(Chapter 5) Salah Sendiri

Romance Series 150674

"Awak marah saya, pasal kejadian tadi?" soalnya lagi sedari melihat perubahan raut wajah tunang nya itu.

Deya yang hanya diam sedari mendengar pertanyaan lelaki itu mula mengerutkan dahinya sedikit pelik. "Kenapa saya nak marahkan awak? Tu bukan salah awak, jadi tak perlu minta maaf.." balasnya perlahan

Affan hanya mengangguk faham sebelum ia mengukirkan senyuman perlahan menatap tunangnya itu. "Maafkan saya Deya.. Saya dah ganggu awak." ucapnya

"Tak perlu nak dibahaskan lagi. Benda pun dah berlaku, jadi saya tak boleh nak salah kan siapa siapa. Dan pasal kejadian tadi saya minta maaf. Dan saya harap awak tak perlu panjangkan lagi.." ujar Deya terus.

Sebelum Affan mengeluarkan sesuatu dari beg galas miliknya. Dan memberikan kotak sederhana pada tunangnya itu. "Ni untuk awak. Saya datang sekali nak berikan benda ni. Saya harap awak terima.. Pasal kejadian tadi jangan risau, saya tak cakap apa apa pada abah awak." sebaik memberikan kotak sederhana itu pada tunangan nya. Affan terus berlalu pergi ke ruang makan lebih dulu.

Deya hanya terkebil kebil menerima hadiah itu tanpa sempat berkata apa pada lelaki itu yang sedari sudah pergi lebih dulu.

Membuatkan nya hanya diam pegun sambil menatap kepergiaannya. Sebelum Deya memandang semula ke arah kotak yang sudah berada ditangannya itu. Kotak apa pula tunangnya bagi ni? Barang hantaran pertunangan yang diberikan padanya itu sudah terlalu banyak. Nak tolak pemberian ini pun rasa serba salah.

~

Deya yang baru saja keluar dari dalam bilik nya sebaik meletakkan pemberiaan tunang nya tadi. Sebelum keluar Deya tidak sengaja berpampasan dengan Dahlia yang juga baru keluar dari dalam biliknya.

Dahlia terus mengangkat wajahnya  sedikit terkejut sedari melihat kakaknya itu. Ni nasib baik dia sudah memakai tudung sarung dikepalanya. Kalau tak mesti ada lagi bebelan dari ustazah tak bertauliah dari kakaknya itu.

Manakala Deya hanya diam memerhatikan adiknya itu. Jelas terlihat dari riak wajah nya yang masih marah padanya. Deya tidak menegur kerna takut akan berbalah lagi dengan Dahlia. Jadi Deya memilih untuk meneruskan langkahnya. Namun suara Dahlia malah menghentikannya kepergiaannya.

"Puas lah hati kau sekarang kan? Kak dah malukan Lia dekat depan tunang akak, lepastu akak mengadu pulak dekat ibu. Lepastu apa? Lepastu mesti ibu akan cakap dekat abah pasal apa yang dah jadi tadi. Dan pasti abah pula yang akan marahkan Lia lepasni. Dan semuanya disebab kan akak!" kata Dahlia sedikit keras menahan amarahnya.

"Apa Lia cakap ni? Kak tak faham. Dahlah Lia, Akak dah malas bergaduh dengan Lia. Lagipun akak tak bagitahu siapa siapa. Dan apa yang jadi tadi itu disebabkan diri Lia sendiri, jadi berhenti salahkan orang lain.." balas Deya malas memikirkan apa yang dikatakan adiknya itu.

Deya yang baru hendak beransur pergi dari situ. Dengan pantas lengannya ditahan dan ditarik semula. "Kak Deya pikir Lia ni bodoh ke nak percaya cakap akak? Jangan ingat Lia ni tak tahu yang akak dah bagitau ibu. " bantah nya menafikan apa yang dikatakan Deya tadi.

Deya yang sedikit tersentak dengan apa yang dilakukan adiknya itu, mula menarik kembali lengannya dari cengkaman Dahlia. Sebelum Deya kembali memandang Dahlia yang sudah mencerlung tajam menatap ke arahnya itu.

"Lia ni dah kenapa ha? Akak dah cakap akak tak cakap apa apa kan? Tak faham faham lagi ke? Tolong eh, kalau Lia tak puas hati sangat dekat akak, bukan sekarang! Akak tak ada masa nak layan perangai Lia. Kita ada tetamu, tolong hormat sikit. Jangan buat perangai kebudak budakan macam ni"

Dahlia mengetap gigi menahan geram. "Lia tak percaya! Tak payah nak tipu Lia" Dahlia terus menerus membidas apa yang dikatakan Deya padanya.

Deya hanya menarik nafasnya dalam dalam cuba untuk sabarkan lagi hatinya. "Takpe kalau Lia tak percaya. Akak cakap bukan nak Lia percaya. Tapi nak Lia sedar dengan kesalahan Lia sendiri. Jangan nak salahkan orang lain, disebabkan perbuatan sendiri" ujar Deya sedikit datar dan terdengar tegas.

Sebelum Deya mengatur langkah beredar dari situ lebih dulu. Perdebatan semacam inilah yang ia cuba elakkan. Namun makin dia diamkan malah makin menjadi jadi perangai adiknya ini. Bila ditegur sikit saja, mula lah nak melenting dan menyalahkan orang lain.

Dahlia yang sudah melihat kepergian Deya. Hanya merengus geram. Sebelum ia turut melangkah menuju ke ruang makan.

~

Sebaik saja masuk ke ruang makan. Hajah Sarimah dan juga Haji rahim diikuti Affan mula menoleh serentak memandang ke arah nya sedari melihat dia baru saja muncul disitu.

"Ha Deya.. Kamu pergi mana dari tadi? Adik kamu Dahlia mana? Ni lagi sorang, dari tadi tak keluar keluar dari bilik tu dah kenapa?" soal Haji Rahim pada Deya yang baru tiba sejak dari tadi ditunggu tunggu oleh mereka.

Deya sudah tercengang dengan persoalan itu. Dan memilih diam bingung sendiri dulu disitu sebelum membalas pertanyaan tadi. Dia nak cakap apa pula kalini? Salah jawab sikit ni, habis lah dia yang akan kena menjawab lagi.

Sedari tiada balasan dari anaknya itu. Haji Rahim kembali bersuara. "Deya kamu ni dah kenapa? dengar tak apa abah cakap ni?"

Deya tersentak dari lamunannya dan pantas mengangguk mengiyakan. Sesekali matanya mengerling ke arah Affan yang turut sama memandang ke arahnya. "Kejap lagi Lia keluar abah.." jawab Deya sedikit ragu.

Dan tak sampai berapa minit saja. Dahlia sudahpun muncul dari belakang nya. Serta merta pandangan dialihkan pada Dahlia pula.

Buatkan Dahlia sedikit merasa takut sedari banyak mata mula memerhatikan dirinya. Sekilas Dahlia menatap Deya yang berdiri disebelahnya. Entah apalah Deya sudah beritahu pada mereka pula kalini. Sudahlah dia sudah malas mahu mempedulikan lagi.

"Dah cepat duduk. Yang nak tercegat berdiri dekat situ lagi dah kenapa. Tetamu kita dah lama menunggu ni." arah Haji Rahim terus.

Dahlia dan Deya mula bersamaan mengatur langkah mengambil tempat duduk masing masing di meja makan. Dan kerusi kosong bersebelahan Affan tadi dengan cepatnya diambil oleh Dahlia.

"Lia dulu kan? Akak carilah kerusi kosong lain.." ujar Dahlia sedari melihat kakaknya itu memperhatikannya.

Deya tidak berkata apa apa. Dia mengerling sekilas ke arah Affan yang kebingungan itu. Sebelum Deya mengambil tempat duduk di kerusi berhadapan Affan sesekali matanya beralih ke arah Dahlia yang sudah tersengih melihat nya.

~

"Terima kasih Affan sebab dah sudi datang ke rumah Abah.. Jaga diri kamu baik baik. Pandu kereta jangan laju laju ya. Nanti dah sampai bagitahu.." pesan Haji Rahim pada Affan yang sudah meminta diri untuk balik itu.

Affan mengangguk sambil bersalaman tangan dengan bakal ayah mertuanya itu"InsyaAllah Abah. Maafkan Affan sebab datang tak bagitahu.. Maafkan Affan juga sebab dah ganggu Abah sekeluarga malam malam macam ni."

"Eh tak ada apalah. Nanti rumah ni akan jadi rumah kamu juga. Bila bila kamu nak balik kamu balik aje. Apa yang penting jaga anak abah baik baik bila dah jadi isteri kamu nanti ye." balas Haji Rahim sambil tersenyum perlahan pada bakal menantu nya itu

"InnsyAllah abah. Terima kasih sangat sangat sebab terima Affan jadi menantu abah. Affan gembira sangat."

~

Deya bersamaan Dahlia mula sibuk didapur membersihkan pinggan mangkuk dan meja tempat makan tadi.

Dahlia yang dari tadi mengelap meja makan. Hanya memerhatikan Deya yang sibuk mencuci pinggan mangkuk di sinki. Dia meninggalkan kerjaanya dan berjalan mendekati Deya.

"Kalau Lia tengok abang Affan tu kan. Lia rasa suka pulak. Kalau kak Deya taknak dia. Kak Deya cakap dekat Lia tau. Biar Lia yang akan gantikan tempat akak, kahwin dengan dia." ujarnya secara tiba tiba.

Deya yang tadinya sibuk menyiapkan kerja nya. Terus saja menoleh dan membalikkan tubuh ke arah Dahlia setelah selesai mengemas tempat cuciannya tadi.

"Kak Deya tak kisah kalau Lia nakkan Affan. Yang akak kisahkan sekarang, macam mana lah tanggapan orang kan? Kalau nanti Lia pula yang mengantikkan tempat kakak sendiri berkahwin dengan tunangan akak. Lia tak kisah kalau orang kampung bercakap buruk pasal Lia?"

Dahlia memutarkan bola matanya malas. "Buat apa Lia nak pedulikan apa kata mereka? Ni kebahagiaan Lia. Dan biar Lia yang tentukan." balasnya terus.

Deya mendengar itu hanya tersengih kecil "Kebahagiaan yang merosakkan kebahagian orang lain? Itu kebahagiaan Lia?" Deya menyoal dengan kening yang terjungkit.

"Macam Lia cakap. Lia hanya pikirkan kebahagiaan Lia sendiri. Lia tak tak kisah lah pasal orang lain. Dan kak Deya pun bukan nya sukakan abang Affan tu. Jadi bermakna kak Deya pun bukannya bahagia dengan dia nanti." jawabnya yakin.

"Dan Lia rasa Affan tu sukakan Lia?" Deya kembali mengajukan pertanyaan. Buatkan Dahlia terbungkam semula. Dia mencari cari jawapan untuk membalas pertanyaan itu.

"Cinta kan boleh dipupuk. Lama lama nanti abang Affan mesti akan jatuh cinta dekat Lia." jawabnya dengan begitu bangga sambil tersenyum senyum sendiri.

Namun Deya mendengar itu hanya tersengih sendiri tidak berapa faham dengan sikap adiknya ini. "Macam tu lah juga akak nanti. Walaupun sekarang kak Deya masih tak ada perasaan dekat Affan, mungkin perasaan cinta tu akan perlahan lahan ada bila dia dah jadi suami kak Deya nanti. Bercinta selepas kahwin tu kan indah? Dapat pahala lagi.. Jadi tak ada masalah langsung."

Mendengar itu buatkan Dahlia tidak dapat menerima dan tidak berpuas hati. "Lia cuba cakap dengan kak Deya baik baik tau. Lebih baik kak Deya putuskan pertunangan akak dengan abang Affan. Atau tak nanti kak Deya sendiri akan menyesal!" kata Dahlia sebelum ia berlalu pergi dari situ terus.

Deya terdiam memandang kepergiaan adik nya itu. Dia sedikit terkejut dengan apa yang baru saja dikatakan Dahlia tadi. Jadi Dahlia betul betul sukakan Affan? Apa yang dikatakan nya tadi sangat terdengar serius.

* * *

Sebaik tiba di perkarangan rumah nya Affan, memarkir kereta dan keluar sebelum memasuki rumah kedua orang tuanya.

Sebaik memasuki rumah lantai satu namun cukup besar itu. Affan disambut dengan ayahnya yang duduk diruang tamu sambil menonton television.

"Assalamualikim Papa.." ucapnya sebelum berjalan menuju ke arah ayahnya. Tangan disambut dan bersalaman. Sebelum Affan melabuhkan punggung disofa berhadapan ayahnya itu.

"Walaikumsalam. Kamu dari mana Affan? Dah pukul berapa ni kamu baru sampai. Kamu dah makan malam? Mama dah siapkan makan malam tu. Pergilah makan dulu."

"Dah papa. Affan singgah rumah Pak Haji Rahim tadi. Dekat sana Affan dah dijemput makan malam bersama."

Tuan Kassim mendengar itu, terus saja beralih memandang ke arah anak lelakinya itu. "Kamu pergi singgah rumah Pak Haji Rahim?" soalnya semula setelah mendengar nama bakal besannya itu.

"Affan singgah sekajap nak berikan sesuatu yang Affan beli dari bandar tadi, tiba tiba terpikirkan Deya terus. Jadi Affan terpikir terus nak singgah bagi barang yang Affan beli. Cuma tulah, Affan lupa nak bawa apa apa untuk keluarga Pak Haji dan Ibu Haji.."

"Takpe lah. Pak Haji Rahim mesti faham tu. Lain kali datang rumah bakal mertua jangan lupa bawa buah tangan sekali iya Affan. Walaupun tak diminta, tapi kita tetap juga kena bawa."

Affan terus mengangguk faham. Salah nya juga tadi sebab terlalu terburu buru ingin menemui bakal isterinya. Sampaikan dia lupa membawa buah tangan untuk bakal mertuanya itu.

Nantikan next chapter!! Dahlia dh makin menjadi jadi pulak sekarang ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience