'Saya ganggu awak? ' pertanyaan itu sekali lagi diulang sedari tiada langsung terdengar suara sebaik dia mengatakan itu.
Entah kenapa Deya sudah seperti orang bisu tidak membalas dan bersuara lagi sebaik saja lelaki itu menyatakan siapa dirinya. Deya terbungkam tidak tahu mahu berkata apa. Kenapalah tunangnya ini langsung tidak memberinya masa untuk bersedia. Tak pasal pasal dia sudah mati kata dan tak tentu arah.
'Tak apa.. Maaf saya ganggu..' suara itu kian perlahan terdengar. Buatkan Deya sontak terkejut. Aduh kenapala dia boleh abaikan macam tu saja pertanyaan tadi.
"Err tak- awak tak ganggu.." pantas ia bersuara menjawab pertanyaan tadi takut kalau tunangnya itu akan menutupi panggilan kerna memikir dia sibuk. Padahal dia hanya sibuk memikirkan jawapan saja..
Hanya suara deheman didalam talian terdengar. Sebelum beberapa saat, lelaki itu kembali bersuara di talian. "Macam mana majlis pertunangan kita?" soalnya tiba tiba.
"Awak call saya hanya nak tanya tu saja?" Deya tak menjawab, dia malah membalikkan soalan.
'Saya cuma nak tahu, saya takut kalau awak masih belum terima saya sebagai tunang awak..' jawab nya.
"Kalau saya tak terima awak, takdenya saya setuju nak bertunang dengan awak kan?.." balas Deya terus
'Terima kasih..' ucapannya terus.
"Kenapa berterima kasih?" soal Deya sedikit pelik.
'Sebab awak terima saya..'balasnya lembut.
Deya hanya berdehem perlahan. "Kalau dah takde apa apa, saya nak tutup dulu.." kata Deya bila dimana mereka berdua kembali diam.
'Errm.. Kalau saya nak jumpa awak kejap boleh?' pintanya. 'Saya ada benda sikit nak cakap dengan awak. Jadi saya rasa, lebih baik kalau saya cakap terus berdepan dengan awak.. Biar lebih senang'
"Awak saya minta maaf, saya ada kerja sikit.. Saya tutup dulu iye.." tanpa menunggu balasan dari lelaki itu, Deya terus saja mematikan panggilan.
Sebelum Deya melabuhkan pungung dibirai katil. Tubuhnya mulai terasa seram sejuk, tangannya dari tadi tak henti mengigil. Dia mengetap bibir cuba menenangkan hatinya yang tak keruan itu. Nak berjumpa? Aduh.. Dia masih belum bersedia nak berhadapan dengan tunangannya itu.
"Baru je harini tunang, takkan dah ajak jumpa.. Dia ni memang taknak bagi aku masa dan peluang untuk aku bernafas dulu ke apa.." gumamnya sedikit gelabah.
~
Langit pun kian gelap, Usai solat Mahgrib Deya terus saja menutup tingkap biliknya yang masih terbuka itu. Sebelum Deya menanggalkan skirt telekung yang tersarung dipinggangnya. Belum sempat ia menanggalkan telekung, satu ketukan dari luar menghentikan perbuatannya dan terus membuka pintu biliknya.
"Deya.. " seru Hajah Sarimah sebaik saja pintu bilik anak perempuan nya itu terbuka.
Deya mengerutkan keningnya memandang ibunya itu. "Kenapa ibu?" tanyanya terus.
"Kamu bersiaplah dulu.. Kita ada tetamu, nanti jangan lupa buatkan minuman dan bawakan kuih muih yang ada didapur tu iyaa.." pinta Hajah Sarimah seraya tersenyum manis menatap anak daranya itu.
"Siapa yang datang ibu?" tanya Deya begitu ingin tahu. Siapa pulak tetamu yang datang ke rumah. Takkan lah kawan lama abah dan ibu yang tak sempat datang ke pertunangan nya kot. Kan majlis tu dah habis.
"Ni kamu dengar tak ni? Jangan lupa bersiap, pakai tudung semua bagai.. Baru hantarkan minuman ke depan. Cepat sikit.." Hajah Sarimah kembali bersuara mematikan lamunan anaknya itu.
"Ni ibu taknak bagitahu siapa yang datang dulu ke?" tanya Deya sedari melihat ibunya yang hendak berlalu pergi.
"Aish, nanti kamu tahulah. Dah pergi tanggalkan telekung kamu tu dulu.." balas Hajah Sarimah sebelum ia berlalu pergi dari situ terus.
"Hurm.. Yelaa ibu.." Deya hanya pasrah saja, lantak lah nanti kejap lagi dia tahulah tu siapa tetamu yang bertamu ke rumahnya.
Sempat Deya menjengulkan sedikit kepalanya melihat ibunya yang sudah melangkah pergi itu, kot lah ada bayangan tetamu yang datang tu ke, dapat lah dia tahu siapa gerangan mereka.
Namun setelah beberapa minit ia berdiri didepan pintu, Deya pun perlahan menutupi semula pintu biliknya dan kembali bersiap sedia menyediakan pesanan ibunya tadi. Kesian tetamu menunggu lama nanti.
~
Deya mula keluar dan menuju ke arah ruang tamu dengan dulang sederhana yang menbawa minuman dan juga kuih muih seperti yang di pesan ibunya tadi.
Sebaik mendekati mereka yang sedang berbual itu. Sepasang mata Deya terus saja bertembung dengan tetamu yang dimaksudkan ibunya itu. Deya berdiri pegun seketika sedari tetamu yang dimaksudkan itu adalah tunangnya? Aduh. Kenapalah dia nekad datang menemuinya? Tak tahu ke yang dia masih belum bersedia?
"Deyaa.. Kamu nak tercegat apalagi dekat situ? Ni hah, tunang kamu datang nak berjumpa dengan kamu ni, mari lah kesini.." tegur Hajah Sarimah sedari anak daranya itu hanya berdiri diam kan diri memandang mereka.
Lamunan Deya terus saja tersentak ia pun kembali mendongak sedari tadi dia hanya termenung jauh menatap dulang yang dibawanya itu. Kalau lah dia tahu tetamu yang dimaksudkan itu adalah tunang nya, memang tak mahu dia lah keluar. Ibunya pun satu, kenapalah tak terus terang aje dekat dia.
Affan hanya tersengih menatap ke arah tunangan nya itu. Dia sengaja meminta pada bakal mak mertuanya itu untuk tidak memberitahu perihal kedatangannya pada Deya lebih dulu. Dia takut nanti tunangnya itu akan menolak untuk bertemu dengan nya.
Deya berkira kira membuka langkah menuju ke arah mereka. Sesekali matanya mengerling ke arah lelaki itu. Dahlah senyum senyum macam kerang busuk yang tak ada rasa bersalah sedikit pun. Dah pandai nak berkomplot dengan ibunya pulak. Ni belum jadi menantu lagi, agaknya kalau dah jadi menantu mesti akan jadi satu geng dengan ibunya.
"Affan kata dia nak berjumpa dengan kamu kejap, kamu borak lah dulu dengan dia iye. Ibu nak masuk dapur kejap nak siapkan hidangkan untuk makan malam nanti. Kejap lagi abah kamu balik" jelas Hajah Sarimah sambil tersengih menatap anak daranya yang menatap ke arahnya itu.
Deya meletakkan dulang sambil menyusun cawan di atas meja. sesekali ia mengerling dan mengeleng perlahan pada ibunya memberi isyarat meminta agar ibunya tak pergi dari situ dan meninggalnya berdua dengan tunangannya itu.
Baru saja Hajah Sarimah bangun dari duduknya hendak berlalu pergi dari situ Deya pantas bersuara mencuba untuk menghentikannya. "Ibu taknak minum dulu ke? Ni hah.. Deya dah buatkan kopi ni, ibu minumlah dulu.." pelawa Deya sambil menuang kan air kopi kedalam cawan yang sudah dia sediakan khas untuk ibunya.
"Takpela, kejap lagi ibu minum. Ibu tunggu abah kamu dulu.. Kamu jangan lupa layan tetamu kita dulu eh. Ibu nak ke dapur kejap.." Hajah Sarimah tak berhenti. Ia malah bergerak pergi dari situ sebaik menuturkan kata.
Deya kembali terdiam memandang kepergiaan ibunya itu. Aduh kenapalah ibunya ini tidak faham dengan maksud tersirat yang dia cuba sampaikan. Nak borak berdua dengan tunangannya? Tak boleh, dia masih tak bersedia kot. Dia nak cakap apa? Dan apa yang tunangannya ini mahu cakapkan padanya? Tak boleh tunggu beberapa hari lagi ke baru nak cakap.
Affan yang hanya jadi pemerhati dan pendengar disitu, hanya tersengih sendiri melihat tingkah laku tunangannya yang terlihat tak tentu arah itu.
Manakala Deya cuba menahan rasa gemuruh di hatinya. Kepalanya sedikit ditundukkan memandang ke arah meja, tangannya mula menuangkan kopi ke dalam cawan milik lelaki itu. Mahu tak mahu dia kena juga bagi hidangan pada tetamu itu.
"A-awak minum lah dulu.. Sa-saya nak tolong ibu dekat dapur kejap.." ucapannya sedikit gugup. Entahlah hantu mana pula yang masuk kedalam tubuhnya ini, tiba tiba pula dia rasa takut dan seram sejuk satu badan bila bersemuka dengan lelaki yang bakal jadi suaminya itu.
Baru saja Deya hendak bangun. Tunangannya mula bersuara. Serta merta tubuh Deya berhenti bergerak. Kepalanya dipalingkan perlahan ke arah lelaki itu. wajah tampan itu tidak sengaja ditenungnya. Ni baru tengok dari jarak yang sedikit jauh saja sudah nampak kekacakan dan kemanisan dia hingga Deya tidak sedar dia dari tadi hanya merenung wajah lelaki itu lama.
"Saya nak jumpa awak sebab saya nak bercakap dengan awak. Harap awak tak keberatan luangkan masa kejap dengan saya.." pinta Affan lembut dan perlahan dengan senyuman yang tak lekang dibibirnya. Ni kalau Deya tengok lama lama, rasanya dia boleh potong kaki kot gamaknya sebab terlebih manis melihat senyuman tunangan nya itu.
Affan kembali tersengih sedari melihat tunangnya itu tak lari dari menatap nya. "Awak nampak apa kat muka saya?" tegurnya menghentikan tenungan dari tunangnya itu.
Deya pantas mengalihkan pandangannya. Dalam hati Deya sudah menyumpah seranah, perangai sudah tak semengah tenung anak teruna orang pula. Aduh belum jadi suami lagi, cubalah jaga pandangan sikit Deya.
"Err- tak! Saya tak tengok.." nafinya Deya sambil berdehem membetulkan suaranya. Sebelum Deya bangun dari duduknya di atas lantai. Dan mengambil tempat duduk pula di atas sofa kayu berhadapan dengan lelaki itu.
"Okey awak nak cakap apa?" Deya mulai bersuara mengalihkan topik mereka. dia sengaja memberanikan diri untuk menghadapi lelaki dihadapannya ini. sudahlah dia berasa malu tadi, tidak tahu mahu menyembunyikan mukanya dimana. ala lagipun bukan orang lain pun, tunang sendiri. Nak takut buat apa kan?
"Pasal pertunangan kita.. Awak tahu kan yang lagi beberapa bulan kita akan bernikah?"
Mata Deya membulat memandang lelaki itu. Dia baru ingat yang bakal mak mertuanya ada beritahu dekat dia yang pertunangan mereka ini hanyalah sekejap saja. Lepas itu mereka terus saja dikahwin kan. Kenapa secepat itu? Aduh dia belum lagi kenal hati budi tunangnya ini.
Deya hanya mengangguk mengiyakan. Mahu tak mahu dia kena lah terima kan? Lagipun inilah jalan yang dia sudah pilih. Jadi apa apa risiko nanti kena terima lah.
"Awak dah bersedia jadi isteri saya Deya?.." soal lelaki itu tiba tiba.
Buatkan jantung Deya berdegup kencang mendengar itu. Datang ke rumah hampir nak malam macam ni semata nak tanya pasal tu? Ni kalau bagi jawapan jujur, mahu tak rasa diri nya ini terlalu kejam? Yela dia memang terima pinangan itu dengan rela hati, lagipun umurnya memang sudah sesuai nak mendirikan rumah tangga. Tapi bukan sekarang rancangan itu. Dia hanya mahu bertunang sahaja dulu.
Namun apalah daya dirinya yang hanya berani bersuara melalui akal minda. Namun luarannya, Deya tetap mengangguk mengiyakan pertanyaan itu. Seperti sudah bersedia menjadi isteri kepada lelaki yang duduk dihadapannya ini, walaupun hakikatnya akal pikiran masih saja bersuara menolak akan itu.
Affan mula mengukirkan senyuman bahagia. Tak sangka dia akan mendapatkan jawapan yang dia mahukan. "Terima kasih Deya.." ucap lelaki itu dengan sangat teruja. Senyuman dibibirnya itu semakin lebar. Terlihat jelas raut wajahnya yang begitu senang.
Deya hanya mengangguk perlahan seraya tersenyum kecil pada lelaki itu. Dah rasa macam terhipnotis pun ada. Kenapalah dia boleh tiba tiba saja mengiyakan pertanyaan itu eh? Padahal itu sudah jadi peluang untuk dirinya meminta tangguh dulu. Tapi boleh pula dia menyetujui begitu saja. Ini betul betul membuatkannya semakin gila.
Nantikan next Chapter!! korang, agaknya Deya ni mahu ke tak dengan tunangnya ni? ke mahu tapi malu? haha..
Share this novel