(Chapter 10) Batalkan Pernikahan

Romance Series 150674

"Lia nak saya cakap apa? Saya cintakan Deya. Dan itu betul betul Ikhlas dari hati saya.." tutur Affan perlahan.

"Tapi abang Affan tahu kan, yang Kak Deya bukan nya cintakan abang pun. Dia terima abang Affan pun sebab terpaksa je tau.." kata Dahlia terus terang pada abang iparnya itu.

Affan mendengar itu kembali diam tidak bersuara lagi. Dengan raut wajahnya yang beriak biasa saja, seolah tidak terkesan dengan apa yang cuba dikatakan Dahlia tadi.

Dia dengar ke atau saja buat buat tak dengar? Dahlia memerhatikan riak wajah Affan dari cermin kecil hadapan. langsung tidak mengendahkannya lagi, buatkan Dahlia hanya berdengus geram. Sedikit tidak berpuas hati. Dia tidak akan berputus asa.

~

"Jaga diri baik baik ya Affan. Pandu kereta tu elok elok.." pesan Haji Rahim sebaik saja Affan sudah menghantarkan pulang anaknya dengan selamat.

"InnsyAllah ayah.. Affan minta diri dulu.." pamit Affan sambil bersalaman sebelum ia berlalu pergi dari situ.

Dahlia bergegas keluar dari dalam rumah semula mengejar kepergian Affan tadi. Haji Rahim melihat anak perempuannya itu, terus saja menghentikan dan bertanya padanya.

"Lia nak pergi mana ni? Affan nak balik dah tu.." tegur Haji Rahim sedari melihat Dahlia hendak pergi ke arah Affan.

"Ayah, Lia nak ambik telefon Lia tertinggal dalam kereta abang Affan. Kejap ayah... " jawab Dahlia buru buru, sebelum ia berlari ke arah kereta Affan yang sudah dihidupkan dan hampir meluncur dari situ.

Affan yang sedari tadi melihat Dahlia berlari terkonco konco menuju arah kereta nya. terbantut mengerakkan kereta itu dari situ.

Affan memandang pelik dari dalam kereta ke arah sosok tubuh yang semakin mendekati kereta . Sebelum cermin kereta miliknya diketuk berulang kali dari luar oleh Dahlia sebaik saja gadis itu sudah berdiri diluar kereta miliknya.

"Abang, telefon Lia tertinggal.. Boleh tolong ambik kan dekat situ.." pinta Dahlia sebaik saja cermin kereta diturunkan. Affan terus membalikkan kepala ke arah kerusi belakang yang ditunjukkan dimana telefon milik Dahlia berada.

Sebaik saja melihat telefon milik Dahlia tertinggal dikerusi belakang, Affan secepatnya mengambil telefon milik gadis itu dan terus saja diberikan pada Dahlia.

Sebaik saja telefon diberikan dan bertukar tangan, tanpa sebarang kata Affan yang hendak menutupi kembali cermin kereta itu. Dengan pantas Dahlia mencegah dan menghentikannya.

"Abang tunggu kejap! Lia nak cakap dengan abang kejap aje.. " pinta Dahlia cuba membujuk lelaki itu.

"Lia nak cakap apalagi?" soal Affan pasrah. Kalau dia tak dengar apalagi yang mahu dikatakan gadis ini, mahu tak sampai ke rumah dia dikejar.

"Abang Affan tetap nak kawin dengan Kak Deya juga? Abang Affan tahu kan Kak Deya tak cintakan Abang. Kenapa abang tetap nak kawin dengan perempuan yang tak cintakan abang?" ujar Dahlia mengajukan semula pertanyaan itu. Dia tidak akan berhenti selagi dia tidak dapatkan kepastian yang jelas.

Sangat mustahil bagi nya jika bakal abang iparnya ini tidak tersingung dengan apa yang dikatakannya mengenai apa yang Deya pernah katakan padanya. Jelas jelas Deya berkata yang dia belum mencintai Affan. Apalagi yang harus dipaksakan?

"Abang.. Kak Deya sendiri bagitahu Lia yang dia tak cintakan abang.. Takkan abang nak biarkan semua tu? Takkan abang tetap nak teruskan semuanya? Lia taknak abang nantinya akan kecewa dan tak bahagia nanti bila abang tetap teruskan kahwin dengan Deya." ujarnya terus terusan mendesak pikiran bakal abang iparnya itu.

"Lia masih belum cukup dewasa, Lia masih belum matang lagi dalam mencampuri urusan orang tua. Jadi lebih baik Lia masuk dalam rumah, dan tak perlu pikirkan urusan orang orang dewasa.. Cukup Lia membantu pemudahkan segala urusan, dan berdoa semoga segalanya akan dipermudahkan, okey?" balas Affan terus pada bakal adik iparnya itu. Sebelum Affan menghidupkan kereta miliknya, dan berundur perlahan.

"Abang minta diri dulu, Lia masuklah dalam rumah, tak elok berdiri diluar malam malam.." kata Affan lagi, sebelum cermin kereta ditutup, dan kereta yang dipandu Affan meluncur meninggalkan perkarangan itu, meninggalkan Dahlia yang masih tercengang disitu.

"Dahlia!! Kamu tunggu apalagi disitu? Cepat masuk rumah.." panggil Haji Rahim selang beberapa minit dia dari tadi memperhatikan anak perempuanya itu

Dahlia yang sedikit tersentak dengan pekikan ayah nya itu. terus mengerling dan secepatnya mengatur langkah memasuki rumah. Buat sakit hatinya saja bila memikirkan apa yang dikatakan lelaki itu tadi. Nampaknya rancangan dia merasuki pikiran lelaki itu gagal.

"Kamu borak apa dengan Affan tadi?" soal Haji Rahim ingin tahu sebaik saja Dahlia datang mendekat.

"Takde apa ayah.. Lia masuk dalam dulu.." jawab sedikit malas sambil meneruskan langkah kakinya masuk ke dalam tanpa menghiraukan ayahnya itu.

Haji Rahim hanya mengeleng kepala dan menghela nafas kecil mengekori mata kepergiaan anaknya itu.

~
"Argh! Ah! Kenapa kau taknak dengar cakap aku! Kenapa kau tetap nak teruskan pernikahan tu! Kau tahu kalau Kakak aku tak cintakan kau, tapi kenapa kau tetap nak dekat dia? Kenapa kau tetap pilih dia. Apa lebih nya dia, dan apa yang dia ada yang aku tak ada!" amuknya sendiri dengan suara kecil yang dipenuhi dengan amarah.

"Aku benci kau Affan! Aku tak akan boleh terima kau jadi abang ipar aku!.. Tak akan!.." amarahnya sambil tangannya mencengkam kuat cadar katil miliknya hingga terobek sedikit.

Lama Dahlia menangis sendiri sambil berpeluk tubuh menatap gambar 4R yang disusun sebaris diatas katilnya menjadi tatapan matanya yang dipenuhi airmata. Wajah tampan seorang lelaki di gambar itu ditatapnya penuh rasa kagum. Dia jatuh cinta pada lelaki ini. Tapi kenapa malah orang lain yang dia cintakan.

~
Keesokkan paginya Deya yang baru saja melangkah keluar dari dalam bilik. Terus saja bertembung dengan Dahlia yang kebetulan keluar dari biliknya dengan berpakaian rapi. Namun raut wajahnya yang terlihat lesu tak bermaya. Matanya yang sembab dan sedikit bengkak.

"Pagi pagi ni nak pergi mana? Lia okey?" Deya terus saja menegur Dahlia yang hanya diam dan dingin menatapnya.

Dahlia tidak menjawab, entahlah dia malas mahu berdebat dengan kakaknya itu. Dahlia meneruskan saja langkahnya.

"Dahlia.. Deya.. Mari sarapan dulu.." panggil Hajah Sarimah yang kebetulan melihat anak anaknya itu. Sebelum Hajah Sarimah menegur Dahlia yang sedia berpakaian rapi dengan membawa beg galas kecil miliknya.

"Lia nak pergi mana ni?" tanya Hajah Sarimah terus saja menghentikan langkah Dahlia yang hendak pergi tanpa menoleh.

Dahlia mengeluh perlahan sebelum memalingkan wajahnya ke arah ibunya yang berdiri menatapnya dari tadi. Sekilas Dahlia mengerling ke arah Deya yang turut memandangnya pelik.

"Ibu.. Lia nak pergi klinik berdekatan kampung ni.. Lia rasa tak sihat semalam, jadi Lia nak beli ubat dulu.." ujar Dahlia perlahan sambil mengorak langkah hampiri ibunya itu dan meraih tangannya untuk disalami. "Lia gerak dulu okey. Nanti ibu bagitahu lah ayah.." pesannya sambil mengorek senyuman tipis.

"Kamu tak sihat? Kenapa tak bagitahu ibu? Teruk tak? Kalau macamtu biar ibu temankan Lia.." balas Hajah Sarimah sedikit terkejut seraya menyentuh wajah anaknya itu untuk memeriksa suhu badannya

"Kejap ibu bersiap dulu.. Biar ibu temankan" Hajah Sarimah yang sedikit gelabah ingin bersiap sedia menemani anaknya itu, segera dicegah Dahlia.

"Ibu.. Tak apa Lia boleh pergi sendiri.. Lagi pun Lia dah besar, dan Lia bukan budak kecik lagi yang kena teman jumpa dokter.. Lia boleh pergi sendiri.." kata Dahlia terus.

"Tapi.. Takkan ibu nak biarkan.." belum habis Hajah Sarimah menghabiskan ucapannya. Deya yang masih berdiri disitu terus menyampuk.

"Takpe ibu, biar Deya temankan Lia.. Lia akak ikut iya.." ujar Deya menyambung perbualan mereka..

Dahlia mula berdecit sambil membalikkan tubuh nya mengarah ke arah kakaknya itu.

"Kak Deya tak dengar ke apa Lia cakap tadi? Lia boleh pergi sendiri dan Lia bukan budak kecik lagi! Kak Deya jangan pikir, yang semua orang dalam rumah ni hanya harapkan Kak Deya sorang.. Lia boleh uruskan diri Lia, tanpa harapkan pertolongan dari akak!" bentak Dahlia mulai emosi sedari tadi dia menahan amarahnya pada kakaknya itu.

Deya yang sedikit terkejut mendengar itu hanya melopong mulutnya kecil. Kenapa Dahlia terlihat begitu marah padanya. "Lia.. Akak cuma nak temankan Lia.. Akak-" belum habis Deya menutur kan kata. Dahlia terus saja memintasnya.

"Dahlah akak! Tak payah nak sibuk masuk campur urusan Lia! Lebih baik akak uruskan diri akak sendiri.."

"Sudah! Pagi pagi kenapa nak bergaduh ah? Dah Lia. Kalau Lia nak pergi sendiri, Lia boleh pergi.." Hajah Sarimah terus saja menghentikan perdebatan anak anaknya itu. Pening pula kepala nya..

Tak menunggu lama. Dahlia terus saja berlalu pergi dari situ seraya menjeling tajam pada Deya yang sedari tadi menatapnya bingung.. Emosinya yang tadinya membuak buak perlahan menyusut sebaik saja dia melangkah keluar dari rumah itu dan tidak lagi melihat wajah kakaknya tadi.

"Ibu.. Maafkan Deya.. Deya tak bermaksud nak-"

"Sudahlah Deya.. Ibu ada dekat sini, dan ibu lihat dan dengar semuanya.. Deya jangan ambik hati apa yang Lia cakap tadi iya.. Mungkin dia tak dapat nak kawal emosi dia.. Bagi dia tenangkan diri dulu.."

Deya terus mengangguk kepala tanda faham. Dia juga terkejut mendengar respon dari Dahlia tadi. Namun disebabkan dia tidak mahu menambahkan masalah lagi, Deya hanya mengabaikan saja apa yang sudah berlaku tadi.

"Dah jom ibu.. Kita sarapan dulu. Ibu masak apa pagi ni? .." Deya terus saja membawa ibunya itu kedapur sambil berborak santai seolah tiada apa yang berlaku tadi.

* * * 

Dahlia mula datang mendekati sekumpulan lelaki yang duduk bersantai di sebuah pondok di perdalaman hutan sambil memainkan gitar serta menghisap tembakau.

Mereka yang tadinya bergelak tawa tersentak dengan kemunculan seorang gadis cantik disitu. Sebelum seorang lelaki yang mengenali gadis itu bangun dan berdiri dihadapan Dahlia.

"Kenapa kau datang sini?" lelaki itu terus saja bertanya seraya menghisap rokok yang masih tersisa di tangannya.

Dahlia diam tidak menjawab pertanyaan lelaki itu. Malahan matanya meliar memerhatikan beberapa lelaki disitu yang turut memandang ke arah mereka begitu ingin tahu.

Rudy yang seolah faham dengan maksud gadis itu menoleh sekilas ke arah kawan kawannya sebelum ia terus saja menarik tangan Dahlia dan dibawa pergi menjauh dari situ.

Mereka tiba di tempat yang sedikit jauh dari situ bagi mengelakkan apa yang dibualkan mereka didengar kawan sekumpulan nya tadi.

"Kau nak apa jumpa aku? Bukan kau pernah cakap, yang kau taknak tengok muka aku lagi?" lelaki itu kembali mengajukan pertanyaan pada gadis yang disukainya itu. Namun sayangnya cintanya malah di tolak berkali kali.

"Aku datang sini perlukan pertolongan kau.." ujar Dahlia terus pada lelaki itu.

Rudy mula berkerut dahi. "Pertolongan apa?" soal nya sedikit pelik.

Sebelum Dahlia mengeluarkan sampul kertas yang dipenuhi dengan wang kertas yang sudah lama dikumpulnya hasil dari tabungannya.

Rudy memerhatikan sampul kertas itu sebelum sampul kertas itu diajukan padanya. Rudy terus melihat isi dalam sampul itu dan sedikit terbeliak melihat jumlah wang kertas yang begitu banyak.

"Mana kau dapat duit ni?" Rudy terus saja bertanya pada gadis itu. Pelik, macam mana gadis seperti dia mempunyai banyak duit sebanyak ini.

"Kau jangan banyak tanya.. Duit tu akan jadi milik kau, kalau kau nak tolong aku.." kata Dahlia terus, sudah malas mahu berbasa basi.

"Okey.. Kau nak aku buat apa?" tanya Rudy tanpa berlengah. Dia begitu ingin tahu apa yang gadis ini mahu dia lakukan.

"Kau tahu kan yang kakak aku akan bernikah. Aku nak kau batalkan pernikahan tu.."

Rudy mendengar permintaan dari gadis itu sedikit tergamam. Dia terkejut dan tidak percaya. "Kau nak rosakkan pernikahan kakak kau? Aku tak salah dengar?" soalnya cuba memastikan.

"Kau jangan banyak tanya boleh tak! Kau buat je kerja kau. Kalau kau taknak aku boleh cari orang lain.." balas Dahlia sedikit emosi

"Hei sabarlah! Aku tanya aje.. Janganlah garang sangat.. Aku cuma nak tahu, kenapa kau nak aku batalkan pernikahan kakak kau? sampai kau sanggup bayar aku.. Aku boleh buat apa saja untuk kau babe.. Asalkan kau nak jadi awek aku.. Dan kau tak perlu bayar aku mahal.. Cukup kau terima aku.."

"Aku tak ingin dekat kau! Jadi kau ambik duit tu, kau buat kerja kau.. Kau buatlah apa saja yang boleh membuatkan pernikahan tu tak jadi. Kau faham?" kata Dahlia sekali lagi menolak mentah mentah tawaran lelaki itu. Tak ingin dia bercinta dengan lelaki yang tak berakal seperti dihadapan nya ini.

Rudy tersenyum sinis mendengar itu. "Aku tak sangka, gadis cantik macam kau ni, sanggup bayar aku untuk buat kerja macam ni.." kata Rudy pada gadis itu. Sebelum Rudy terpikirkan sesuatu.

"Ke sebab kau sukakan tunang kakak kau? " tiba tiba saja itu yang terlintas dipikiran Rudy. buatkan Dahlia tercengang mendengar itu. Macam mana dia boleh tahu?

Nantikan next chapter!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience