(Chapter 9) Tidak Selesa

Romance Series 150674

"Apa yang dah jadi Lia? Lia ni ada masalah ke? Akak tengok dari tadi Lia macam takut, takut aje" soal Deya terus pada Dahlia sedari melihat kekalutan adiknya itu.

Dahlia meletakkan bungkusan makanannya dekat sampingnya sebelum ia menatap kembali ke arah kakaknya itu. "Kenapa? Apa yang Lia dah buat?" soalnya kembali tanpa menjawab pertanyaan itu.

Deya menghembus nafas perlahan. "Sebab tu kak Deya tanya. Kenapa Lia keluar cepat cepat dari restaurant tadi?" Deya menyoal lagi.

Dahlia terkelu mendengar itu. Matanya meliar cuba mencari alasan yang kukuh untuk menjawab apa yang Deya utarakan padanya. Ni kalau dia salah bagi jawapan. Mahu tak kakaknya itu syak apa yang terjadi padanya.

"Ta-takde apa.. Lia okey jer.. Lia cuma tak suka nak makan dekat tempat tu. Lagipun Lia dah kenyang, ha betullah Lia dah kenyang dan Lia tak rasa nak makan lagi.." jawabnya sedikit kalut dan tergugup gugup sendiri.

Deya melirik sekilas ke arah bungkusan makanan yang hampir dimakan itu. Sebelum Deya melirik semula ke arah adiknya. "Dah kenyang? Bukan Lia yang cakap sendiri yang Lia lapar? Lia juga yang beria - ia nak makan kat tempat tu.. Tadi pun akak tengok Lia bukan main tak sabar nak makan tadi, nampak sangat lapar" ujar Deya sengaja memerli adiknya itu. Kenyang lah sangat, alasan yang tak masuk akal.

Dahlia menelan air liur sendiri. Nampak lah dia ni bengap sikit, nak cari alasan pun tak pikir dulu. Sedari raut wajahnya sedikit tegang, Dahlia segera mengawal riak wajahnya kembali seperti biasa.

"Aduh kak Deya ni, boleh tak jangan nak besar besarkan masalah kecil. Lia nak makan ke taknak makan ke. Tu hal Lia, kak Deya jangan lah nak sibuk sangat. Tak sekarang ni memang nak bersoal jawab dekat sini aje ke? Bila nak bergerak ke butik? Lia nak balik cepat nih.." Dahlia mencuba mengalihkan soalan itu.

"Okey, okey.. Lia pergi lah duduk depan. Akak nak duduk tempat akak balik.." arah Deya terus. Sudah malas dia mau bertekak dengan adiknya itu. Sudah lah dari tadi tunangnya hanya diam jadi pendengar disitu.

"Err takpe! Lia nak duduk belakang pulak kalini. Kak Deya duduk jelah depan. Kak Deya bukannya boleh duduk belakang kan? Kang termuntah pulak dekat tengah jalan, abang Affan pulak yang susah nak kena berhenti tepi jalan.." kata Dahlia terus. Ni bukan sebab dia berbaik atau nak bagi peluang dekat kakaknya itu nak berapat dengan tunangnya. Tapi ada sebab lain yang membuatkan dia terpaksa mengalah dan membiarkan dirinya berhadapan dengan situasi yang tidak disukainya.

Mendengar itu Deya mengerling sekilas ke arah Affan. "Takpe kak Deya boleh tahan. Lia duduk jelah depan. " Deya menolak dan tetap ingin duduk di kerusi belakang.

"Awak, duduk jelah depan. Betul kata Lia, awak tu tak boleh duduk belakang." sampuk Affan turut mengarah tunangnya itu duduk disampingnya di hadapan.

"See! Abang Affan pun nak kak Deya duduk depan. Dah tak payah nak ego sangatlah! Pergilah duduk depan, tak payah nak acah taknak pula." sambung Dahlia sambil menoleh ke arah bakal abang iparnya itu.

Deya hanya pasrah dan terus menutup pintu belakang. Sebelum ia berpindah arah duduk ke belakang. Sebaik melabuhkan duduknya di kerusi hadapan bersebelahan memandu itu. Affan yang hampir mendekatinya ingin memasangkan tali pingang keselamatan. Segera Deya mencegah.

"Takpe saya boleh pasang sendiri.." ujar Deya terus sedikit tak selesa. Sesekali ia menoleh kebelakang melihat Dahlia yang dari tadi memerhatikan mereka itu.

Manakala Dahlia yang dari tadi memerhatikan mereka, mencuba menahan emosi. Jauh disudut hatinya dia sakit hati dan cemburu. Dengan dia bukan main Affan tunjuk muka tak selesa. Tapi bila dengan Deya, kemain senyum sampai ke telinga.

"Gerak jelah cepat!.." sergah Dahlia sedikit tidak puas hati bila lama dia menunggu kereta itu bergerak meninggalkan tempat itu.

"Sabarlah.." balas Deya perlahan mencuba bersabar dengan perangai adiknya ini. Buat malu aje.

Dahlia hanya memutarkan bola matanya malas. Sebelum ia perlahan lahan mengambil semula bungkusan makanan tadi, dan menyambung semula menjamah makanan yang tak sempat dimakannya itu. Dah memang betul betul dia lapar tadi. Perut pun dari tadi tak berhenti berbunyi minta diisi.

~

Deya yang baru keluar dibilik persalinan segera mendekati Pengurus butik yang telah ditempah oleh mereka itu. Deya berjalan terjungkit jungkit sedari baju itu terasa ketat di tubuhnya.

"Puan.. Maaf, saya rasa baju ni macam ketat sangat lah. Saya tak selesa.." adu Deya pada seorang wanita yang sudah menunggu nya diluar bilik persalinan.

"Oh yeke? Tapi saya tengok dah cantik sangat dah nih. Baju ni betul betul sesuai dengan bentuk badan awak. So tak ada masalah pun. Sebab kalau awak nak dilonggarkan lagi, takut baju ni akan nampak besar, dan tak akan nampak cantik dipakai." terang si pemilik butik cuba menjelaskan.

"Ta-tapi saya dah minta untuk dilonggarkan dari ukuran biasa kan? Kenapa Puan tak buat macam yang saya minta saja?" bidas Deya. Awal awal dia memberikan ukuran badannya dia sudah minta untuk dilebihkan sedikit dari ukuran biasa.

Sebelum Dahlia yang baru muncul mula datang mendekati mereka. "Kenapa ni kak Deya?" soal Dahlia ingin tahu sambil matanya melirik dari atas ke bawah baju pengantin yang tersarung elok ditubuh kakaknya itu. Sangat cantik, tapi jelas terlihat lekuk tubuh menarik kakaknya itu.

Sebelum Dahlia memikirkan suatu cara untuk beri kakaknya itu tetap bersetuju dengan pakaian pengantin itu. Dia tahu Deya paling tidak suka memakai baju ketat dan sendat seperti itu.

"Cantik, okey aje Lia tengok, apa yang salah lagi? Gaun ni betul betul lawa kot, kak Deya nak macam mana lagi? ni dah betul betul sesuai dengan Kak Deya. Dah kalau nama baju pengantin, mestilah kena berfesyen modern sikit. Bukan nya nak kena betul betul sama macam permintaan akak.. Nak kena longgar sikit lah apalah, nanti tak elok lah baju tu, nampak style lama sangat" kata Dahlia terus.

Dia sempat mendengar perbualan kakaknya itu dengan Pengurus butik itu tadi. Bila dimana Deya tidak selesa dengan baju pengantin itu. Jadi dia mengunakan peluang itu untuk tetap membuat kakaknya itu bersetuju.

"Maafkan kakak saya ya Puan, biasalah dia tak biasa nak berfesyen sangat. Saya rasa baju ni dah sesuai sangat dah. Cantik betul.." puji Dahlia lagi. Tetap bersikeras mahukan kakaknya itu bersetuju.

"Kalau cantik sangat, Lia lah pakai. Akak tetap tak nak. Maafkan saya Puan.." ujar Deya terus sebelum ia berlalu memasuki bilik persalinan semula untuk menanggalkan gaun pengantin itu di tubuhnya. Dia betul betul tak selesa. Ni nasib baiklah dia tak bawa keluar dan ditunjukkan pada tunangnya, mahu tak malu dia.

Dahlia melihat kepergian Deya mula memanggil, namun Deya tetap pergi tak mengendahkan nya. "Aishh dia ni, betul betul buat malu lah. Kalau tak reti berfesyen tuh, tak payahlah nak beria masuk butik pilih baju pengantin, pakai jelah baju kebaya orang orang lama, hah senang." bebelnya sendiri. Sebelum Dahlia mengerling semula ke arah pengurus butik itu dan mengukirkan senyuman.

"Maafkan kakak saya yah Puan, hurmm.. Macam ni. Apa kata biar saya cuba dulu baju pengantin tuh. Nanti biar saya sendiri yang cuba macam mana. Sebab saya tengok aje saya dah rasa cantik. Boleh kan?" pinta Dahlia pada wanita itu. Sengaja mahu membodek, manatau wanita itu mengizinkan dia memakai baju pengantin yang dipakai Deya tadi.

Pengurus butik itu terus mengerling ke arahnya dengan sedikit hairan. "Tapi baju ni ditempah khas untuk bakal pengantin" balas Pengurus butik itu, namun itu tidak membuatkan Dahlia tetap tidak menyerah.

"Alah, saya bukan orang lain pun, bakal pengantin tu kakak saya juga, nanti bila saya cuba pakai baju pengantin ni, saya boleh lah bagitahu apa yang saya rasa bila pakai baju tu. Biar saya yang akan pujuk kakak saya untuk terima nanti.." kata Dahlia lagi mencuba memujuk wanita itu.

Wanita itu diam berpikir sejenak, sebelum akhirnya mengangguk mengiyakan. Serta merta senyuman lebar terukir dibibir Dahlia. Akhirnya pengurus butik itu menyetujuinya jua. Bukan senang rupanya dia mahu memujuk pengurus butik itu.

~

Deya sudah bersiap sedia memakai pakaian asal semula. Dan melangkah keluar dari bilik persalinan menuju ke ruang utama.

Sebelum dia disambut dengan Affan yang sedari tadi sudah siap menunggu diruang utama dengan berpakaian baju pengantin lelaki. Bingkas bangun dari duduknya dan memandang ke arahnya sedikit pelik.

Deya berdiri pegun sejenak, sebelum ia melangkah perlahan menghampiri tunangnya itu. Tidak tahu harus berkata apa. Deya hanya diam melihat Affan yang terlihat segak dan tampan mengenakan pakaian itu.

"Awak kenapa tak pakai gaun pengantin itu?" Affan terus bersuara sebaik melihat tunangnya itu tidak mengenakan gaun pengantin yang sudah disedia untuk mereka pakai dan cuba.

"Saya dah pakai gaun tu, tapi saya tak selesa." kata Deya terus terang pada tunangnya itu.

Affan mengerutkan keningnya mendengar itu. "Tak selesa? Kenapa?" soal Affan terus pada Deya.

Baru saja Deya mula bersuara. Muncul Dahlia dari dalam bilik persalinan dengan berpakaian gaun pengantin yang dipakai Deya tadi.

Affan bersamaan Deya terus berpaling ke arah Dahlia yang sudah berdiri anggun dihadapan mereka dengan senyuman manis yang terukir.

"Lia.. kenapa Lia pakai?" Deya tidak meneruskan pertanyaannya. Dia terus berpaling ke arah tunang nya yang turut terkejut memandang bakal adik ipar nya itu malah mengenakan gaun yang patutnya dia yang mencubanya.

"Macam mana kak Deya? Cantik kan? Lia dah cakap dah gaun ni cantik.. Tengok lah, Lia pakai elok aje.." ujar Dahlia sambil berpusing pusing mengembang kan gaun pengantin yang dipakainya itu.

Sebelum muncul seorang wanita pengurus butik itu. Dan datang mendekati mereka dengan sedikit rasa bersalah dihatinya. "Maafkan saya.. Saya yang akan bertanggungjawab. Dan seperti permintaan bakal pengantin, saya akan cuba usahakan secepat mungkin untuk sesuaikan seperti yang dimahukan." wanita itu terus menjelaskan situasi yang sebenarnya berlaku tadi.

~

"Deya.. Awak betul nak balik?" panggil Affan dan terus menghentikan langkah Deya sedari mereka hendak menuju ke tempat parkir kereta.

Deya berhenti dan terus berpaling ke arah tunang nya itu. "Takpe, dah nak lewat dah ni.. Taknak nanti kita sampai lewat malam ke kampung. Lagipun bila bila masa saja kita boleh datang sini lagi. Lagipun majlis kita, masih tinggal beberapa bulan lagi kan. Sempat lah tuh.." balas Deya perlahan.

Affan menghela nafas perlahan. "Baiklah kalau tu yang awak nak. Nanti ada masa, saya akan bawa awak kesini." kata Affan pasrah.

"Dah jom, Dahlia dah tunggu kat dalam kereta tu." Deya kembali membuka langkah menuju ke arah kereta dihadapan mereka itu.

~
Mengambil masa beberapa jam mereka pun tiba di kampung. Setelah beberapa jam dalam perjalanan pulang dari bandar tadi. Mereka sempat singgah solat mahgrib dan juga isyak semasa dalam perjalanan pulang. Dan membeli barangan sedikit untuk keperluan.

Sekalian mereka membungkus beberapa makanan dijalan untuk dimakan di sepanjang perjalanan dalam kereta nanti. Jam pun sudah menunjukkan pukul 9 malam.

Affan yang sedari tadi fokus memandu kereta itu sesekali menoleh ke arah Deya yang sudah terlelap di samping kerusi pemandu itu.

Manakala Dahlia dikerusi belakang hanya melihat dan memerhatikan bakal abang iparnya itu yang sedari tadi merenung ke arah kakaknya. Sambil sate tusuk di tangannya dimasukkan ke dalam mulut dan dikunyah. Dahlia pun mula membuka bicara menyentakkan abang iparnya itu.

"Abang Affan betul betul cintakan Kak Deya ke?" soal Dahlia langsung pada bakal abang iparnya itu.

Affan yang sedikit tersentak, terus mengalihkan pandangannya. Dan kembali fokus ke hadapan sesekali ia melihat ke arah cermin kecil di hadapan melihat Dahlia di kerusi belakang sudah menatap nya.

"Abang dengar kan apa Lia tanya tadi?" soal Dahlia lagi sekali sedari soalannya tadi tidak diendahkan. Buat malu dia saja bercakap sorang sorang.

"Lia.. Dah tak apa yang perlu abang jawab. Abang Affan tengah memandu. Abang Affan kena tumpu kan panduan dihadapan." balas Affan mahu tak mahu.

Dahlia mendengar balasan acuh tak acuh itu terus saja menguap sambil mencebik. Tinggal nak jawab saja pun bukan main susah. Ni kalau Deya yang bertanya. Mesti bukan main cepat lagi layan.

"Lia tanya aje.. Ikutlah abang nak jawab apa, abang Affan kan bakal jadi abang ipar Lia. Jadi Lia saja nak kenal dengan lebih rapat dengan abang ipar Lia," ujar Dahlia tidak berpuas hati dengan jawaban dari tunang kakaknya itu.

Affan menghela nafas berat. Dia mengerling sekilas ke arah Dahlia. Sebenarnya dia malas hendak melayan pertanyaan dari bakal adik iparnya itu. Namun semakin dia diam, semakin banyak persoalan yang diajukan pada nya. Dia takut Deya akan terbangun dari tidurnya.

Nantikan next chapter!! the version baru. memang banyak part baru kan? hehe. kita tggu apa jadi plk lepasni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience