"Dah tak apa ada lagi kan nak cakap?" soal Deya terus sebaik saja menjawab dan mengiyakan pertanyaan yang diajukan padanya itu. Nak duduk lama lama berdua dengan lelaki itu saja, cukup membuat dirinya sedikit tidak selesa.
Bukan apa, dia sejenis yang tidak berapa bergaul dengan lelaki. Jadi sangat sukar baginya untuk terbuka dan berbual ramah dan mesra.
Affan hanya membalas dengan tersenyum nipis. Perasaan gembira masih belum hilang dihatinya. Ikutkan dia mahu berlama lagi ingin luangkan masa bersama. Namun dia kena sedar yang dia sudah menganggu masa rehat tunangannya itu.
"Maafkan saya sebab dah ganggu awak.. Saya ada benda nak bagi dekat awak.." Affan yang baru saja hendak mengeluarkan sekotak hadiah sederhana.
Tiba tiba saja muncul satu suara menyentakkan suasana mereka berdua. Deya dan Affan serentak berpaling ke arah Dahlia yang datang mendekat ke arah mereka.
Terutamanya Deya yang sontak terkejut melihat adik perempuannya yang langsung tidak mengena kan tudung dikepalanya. Dan dia keluar dengan rambut terurai di hadapan tunangan nya.
"Hai!.. Kenapa datang tak bagitahu.. " tegur Dahlia pada seorang lelaki yang duduk tidak jauh dari jarak tempatnya berdiri.
Affan tidak menjawab pertanyaan itu. Malahan pandangan matanya terus saja dihalakan pada tunangannya. Dia menatap lama raut wajah tegang bakal isterinya itu.
Manakala Deya bingkas bangun dari tempat duduk nya menghampiri Dahlia yang hendak saja mengatur langkah semakin mendekat.
Lengan Dahlia ditarik Deya. Buatkan Dahlia sedikit terkejut menatap kakaknya itu. "Ish! Apa kakak ni! Lepaslah!!" Dahlia meleraikan pegangan itu. Dan terus menepis tangan Deya dari menyentuhnya.
Sebelum Dahlia memandang tepat ke arah Deya ingin bersuara. "Kak-" namun tak sempat Dahlia menuturkan kata. Deya terus saja menarik semula lengannya dan dibawa pergi dari situ secepatnya.
~
"Eh lepaskan tangan akulah! " bentak Dahlia terus sebaik saja mereka sudah berada didalam biliknya. Dia menarik kasar lengannya dari pegangan kakak nya itu. "Apa masalah akak ni hah!?" soalnya sedikit geram, sambil mengusap lengannya yang ditarik tadi.
Dahlia berdengus geram, mukanya memerah menahan amarah. "Kalau iya pun akak cemburu Lia tegur tunang akak tu, tak perlu kot sampai nak tarik tarik tangan Lia pergi dari situ!"
"Lia sedar tak sekarang ni Lia keluar bilik tak pakai tudung? Lia keluar dengan berpakaian macam ni menampakkan aurat Lia depan tetamu kita, Lia tak malu ke? Lia dah besar tau, takkan semua benda nak kena ajar?" balas Deya menegaskan suaranya.
"Eh aku tahu lah! Tak payah nak ajar aku.. Lia tahu nak jaga diri Lia sendiri macam mana. Akak tak payah nak sibuk uruskan Lia, dan tunjuk perangai baik akak depan tunang akak. Eh tak penat ke nak berlagak baik didepan semua orang? Buat semua orang pandang akak ni baik sangat." kata Dahlia lagi. Melepaskan segala kekesalan dihatinya. Dia tak suka dan dia benci bila semua yang salah datang berpunca dari dirinya.
Deya mendengar itu hanya melepaskan keluhan dan mengelengkan kepala nya perlahan. Sangat sukar untuk dia nak bercakap dengan orang yang degil dan keras kepala seperti adik perempuannya ini. Dia buat semua ini, demi kebaikan adiknya itu. Dia hanya ingin menjaga dan menegur mana yang salah. Tapi malah disalah ertikan.
"Suka hati Lia lah nak cakap akak ni apa. Yang penting sekarang, akak taknak Lia keluar dari sini, tanpa tudung. Dan lagi bagus kalau Lia tak payah keluar terus. Selagi tunang akak tak balik.." kata Deya mulai tegas. Sebelum ia berlalu keluar dari situ tanpa mendengar balasan dari adiknya lagi.
Dahlia memandang kepergiaan kakaknya itu dengan tatapan tajam wajahnya merah membahang. Dia tidak berpuas hati dengan apa yang sudah dikatakannya itu. Dia seolah merasa seperti dipermalukan dihadapan Affan tadi.
"Lia akan buat akak menyesal dengan apa yang akak dah buat dekat Lia.. Akak takkan bahagia.." tutur nya mendalam. Tangannya mula mengepal mengenggam segala kesakitan dihatinya. Dia tak akan biarkan kakaknya itu bahagia selamanya..
~
"Deya.. Apa dah jadi? Ibu dengar sampai ke dapur suara adik kamu menjerit dekat kamu. Dia buat hal apa lagi?" tegur Hajah Sarimah dan terus bertanya sedari dia yang baru saja keluar dari dalam dapur dan kebetulan pula berpampasan dengan anaknya itu.
"Takde apalah ibu.. Deya dah uruskan dah. " balas Deya perlahan seraya tersenyum hambar. Namun raut wajahnya langsung tidak mampu diselindungi dengan kata. Hajah Sarimah hanya mengangguk faham. Dia tahu ada sesuatu terjadi yang ditutupi darinya.
"Takpela kalau macam tu. Ibu nak sambung dulu. Affan adalagi kan dekat situ? Minta dia jangan balik dulu. Kita makan malam sama sama, tunggu abah kamu balik." ujar Hajah Sarimah terus.
Deya hanya mengangguk mengiyakan. Sebelum Deya melangkah pergi semula menuju ke ruang tamu. Disebabkan helah Dahlia tadi. Tak memasal dia sudah membiarkan tunangannya itu sendirian diruang tamu.
~
Manakala Hajah Sarimah malah berbalik menuju ke arah bilik Dahlia. Anak dara nya lagi seorang ini, tak buat masalah tak sah. Naik pening kepala dia mahu menghadap perangai degil dan keras kepalanya.
Tombol pintu bilik Dahlia dipulas dan dibuka dari luar . Nasib lah tidak berkunci. Hajah Sarimah terus saja menerobos masuk ke dalam bilik itu. Namun benda pertama yang dilihatnya. Dahlia memecah kan tabungan miliknya.
Manakala Dahlia yang sedikit terperanjat melihat kemuncullan ibunya itu. Terus saja bangun dan berdiri dari atas katil miliknya. Matanya sekilas menoleh ke atas katil melihat tabungannya yang sudah dipecahkan nya itu. Mahu disorokkan pun sudah terlambat. Ibunya itu sudah pun melihatnya lebih dulu.
"I-ibu kenapa masuk bilik Lia?" soal Dahlia pada ibunya itu. Sudah tahu bertanya lagi. Mestilah kakaknya itu sudah mengadu pada ibunya pasal kejadian tadi.
"Lia buat masalah apalagi ha? Apa yang dah jadi dekat luar ibu dengar kecoh kecoh tadi?" Hajah Sarimah terus saja mengajukan pertanyaan yang serius pada anak perempuannya itu.
Dahlia berdecit perlahan mendengar pertanyaan itu. "Ibu dah tahu kan? Mesti Kak Deya pun dah bagitahu ibu, kenapa tanya Lia lagi?. Dahlah ibu. Lia dah malas nak cakap, Lia penat.." balasnya terus mulai merasa rimas.
Kalau dia cakap pun, sudah pasti ibunya itu malah menyebelahi Deya dan akan menasihatinya. Dia dah penat asyik mendengar bebelan setiap masa dari orang yang sama dan nasihat yang berulang kali di ungkapkan dimulut orang yang sama.
"Tahu apa ha? Kamu ni memang tak serik serik lagi ke Dahlia buat perangai?.. Mulut ibu ni dah berbuih buih nasihat kan kamu." bebel Hajah Sarimah terus.
Sebelum Hajah Sarimah memandang kembali ke arah beberapa tabungan anak nya yang sudah dipecahkan itu "Ni hah, yang kamu pecahkan tabungan kamu ni untuk apa? Kamu nak buat apalagi? Kamu kalau perlukan duit kamu cakaplah dekat ibu.. Tak perlu sampai nak pecahkan tabungan kamu semua ni.." soalnya lagi
"Ibu rasa kalau Lia minta duit dekat ibu pun, ibu akan bagi dekat Lia ke?" soalnya menyindir halus.
"Kamu nak buat apa dengan duit banyak banyak ha?"
"Lia nak beli telefon baru. Nak tunggu ibu dan abah belikan telefon baru dekat Lia, agaknya tunggu fon Lia ni tak boleh hidup kot baru ibu dan abah beli." balasnya terus
"Kan masih elok lagi tu, masih boleh guna lagi.. Kamu jangan lah membazir keluarkan duit tabungan kamu tu sebabkan nak beli telefon baru.. Simpan duit tu untuk kegunaan penting di masa depan kamu nanti" ujar Hajah Sarimah sedari melihat telefon milik anaknya masih boleh digunakan. Hanya saja ada keretakan kecil di bahagian skrin telefon.
Manakala Dahlia sudah mula menutupi telinganya dengan kedua belah tangannya tidak rasa mahu mendengar lagi. Terasa bingit pula bila dari tadi dia tak henti mendengar bebelan dari orang didalam rumah ini. Betul betul buat dirinya tak tenang dan tak selesa. Apa yang dia buat semuanya salah. Yang betul nya semua mereka.
~
Deya yang baru saja menapak langkah ke arah ruang tamu. Tidak sengaja mendengar suara perbualan membuatkan langkah kakinya semakin perlahan. Deya menjengah kepala ingin melihat. Rupanya ayahnya sudah datang.
Serta merta buatkan Deya sedikit cemas dan tak tentu arah. Aduh, macam mana nanti kalau tunangan nya itu sudah mengatakan kepada ayahnya pasal kejadian tadi?
Sebelum satu suara dari arah belakang memeranjatkan Deya. Laju Deya membalikkan tubuhnya. Matanya sedikit membulat melihat ibunya yang sudah berdiri dibelakangnya memerhatikan nya pelik.
"Yang kamu berdiri dekat sini dah kenapa? Affan mana? Dia dah balik ke?" Hajah Sarimah terus saja menyoal anaknya itu sedari melihat Deya kehulur kehilir sejak dari tadi sebaik saja dia keluar dari bilik Dahlia.
Deya hanya mengelengkan kepalanya sambil tangannya menunding jari ke arah ruang tamu. Memberitahukan pada ibunya yang abah sudah balik.
Hajah Sarimah yang seolah faham terus saja menjengulkan kepalanya melihat ke ruang tamu. Dan mendapati yang suaminya sudah pun kembali. Sekarang tengah berbual dengan bakal menantunya.
"Haih kamu ni Deya. Pelik pelik aje ibu tengok kamu ni.. Dengan tunang sendiri pun nak takut. Dah pergi ajak abah dan tunang kamu tu makan malam sekali. Ibu nak ke dapur nak siapkan dulu.." pesan Hajah Sarimah sebelum ia beredar dari situ.
Deya hanya mengangguk pasrah saja. Sebelum ia mengatur langkah masuk ke ruang tamu. Dan kemuncullannya terus saja di sambut dengan tatapan mata dari ayah dan juga tunangnya yang duduk dan masih dalam perbualan itu.
"Ahh Deya.. Kamu pergi mana? Kenapa biarkan tunang kamu sendiri dekat ruang tamu ni?" soal ayahnya terus sedari melihat anak perempuannya yang baru saja muncul itu. Dia baru balik tadi sudah melihat bakal menantunya itu sendiri di ruang tamu tanpa ada sesiapa temaninya.
Dia sudah kelu. Persoalan maut apakah ini? Kalau ayahnya dapat tahu pasal kejadian tadi. Makin tambah rumit lah keadaan nanti. "Err, Deya tolong ibu kejap ayah.." balas Deya sengaja memberikan alasan agar ayahnya tidak lagi menyoal.
Sedari tidak mendapat sangkalan mengenai alasannya. Deya kembali menyambung ucapannya. "Hurm, ibu suruh Deya panggil makan malam sama sama.." Kata Deya lagi.
Haji Rahim hanya mengangguk. Sebelum ia memandang bakal menantunya itu. "Dah jom kita makan malam dulu.." Haji Rahim mula bangun dan mengajak Affan yang ada disitu.
"Baik Pak.." balas Affan sebelum ia bingkas bangun dan terus menoleh ke arah tunangan nya itu dengan tersenyum manis.
Deya langsung tidak mengendahkan lelaki itu. Ia hanya memerhatikan langkah ayahnya yang mula melangkah pergi dari situ. Dan baru saja Deya hendak beransur pergi mengikuti langkah ayahnya yang sudah berlalu lebih dulu itu. Ada sesuatu yang malah menghentikannya.
Affan yang menarik kain lengannya yang berlapik itu. Hingga Deya kembali menoleh membalikkan tubuhnya memandang ke arah tunang nya sehingga membuatkan mata mereka berdua saling bertembung dan bertatapan lama membuat pergerakkan terhenti sejenak.
Lama mereka dalam keadaan begitu tanpa kata. Mereka saling berbalas pandangan dalam yang malah membuatkan hati mereka saling berhubung dengan degupan jantung yang semakin berdetak kencang. Entah itu cinta yang mula tumbuh. Ataupun perasaan hati yang kian terbuka sesama mereka.
Sebelum tiba tiba saja muncul satu ekor kucing dari arah mereka, membuatkan Affan terperanjat dan sedikit ketakutan melihat kucing itu. Deya yang turut tersentak hanya mengurut dadanya sedikit terkejut.
Sedari melihat lelaki itu menjauhkan diri nya dari kucing didalam rumahnya itu. Deya tersengih kecil dan terus mengambil kucing dan dibawa kedalam dakapannya. Sambil mengusap lembut bulu mulus itu. Dia memerhatikan tunangan nya.
"Awak takut kucing ke?" soal Deya terus dengan kekehan kecil yang disembunyikan olehnya sedari melihat wajah pucat lelaki itu.
Manakala Affan hanya mengangguk perlahan dengan nafas yang sikit tercungap cungap. Wajahnya mula berpeluh kecil di dahi yang sedikit mengalir.
"Sorry dia memang agresif sikit. Sebab tu nama dia bimbo." jelas Deya pada lelaki itu.
Affan hanya mengangguk faham sambil memerhatikan kucing dalam pegangan tunangan nya itu. "Kucing awak?" soalnya
Dia pantas mengelengkan kepalanya. "Ni kucing ayah.. Ayah dah jaga sejak kucing ni kecil lagi."
Affan hanya mengangguk faham. Namun dari tadi dia hanya berdiri dari kejauhan. Tidak berani datang mendekat selagi kucing itu masih disitu.
Deya yang seolah faham yang tunangan nya itu takutkan kucing yang dipegangnya itu. Hanya mengulumkan senyuman sebelum ia melepaskannya dan membiarkan kucing itu berkeliaran sendiri.
"Dah jom kita makan malam dulu.." Deya kembali mengajak lelaki itu pergi ke ruang makan untuk bermakan malam bersama keluarganya . Namun Affan bersuara membuat ia kembali memandang wajah lelaki itu.
"Maafkan saya pasal kejadian tadi.." ucap Affan terus pada tunangannya itu. Deya yang masih memandang ke arahnya mula berubah riak wajah setelah mendengar itu.
Nantikan next chapter!! apalagi helah Dahlia akan buat lepasni?
Share this novel