(Chapter 8) Jodoh Yang Terbaik

Romance Series 150674

"Saya nak tanya sikit dengan awak.." Deya mula bersuara sedari melihat Dahlia tiada disitu. Tinggal mereka berdua saja di meja makan hanya diamkan diri tanpa berborak sepatah kata. Mungkin mereka baru saja mula menyesuaikan diri masing masing.

Affan yang tadinya menekan layar ipad di meja makan ingin memesan sesuatu. Terus saja Affan mengangkat wajahnya sedari mendengar Deya bersuara mengajaknya berbual.

Affan berhenti dan mengalihkan perhatiannya terus memandang ke arah tunangnya itu. "Apa dia? Awak nak tanya banyak pun boleh." selorohnya sambil tersengih sendiri.

Namun gurauan nya itu tidak ditanggapi Deya sedari melihat wajah tunangnya itu hanya serius memandang ke arahnya. Buatkan Affan terus menghentikan kekehannya dan kembali menatap tunangnya itu. "Saya minta maaf. Awak nak tanya apa?" soalnya kembali. Kalini lebih serius.

"Kenapa awak pilih saya untuk awak jadikan isteri? Awak baru kenal saya, dan saya pun baru kenal awak. Awak tak rasa pilihan awak ni, terlalu terburu buru? Awak yakin saya jodoh yang terbaik untuk awak?" soal Deya terus pada tunanganya bila dimana Affan kembali menyoalkan pertanyaannya tadi.

Affan terdiam sejenak mendengar pertanyaan itu sebelum ia mula mengukirkan senyuman segaris. Dengan menatap tepat ke arah mata Deya. "Kenapa awak tanya macam tu?"

"Saya nak tahu.." balas Deya bersahaja. Sambil menunggu kesinambungan jawapan dari lelaki itu.

"Saya yakin awak jodoh saya.. Dan kali pertama saya pandang awak, hati saya kuat menyatakan yang saya dah jatuh cinta pandang pertama pada awak. Saya tahu saya terlalu cepat buat keputusan nak jadikan awak isteri saya. Tapi bagi saya, awak adalah perempuan yang tepat dan terbaik untuk saya.. Saya tak cari yang sempurna. Saya hanya nak awak sentiasa ada untuk sempurnakan segala kekurangan dalam hubungan kita.." kata Affan terus panjang lebar dan begitu yakin pada bakal isterinya itu.

"Bukan sebab saya pernah tolong awak?" soalnya lagi cuba memastikan sangkaannya terhadap lelaki itu. Yang selama ini telah menganggu pikiran nya.

"Tu bukan alasan saya nakkan awak Deya.. Saya ikhlas dan betul betul dah jatuh cinta dekat awak. Dan saya yakin. Asbab pertemuaan kita itu adalah takdir kita yang dah tertulis. Dan awaklah jodoh yang dah dikirimkan untuk saya waktu itu.. InsyaAllah. Saya akan cuba jaga dan membimbing awak. Saya juga akan tunggu balasan cinta dari awak selama awak bersedia jadi isteri saya.." kata Affan lagi buatkan Deya sudah mati kata.

Dia terkelu menatap tunangnya itu. Dia juga dapat merasakan kata kata yang keluar dari mulut Affan benar ikhlas dari sudut hatinya. Mungkin selama ini dia yang sudah salah menyangka pertunangan mereka ini semata kerna budi dan perjodohan. "Maafkan saya Affan... Saya dah salah sangka dekat awak selamani."

Belum sempat Affan bersuara. Dahlia tiba muncul dimeja mereka. Buatkan Affan dan Deya sedikit tersentak dan terus menoleh ke arah Dahlia yang sedikit tercungap mengatur nafasnya.

"Lia.. Awak kenapa? Dah macam baru lepas kena kejar pun ada akak tengok kamu ni.." tegur Deya sedikit pelik melihat adiknya itu.

Raut wajah Dahlia jelas terlihat begitu panik dan ketakutan. "Kak Deya jom balik! Cepat kak! Kita kena balik!!"

Deya mengerling sekilas ke arah Affan, sebelum ia kembali beralih memandang adiknya itu. "Lia tenang, apa dah jadi ha? Kita tak pesan makanan apa apa lagi. Takkan nak balik dah? Lepasni akak dengan abang Affan akan ke Butik untuk uruskan baju kahwin akak.." kata Deya terus sedikit hairan melihat tingkah aneh adiknya yang begitu gelabah dan ketakutan.

Manakala Dahlia yang sedikit cemas itu langsung tidak mengendahkan apa yang dikatakan kakaknya itu. "Arhh takpela kalau macam tu. Kak Deya dan abang Affan boleh teruskan makan dekat sini. Lia taknak, Lia nak tunggu dekat dalam kereta. Mana abang Affan parkir kereta? Mari kunci!" Dahlia tidak mahu mengulurkan waktu lagi. Dengan pantas dia meraih kunci yang diberikan bakal abang iparnya itu. Sebelum ia bergegas keluar dari restaurant itu.

Deya yang tidak sempat berkata dan bertanyakan apa apa mengenai apa yang sudah berlaku pada adiknya itu. hanya mengekori mata kepergiaan Dahlia yang sudah bergegas keluar dari restaurant yang ditempati mereka itu. Apa yang dah terjadi? Kenapa adiknya itu tampak cemas dan ketakutan begitu. Apalagi masalah yang dah terjadi sehingga membuatkan Dahlia seperti melarikan diri begitu?

Baru saja Deya hendak bangun ingin mengejar kepergiaan adiknya itu. Affan terus saja bersuara menahannya untuk pergi. "Awak saya dah pesan makanan. Takkan awak pun taknak makan? Nanti awak akan sakit bila perut awak kosong. Takpe jangan risau, nanti kita akan bungkuskan makanan untuk Dahlia. Mungkin dia memang ada masalah sikit sampai dia tak boleh makan dekat sini sekali dengan kita.." ujar Affan perlahan.

Deya mendengar itu hanya mengangguk perlahan sebelum ia membetulkan kembali duduknya. Mungkin benar saja apa yang dikatakan Affan tadi. Siapa saja tidak kenal dengan perangai Dahlia yang moodnya mudah berubah mengikut suasana hati nya. Lagipun dia juga rasa serba salah bila dimana Affan sudah bersusah payah memesankan makanan untuk mereka.

* * *
Dato Sri Dyana berdiri dihadapan pintu bilik anak lelakinya. Tangannya diangkat ingin mengetuk pintu berkunci itu. Namun hatinya sedikit ragu dan takut. Dia takut Kasyaf masih marahkan dia pasal kejadian yang berlaku tadi.

Sebelum Dato Sri Dyana menekan kata laluan kunci bilik anak lelakinya itu. Dan perlahan pintu dipulas dari luar. Dato Sri Dyana melangkah menerobos masuk kedalam bilik anak lelakinya itu.

"Kasyaf! Where are you! .." laung Dato Sri Dyana diserata ruang bilik itu sebaik memasuki bilik dan langsung tidak melihat kelibat anak lelakinya. Mana Kasyaf pergi? Takkan anak lelakinya itu betul betul dah pergi meninggalkannya?

"Kas please jangan tinggalkan Mommy!" serunya lagi. Suaranya mula bergetar menahan tangis. Mata nya mula berkaca kaca. Dia takut kehilangan anak lelakinya itu.

Namun bunyi air dibilik air menghentikannya. Dato Sri Dyana berpaling ke arah dimana bunyi suara itu terdengar. Kasyaf mungkin tengah membersihkan diri didalam bilik air. Membuatkan Dato Sri Dyana sedikit merasa lega.

"Kas. Please jangan tinggalkan Mommy. Mommy sayang Kas, Mommy taknak hilang Kas.." tuturnya perlahan dihadapan pintu bilik air. Sebelum Dato Sri Dyana mengorak langkah keluar dari bilik itu.

Manakala Kasyaf yang merasa seperti ada yang memanggilnya. Mula melepaskan earpod ditelinga dan menutup pancuran air yang membasahi tubuh nya. Dia berpaling dan meraih tuala sebelum dililit ke pingangnya.

Kasyaf terus saja membuka pintu bilik air dan melilau melihat sekeliling. Sedari tidak melihat siapa siapa. Kasyaf berdengus perlahan dan kembali menutupi pintu bilik air. Dan menyambung membersihkan dirinya yang terbantut tadi.

* * *

Setelah selesai mengisi perut. Deya bingkas bangun ingin membayar. Namun Affan terus saja menegurnya. "Awak nak pergi mana?" soal Affan pelik.

"Saya nak bayar makanan ni. Sekalian nak bungkus kan makanan untuk Lia." jawab Deya terus.

"Tak apa.. Saya dah bayarkan dah. Dan saya dah pesankan makanan dibungkus untuk Dahlia. Kejap lagi siap." kata Affan terus. Buatkan Deya sedikit tergamam.

"Bila awak bayar? Saya tak nampak awak bayar apa apa pun. Tadi awak pun ada kata yang awak dah pesan makanan. Tapi saya tak nampak ada pelayan datang pun tadi. Habis tu macam mana awak boleh pesan makanan dibungkus untuk Lia?" soal Deya sedikit hairan.

Affan mendengar itu hanya tersengih perlahan. Sebelum ia menunjukkan ipad besar yang tersedia di atas meja sejak dari tadi. "Saya pesan dekat sini aje. Tadi pun saya dah bayarkan terus dekat sini. Jadi tak perlu nak ada pelayan dan bangun untuk bayar. Semuanya dah ada kemudahan." jawab Affan terus.

Deya hanya mengangguk faham. Patutlah dari tadi dia langsung tidak melihat tunangnya itu memesan apa apa. Rupanya diam diam dia sudah memesan melalui online.

"Berapa semuanya? Saya bayar balik.." Dahlia mula membuka beg tangan miliknya dan mengeluarkan dompet kecil. Belumpun sempat dia mengeluarkan duit. Affan segera mencegah menghentikannya.

"Tak perlu bayar apa apa awak. Saya dah bayarkan dah." Affan terus saja merampas dompet dan beg tangan milik tunangnya itu. Sebelum menyimpan dompet kecil itu semula ke dalam beg tangan Deya.

Deya terpegun sendiri memerhatikan tunangnya itu. "Ta-tapi.." belum sempat ia menuturkan kata. Datang seorang pelayan menghantarkan pesanan makanan yang dibungkus ke arah mereka.

~

"Affan terima kasih sebab dah bayarkan makanan tadi. Dan juga bungkuskan makanan untuk Lia." ucap Deya pada tunangnya itu sebaik saja mereka berdua melangkah keluar dari dalam restaurant itu.

Affan hanya mengangguk kecil seraya tersenyum manis pada tunangnya itu. Sebelum pandangan mata mereka tertuju pada kerumunan orang ramai dan juga beberapa polis dan kereta kecemasan di kawasan itu.

Deya yang turut melihat itu. Mula berpaling ke arah Affan. "Apa jadi?" tanya Deya terus pada tunangnya itu.

Affan hanya mengangkat bahu tidak tahu. Terlihat seperti ada kemalangan yang berlaku di sana. Sebelum mereka bergegas menuju ke arah tempat itu.

Mangsa langgar lari sudah dibawa masuk ke dalam kereta kecemasan. Sempat Deya melihat sekilas wajah mangsa wanita yang sudah tidak sedar kan diri dengan berlumuran darah itu. Sebelum tubuhnya diangkat dan dimasukkan kedalam kereta kecemasan.

"Daria!! Jangan tinggalkan i! " suara pekikan dari seorang lelaki menyentakkan Deya yang tadinya termenung ke arah mangsa tadi.

Sebelum Deya beralih memandang ke arah seorang lelaki yang duduk tersungkur dijalan raya dengan baju yang sudah berlumuran darah mangsa tadi. Mungkin isteri dan kekasih lelaki itu. Jelas terlihat dari raut wajahnya yang begitu sedih dengan apa yang terjadi tadi.

"Deya awak tak apa apa?" tegur Affan mematikan lamunan Deya. Sebelum Deya menoleh sekilas ke arah tunangnya itu. Dan mengangguk mengiyakan.

"Takpe jangan takut. Saya tahu awak terkejut lepas tengok apa yang dah jadi ni, saya harap awak tak pikirkan sangat ya. Dah jom.. Kita kena gerak dari sini sekarang.." Affan mula membawa tunangnya itu pergi dari situ. Namun Deya tampak diam dan langsung tidak beranjak dari situ.

Melihat tunangnya itu hanya diam pegun. Buatkan Affan kembali memanggil. "Deya.. Jom" ajaknya lagi sekali sedari tadinya Deya tidak terlalu mendengarnya.

Manakala Deya yang sedikit tersentak hanya mengangguk. Sebelum Deya mengambil langkah hendak pergi dari situ. Sempat Deya mengerling ke arah seorang lelaki yang masih duduk bersedih ditempat di mana kejadian tadi berlaku. Dia turut berduka cita melihat kejadian itu. Semoga mangsa yang kehilangan itu akan tetap tabah dan redha.

"Daria.. I sayang you.. Kenapa you tinggalkan i. Tak lama lagi kita akan kahwin. Kenapa you pergi tinggal i Daria!!" suara esakan lelaki itu semakin perlahan terdengar ditelinga bila Deya sudah pun melangkah semakin jauh dari tempat itu.

Terdengar jelas nama wanita itu disebut. Namun apa yang membuatkan Deya sedikit bersedih dan terdiam. Bila lelaki itu mengatakan mereka akan berkahwin tak lama lagi dengan mangsa wanita tadi. Entah kenapa ucapan itu membuatkan hati Deya merasa sedikit sebak dan seakan berdebar debar yang sangat kencang. Seolah dia juga akan merasakan hal yang sama seperti yang dirasakan lelaki itu. Semoga dijauhkan dari pikiran yang buruk dan berlebihan.

~

Affan dan Deya mula memasuki kereta Affan yang di parking sedikit jauh dari tempat tadi. Sebelum Deya mengejutkan Dahlia yang terlelap dikerusi belakang kereta. "Lia bangun!" kejutnya.

Dahlia yang tadinya terlelap. Mula tersedar dari tidurnya sebelum terpisat pisat membetulkan penglihatan matanya. Dahlia bangun dan terus memandang Deya dan Affan yang sudahpun masuk ke dalam kereta memandang nya.

"Dah jom balik! Dah habis kan?" arah Dahlia terus sambil membetulkan duduknya.

Deya hanya mengerutkan keningnya melihat adik nya itu. Pelik. Tadi bukan main Dahlia nak berlama lama berada dekat sini. Sekarang tiba tiba nak cepat balik pula? Apa yang dah jadi sebenarnya dekat Dahlia? Kenapa dia tampak gelisah sejak dari tadi.

"Nah Lia makanlah. Tadi Lia tak makan lagi kan?" Deya terus saja memberikan makanan yang sudah dibungkus tadi dan terus diajukan pada Dahlia.

Dahlia yang sedari tadi menahan lapar menunggu didalam kereta. Terus saja meraih bungkusan dari tangan kakaknya itu. Betapa terseksanya dia menahan lapar menunggu didalam kereta. Nasib lah dia tidak dilupakan untuk dibelikan makanan.

Baru saja Dahlia hendak menyuakan nasi berlauk itu kedalam mulutnya. Tiba tiba saja Deya bersuara mengajukan pertanyaan, membuatkan Dahlia yang tadinya hendak makan terus terhenti menurunkan semula tangannya tidak jadi memakan nasi itu. Takkan kakaknya itu dah tahu apa yang dah terjadi tadi?

Nantikan next Chapter!! Deya adalah jodoh yg terbaik bgi Affan. agaknya apa yg dh terjadi dkt Dahlia? dan apalagi yg dia akan lakukan untuk pisahkan hubungan pertunangan kakanya itu? huhu tak sabar nk tggu apalagi plan jahat si Lia ni nantii..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience