak down sejak perbualan terakhirnya bersama Ain. Risau dia melihat Alisa yang terkadang termenung sendirian. Dia tahu Alisa risaukan Ain.

Walaupun tidak berada di kasut wanita itu dia faham dilema yang dilalui sahabatnya. Tapi, there is no use crying over a spill milk. Benda dah jadi, mahu tak mahu kena juga hadap. Jangan toleh ke belakang, fokuslah dengan apa yang ada di depan. Rizqi melepas keluhan lemah memikirkan Ain dan Syazwan.

"Kita mandi dengan solat dulu. Lepas tu kita keluar makan. Am dengan Dani join sekali", ujar Rizqi. Tahu Alisa pasti tidak keberatan kedua sahabat mereka sertai sekali.

**********

"Korang sambung cuti atau terus balik lepas dinner nanti" soal Alisa. Tapi tangannya tidak berhenti menyuap makanan ke dalam mulut.

"Aku tak sambung cuti. Esok, petang sikit kitaorang gerak balik. Tak rushing, bukan jauh sangat. Kau pula cuti sampai bila Riz", Ilham mengarah kembali pandangannya pada Rizqi. Tahu Alisa sudah berhenti kerja.

"Aku sambung cuti tiga hari. Tak boleh lama sangat. Fik dah apply cuti dua minggu", gelas di tangan diletak kembali di atas meja.

'Uishh...lama dia cuti. Nak kahwin ke? Tak ada bagitau apa pun", sengaja Ilham serkap jarang. Mana tahu mengena. Mana tidaknya, lama sangat apply cuti. Mengalahkan orang kahwin.

"Dia kata nak healing", selamba badak Rizqi menjawab. Ditayang muka tak berperasaan. Entah apa yang nak dihealing lelaki itu. Stress sangat buat kerja agaknya.

"Healing?", Ilham menjongket sebelah kening mendengar jawapan Rizqi. Meletus juga ketawa dari bibir, melihat wajah tak berperasaan lelaki di hadapannya. "Jangan healing sampai hilang sudah. Tak jumpa pula jalan ke office", ujar Ilham setelah tawanya mereda.

"Lis..., kau tak kenyang lagi ke? Dari tadi aku tengok tak berhenti makan", berkerut dahi Daniel memandang Alisa yang masih bersemangat menyuap makanan. Pelik juga. Setahu dia, Alisa bukanlah 'big eater'. Sejak dulu wanita itu hanya makan dalam porsi yang biasa saja. Malah sewaktu di bangku sekolah makanan Alisa selalu dicaras sahabat yang lain.

Wajah Daniel di hadapan dijeling tajam. Kalaulah jelingan tu boleh membunuh, memang dah arwah Si Daniel. "Aku makan untuk dua orang, memang la tak kenyang".

Terpinga-pinga Daniel mendengar jawapan Alisa. Mukanya jelas keliru. Masih blur. Belum dapat menangkap maksud tersirat wanita itu.

"Wait!...What? Are you pregnant?", soal Daniel lupa merendahkan volume suara. Lupa agaknya mereka di cafe.

Pandangan terus di alih antara Rizqi dan Ilham. Melihat riak selamba kedua lelaki itu, tahulah telahannya benar.

'Puk', selamat mendarat sebuah penumbuk di bahu Ilham. "Kau dah tahu ke? Tak terkejut langsung", soal Daniel tidak puas hati. Mana taknya, dia sorang je yang terkejut. Hilang macho tadi.

"Aduhhh...kau kalau mulut je berjalan, tangan tak payah jalan sekali, tak boleh ke?", bebel Ilham mengosok bahu yang terasa perit. Ni bukan penumbuk manja-manja. Dah macam menyimpan dendam kesumat.

Ilham biarkan pertanyaan Daniel tergantung. Rizqi orang yang paling layak untuk memberi jawapan. Tak patut pula dia pandai-pandai nak menjawab, sedangkan Rizqi ada di depan ni. Lainlah kalau lelaki tu tak ada. Walaupun bersahabat, tapi air muka Rizqi sebagai suami Alisa perlu dijaga.

"Lis kena warded last month, dekat hospital Am kerja. Tu yang dia tahu. Aku dengan Lis, bagitahu mak ayah kitaorang je. Kandungan baru lagi, aku tak nak heboh". Dia mengambil keputusan merahsiakan berita kehamilan Alisa, kerana usia kandungan yang masih muda. Macam-macam boleh terjadi. Bila kandungan cecah empat atau lima bulan, baru akan dikongsi berita gembira itu.

"Kenapa...Kau kenapa Lis?", berkerut dahi Daniel memandang Alisa. Walaupun mereka kerap bertikam lidah sebaik bersua muka, dia dan Alisa tetap sahabat. Mahu tak risau, mereka bersahabat dari sekolah lagi.

"Nothing serious, just dehydrate. Tak cukup air dalam badan", mudah Alisa menjawab.

"Just...dehydrate....", perlahan kedengaran suara Rizqi di sebelah. Cawan yang berisi Americano dicapai. Disisip perlahan air berwarna hitam pekat itu tanpa menoleh ke sisi.

Laju Alisa memandang Rizqi. Melihat riak lelaki itu tenang tanpa perasaan, dadanya mula berdebar. Sudu di tangan diletak kembali di pinggan. Tahu Rizqi tak senang dengan jawapannya. Mungkin lelaki itu menganggap dia tidak mengambil serius kesihatan sendiri.

"Kau tak boleh pandang ringan pasal dyhydration, Lis. It can be really dengerous. Expecially, when your are pregnant, risk can be higher", serius Ilham menatap tepat wajah Alisa. Terus terserlah aura doktor di situ. Tiba-tiba buat sesi consultation percuma.

"But, right now looking at you.....aku rasa pola pemakanan kau dah stabil. As long as you can drink a lot of water.....InsyaAllah everything will be fine", sambung Ilham melihat wajah serba salah Alisa. Dia faham kerisauan Rizqi mengenai kesihatan Alisa. Dia pun tak sokong sikap ambil mudah Alisa. Tapi ibu mengandung tak boleh terlalu stress. Tak bagus untuk perkembangan bayi dalam perut.

"I know...Sekarang aku dah tak muntah-muntah. I almost can eat and drink everything. Tak ada alah dengan makanan langsung. Morning sickness pun sekali sekala je", perlahan Alisa menjawab. Dah macam report dengan doktor sakit puan pula. Serba salah kedengaran suaranya. Iyalah Rizqi dekat tepi dah dingin semacam. Dia tahu salah sendiri. Cakap tak fikir dulu.

Dicapai tangan Rizqi di bawah meja. Digenggam dan diusap perlahan, cuba memujuk secara halus. Dengan harapan amarah lelaki itu berlalu.

Tanpa Alisa sedar, Rizqi cuba menahan ketawa dari meletus. Terus menayang wajah serius. Dia bukanlah marah dengan Alisa. Tapi rasa geram tu tetap ada.

Tak akan dapat dibayangkan Alisa perasaannya ketika itu. Sebaik melangkah masuk dia melihat wanita itu terbaring tidak sedarkan diri di lantai. Puas cuba dikejutkan, tapi tak berjaya. Dengan rasa tak keruan tubuh kecil wanita itu terus dicepung. Melihat kesan darah di celah kelangkang Alisa, bermacam-macam andaian bermain di fikiran. Tidak terasa belakang tubuhnya sudah bermandi peluh dingin. Rasa takut yang tak pernah dirasainya seumur hidup. Menggigil tangannya ketika itu. Sepanjang menunggu di kecemasan dia tak berhenti-henti berdoa. Langsung tidak sedar bila air mata lelakinya tumpah. Takut kehilangan wanita yang dicintai, takut juga kehilangan buah buah hati yang baru menghuni di rahim sang isteri.

Dilepas keluhan panjang. Nak dimarah Alisa, bukan salah wanita itu. Mungkin ini akan menjadi traumanya sendiri. Genggaman tangan Alisa dieratkan. Diusap jari-jemari runcing wanita itu, tanda marahnya sudah reda.

"Hahahaha...kau kalau dengan aku bukan main bertikam lidah. Pantang jumpa nak berbalah. Bila dengan Riz tak sempat apa-apa lagi terus kecut perut", sindir Daniel. Sengaja ditayang wajah yang minta penampar. Seronok nak menyakitkan hati Alisa. Maklumlah dah lama tak jumpa. Dia gelak jahat dalam hati.

Tisu di tangan terus dilempar ke arah Daniel. Laju tangannya buat kerja. Tak sempat dielak oleh Daniel. Kalau masuk dalam mulut, nasib. Sajalah lelaki tu nak sakitkan hati dia.

Dikutip tisu yang mengena tepat mukanya. "Yang kau marah kenapa? Betul lah aku cakap. Kau dari zaman sekolah dulu jumpa Rizqi terus jadi tikus a.k.a hamster. Tengah menyinga pun boleh jadi kucing", mengekeh ketawa Daniel. Makin lama makin galak.

Ilham turut ketawa, mendengar kata-kata Daniel. Namun cuba ditahan, melihat wajah cemberut Alisa.

Rizqi hanya tersenyum kecil. Tak berani nak ketawa depan-depan. Tadi dia yang marah, sekarang Alisa pula yang merajuk. Mahu tak jadi pergi reunion malam ni.

Merah muka Alisa menahan malu. Tisu di atas meja dicapai. Belum sempat dilempar pada Daniel tangannya di tahan Rizqi. Melihat senyum kemenangan Daniel, Alisa pandang wajah sang suami tidak puas hati. Namun diturut juga keinginan sang suami, dengan muka mencuka.

Rizqi bukan mahu menangkan sesiapa. Dia risau kalau dibiar bukan setakat tisu yang terbang. Mahu cawan dan pinggan atas meja ikut terbang.

Makin menjadi-jadi ketawa Daniel, melihat wajah masam Alisa. Baik-baik Lis, jangan muncung sangat mulut tu, berjangkit dekat baby dalam perut, kesian dia", masih tidak puas mengusik.

"Puk", Ilham menyinggung kuat tubuh Daniel di samping. Lelaki sorang ni bukan boleh pakai sangat. Dari dulu pantang ada peluang, memang suka menyakat Alisa.

"Aaauuw....apasal kau ni Am? Sakitlah la....", di usap lengan yang terasa pijar. Wajah Ilham dipandang tidak puas hati. Bukan main-main penangan siku lelaki tu.

Belum sempat Daniel membuka mulut, Rizqi memberi tatapan tajam, sebagai amaran. Bukan boleh dibiar, mahu melalut pula Alisa dengan Daniel ni. Terus lupa mereka di tempat awam.

Daniel hanya ketawa kecil, menggeleng kepala. Tak lagi menyakat ibu mengandung tu. Geli hati melihat Alisa memberi jelingan maut.


************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience