(Chapter 12) Jangan Pergi!!

Romance Series 150674

Sebaik saja Affan memasukkan barang miliknya ke dalam bonet kereta. Affan terus saja berjalan menuju ke arah kedua orang tuanya yang masih berdiri melihatnya diluar.

"Affan gerak dulu, Pa, Ma.. Nanti apa apa jadi call Affan.." pamit Affan sambil meraih kedua tangan orang tuanya itu untuk bersalaman.

"Affan. Sebaiknya kamu pergi esok pagi saja.. Mama risau lah biarkan kamu memandu malam malam sendirian. " pinta Puan Nabila sedikit keberatan membiarkan anaknya pergi

Affan mendengar kegusaran ibunya itu hanya tersengih perlahan. Tidak biasanya ibunya itu bersikap begitu. Lagipun buka pertama kalinya dia memandu bersendirian diwaktu malam.

"Ma.. Jangan risau, Affan boleh jaga diri Affan. Lagipun Affan ada hal yang mendesak untuk pergi malam ni juga. Jadi mama jangan risau ye, doakan Affan baik baik saja." jawab Affan pada ibu angkatnya itu.

Puan Nabila hanya mengangguk pasrah. Sebaik mendengar kata pujukan dari suami dan anak nya itu.

"Baiklah. Kamu hati hati memandu ya.. Kalau ada apa apa, jangan lupa hubungi mama atau papa.." pesan Puan Nabila

"Nanti dah sampai jangan lupa call papa.." Tuan Kassim turut sama memperingati anaknya itu.

"InnsyAllah pa, ma.. Affan gerak dulu ye." Affan terus beranjak pergi memasuki kereta miliknya

Tuan Kassim dan juga Puan Nabila mengangguk perlahan seraya tersenyum kecil melihat ke arah anak lelaki mereka itu. Sehingga kereta yang dipandunya meluncur pergi meninggalkan perkarangan rumah itu.

"Dah jom kita masuk sekarang. Kamu janganlah buat muka sedih macam tu, nanti kamu buat anak kita tu risau.." ajak Tuan Kassim sambil merangkul tubuh isterinya itu dibawa masuk ke dalam rumah.

"Maafkan Nab abang. Nab tak tahu kenapa air mata Nab rasa nak keluar tengok muka Affan tadi. Nab rasa sedih sehingga Nab tak boleh nak bendung perasaan Nab. Abang, Nab risaukan anak kita bang.." luah Puan Nabila pada suami nya itu. Kegusaran hatinya bukanlah ia pinta.

Tuan Kassim mendengar itu tersengih kecil. "Sudahlah jangan nangis. Anak kita tu pergi kejap je, esok dia baliklah." ujar Tuan Kassim sambil terkekeh

"Tapi bang-" Puan Nabila sedikit tidak terima bila kegusarannya dianggap candaan.

"InnsyAllah tak ada apa apa yang jadi. Nab pergi rehat dulu. Mesti Nab penat kan?" Tuan Kassim yang tadinya hanya cuba untuk menenangkan hati isterinya terus membawa isterinya menuju ke bilik mereka untuk beristirahat.

* * *

Dato Sri Dyana yang duduk bersantai diruang tamu dengan tidak sengaja melihat kelibat anak lelakinya yang baru saja keluar dari dalam lif dengan mengenakan pakaian T-shirt berwarna dark moss green dan juga seluar paras lutut.

Kasyaf berjalan perlahan sambil fokus menekan layar telefon pintar tanpa menyedarinya disitu adanya ibunya yang dari tadi memerhatikan gerak gerinya.

Sebelum tiba tiba saja satu suara berseru memanggil namanya. Buatkan Kasyaf sentak terhenti dan memalingkan wajahnya.

"Kas, nak pergi mana malam malam ni?" tegur Dato Sri Dyana sedari anak lelakinya itu sudah berpaling ke arahnya.

"Nak keluar" jawab Kasyaf ringkas sambil mata nya meliar mencari kelibat Muaz pemandu peribadinya itu.

Dato Sri Dyana bangkit dari tempat duduk nya dan berjalan menghampiri anak lelakinya itu.

"Kas masih marahkan mommy?" soal wanita paruh bayah itu pada anak lelakinya.

Kasyaf hanya diam tidak menjawab. Dia hanya menatap wajah wanita itu.

"Kas maafkan mommy.. Tolong jangan tinggal kan mommy sayang, mommy tak boleh hilang kas. " Dato Sri Dyana terus terusan berkata pada anak lelakinya itu.

Sebelum Muaz muncul mendekati mereka.

"Kas gerak dulu.." Kasyaf terus berpamitan dan pergi dari situ. Muaz menyedari kepergian lelaki itu turut meminta diri dan berlari mengejar langkah lelaki itu.

Dato Sri Dyana hanya mengangguk perlahan dan memandang kepergian anak lelakinya itu sehingga hilang dari pandangan. Air mata yang sudah bertakung dikelopak mata cuba diseka dari mengalir.

~

"Tengku.. Maaf kalau masuk campur urusan keluarga Tengku. Tengku masih marahkan Dato Sri? Sebab saya kesian tengok Dato Sri sedih macamtu, tengku pun tahu, Dato Sri hanya ada Tengku sebagai anak satu satu yang dia punya.. Dan Tengku juga hanya ada ibu Tengku."

"Dia sama sekali tidak berubah. Dia masih saja berhubungan dengan lelaki itu.." kata Kasyaf sedikit kecewa.

Muaz hanya diam mendengar sambil memandu kereta yang dibawanya itu.

"Kau tahu keluarga aku berpisah disebabkan lelaki itu. Papa aku bawa abang aku pergi jauh tinggalkan kami. Disebabkan lelaki itu. Sampai sekarang aku tak jumpa mereka lagi, kau ingat aku boleh lupa kejadian itu?.."

"Tengku tak cuba cari mana perginya Papa dan abang Tengku menghilang?"

Kasyaf diam sejenak. Dia bukan tidak mencuba untuk mencari. Tapi semuanya sudah terlambat jika dia berusaha mencari sekarang. Ayah dan Ibunya juga tidak mungkin dapat memperbaiki lagi hubungan mereka yang telah lama retak.

"Dah terlambat.." hanya itu saja yang diucapkan Kasyaf sebagai balasan.

Dia pun sudah lama menerima hakikat bahwa kedua orang tuanya sudah berpisah. bahkan itu sudah lama, dah dia pun tidak mahu mengingatkan lagi kejadian itu.

~

Bunyi Bell rumah terdengar. Pembantu rumah bergegas membuka pintu utama untuk melihat gerangan orang yang datang.

Sebelum Bibik Ina yang merupakan pembantu rumah disitu segera memanggil majikannya sedari melihat tetamu yang datang itu mencari majikannya.

Dato Sri Dyana yang tadinya duduk berlengah menyiapkan beberapa pekerjaan diruangannya. terganggu dengan ketukan dari luar bilik kerja nya itu.

Tanpa menunggu lama Dato Sri Dyana bingkas bangun untuk membuka pintu.

"Ada apa bik? Bibik tahukan saya taknak kena ganggu sekarang?.." ujar Dato Sri Dyana sedikit tegas pada pembantu rumahnya itu. Padahal dia sudah meminta agar dia tidak diganggu.

"Maaf Dato Sri, tapi ada orang datang.. Dia nak berjumpa dengan Dato Sri sekarang" balas Bibik Ina sedikit gugup.

"Siapa yang datang malam malam macamni?" tanya Dato Sri Dyana sedikit pelik dengan wajah raut wajah yang berkerut.

"Err, Dato Herman, Dato Sri." jawab Bibik Ina lagi. Kalau bukan disebabkan terpaksa, dia rasa tidak ingin membiarkan lelaki itu masuk dan datang menemui majikannya. Namun apakan daya, dia hanya pembantu rumah yang tidak berhak mencampuri urusan majikannya.

"Dia datang?" mendengar itu Dato Sri Dyana seolah terkejut.

Bibik Ina melihat riak wajah tidak percaya wanita itu hanya mengangguk mengiyakan.

"Hurm, bibik Ina suruh dia tunggu kejap. Saya akan turun kejap lagi.." arah Dato Sri Dyana pada pembantunya itu sebelum menutupi pintu ruangan itu semula.

Tanpa berlengah Dato Sri Dyana terus bergegas mengemas semula dokumen kerja kerja yang hampir saja dikerjakan olehnya itu.

~

Dato Sri Dyana memandang dari jauh kelibat Dato Herman sebelum berjalan perlahan mendekati Dato Herman yang duduk diruang tamu menunggu ketibaannya.

"Kenapa datang rumah i? Bukan i dah cakap, buat sementara waktu, kita tak perlu berjumpa dulu. You tahu kan apa jadi dekat kita beberapa hari lalu? You tahu Kas tak suka you.." tiba tiba Dato Sri Dyana mengatakan itu sebaik berdiri menghampiri lelaki itu.

Dato Herman yang sedikit tersentak terus mendongak wajah memandang ke arahnya, sebelum ia bingkas bangun dan meraih tangan wanita itu.

"Kenapa dengan you ni? You tahu kan yang i rindukan you.. I tak boleh kalau i tak jumpa you Dyana.." ujar Dato Herman lembut pada wanita itu.

Dato Sri Dyana melarikan tangannya dari genggaman lelaki itu. Sebelum ia menatap tepat ke arahnya.

"Tapi kita tak boleh berjumpa dulu, sampai semuanya kembali reda.. you sendiri tahu yang Kasyaf masih tak terima you kan?."

"Kenapa you takut sangat yang anak you tak boleh nak terima hubungan kita? Kalau you nak juga, biar i yang akan pujuk anak you untuk terima i. Don't worry okey.."

"No! jangan! i taknak ada masalah lagi dengan anak i. I takut hilang dia, macam mana i hilang suami i."

"Habistu macam mana dengan hubungan kita? you nak hentikan macamtu je? Dyana.. kita ni bukan muda lagi.. I dah taknak menunggu lama lagi.."

"You cakap memang senang, tapi pernah tak you pikirkan situasi i? apa yang jadi dengan i nanti? i boleh saja kehilangan anak i nanti kalau teruskan berhubungan dengan you secara diam diam macam ni." bidas Dato Sri Dyana

Dato Herman menghembus nafas perlahan. Dia tidak tahu berbuat cara apalagi untuk memujuk wanita itu. Dia sudah lama bersabar ingin memilikinya. Namun semuanya semakin rumit untuk dia.

"Okey sorry Dyana, i akan bersabar dan bagi you masa.. Tapi please jangan minta i untuk jauhkan you.. I taknak hubungan kita berakhir disebabkan masalah ni. i cintakan you.." pujuk Dato Herman sambil meraih tangan wanita itu.

Dato Sri Dyana mendongak wajah memandang raut wajah lelaki itu dengan tatapan sayu. Sebelum ia mengangguk mengiyakan seraya tersenyum nipis dan turut mengenggam erat tangannya.

Dia juga mencintai lelaki itu, tak mungkin bagi dirinya berpisah dan memutuskan hubungan dengan dia semudah itu. Apapun yang akan jadi dia akan cuba memujuk anaknya agar merestui hubungan mereka.

"I cintakan you.. Tapi i nak you jangan risaukan i. Sebab i akan cuba pujuk Kasyaf untuk terima you dan terima hubungan kita. you sabar sikit je okey." tutur Dato Sri Dyana lembut.

Dato Herman hanya mengangguk kepalanya sebelum Dato Herman menarik tubuh wanita itu dan dirapatkan dengannya. "I akan tunggu you." ucapnya perlahan sambil memeluk erat tubuh wanita itu lama.

Mereka berdua hanya berpelukan lama tanpa memperhatikan sekeliling mereka. sehinggalah mereka mendengar bunyi barang yang terjatuh menyentakkan keduanya.

Pantas Dato Sri Dyana melepaskan pelukan dan berpaling ke arah bunyi itu. Sebelum mata nya terbuntang luas dan sedikit tercengang sedari melihat Kasyaf berdiri menatap tajam ke arah mereka.

Dato Herman yang sama melihat kemunculan lelaki itu, turut terkejut dan terdiam pegun.

"Ka.. Kasyaf?.." tutur Dato Sri Dyana tergagap gagap. Dia masih dalam keadaan yang terkejut melihat anak lelakinya yang tiba tiba saja sudah berada disitu. Bukan kah anaknya itu keluar?

Kasyaf yang dari tadi sudah berdiri disitu dan menyaksikan semuanya tidak menghiraukan. Nasib baiklah dia meminta Muaz untuk berpatah balik. Kalau tak, mungkin dia tidak akan melihat kejadian seperti ini.

Dia mula berjalan perlahan menghampiri mereka. Tatapan tajamnya tak lepas menatap keduanya silih berganti. Tangan mula mengepal membentukkan cengkaman kuat.

"Kas.. Mommy boleh jelaskan.." seru Dato Sri Dyana mulai takut sedari melihat raut wajah anak lelakinya yang semakin membahang seakan ingin meletuskan kemarahannya itu.

Dato Sri Dyana cuba meraih lengan anak lelakinya itu cuba menenangkannya, namun pegangannya dengan kasar ditepis Kasyaf hingga buatkan Dato Sri Dyana hampir terjatuh.

Sebelum tiba tiba saja Kasyaf melayangkan beberapa tumbukkan pada lelaki paruh umur itu tanpa diketahuinya. Buatkan Dato Herman jatuh tersungkur dengan percikkan darah yang keluar dari tepi bibir dan juga hidungnya.

Dato Sri Dyana melihat aksi tumbukkan yang dilakukan anak lelakinya itu. Turut tergamam tidak tahu berbuat apa apa sedari anak lelakinya cuba melepaskan segala amarahnya.

"Kasyaf stop it! Cukup Kasyaf!!" jerit Dato Sri Dyana dan berlari mendekati mereka mencuba untuk menghentikan anaknya itu.

Kasyaf yang masih dikuasai emosinya yang semakin membuak buat kerna tidak berpuas hati. Mencuba untuk menyerang lelaki paruh umur itu.

"Kasyaf berhenti! Kamu dah gila ke ha? Kamu nak jadi pembunuh?" tengking Dato Sri Dyana mencuba menyedarkan anaknya itu.

Sebelum Muaz dan juga beberapa pengawal mula muncul cuba menghentikan itu. Setelah pembantu rumah yang melihat kejadian itu melaporkan kerna takut akan terjadi sesuatu.

"Jadi dia yang Mommy pilih? Mommy nak dia?" Kasyaf terus saja mengatakan itu pada ibunya sebaik saja ia berhenti melepaskan amarahnya dan menenangkan diri.

akhirnya semua sudah jelas terlihat. Ibunya lebih memilih lelaki itu, seperti mana dulu dia memilih untuk berpisah dengan ayahnya disebabkan lelaki itu.

"Kas dengarkan Mommy, tolong jangan salah faham macam ni. Mommy nak-" belum habis dia menuturkan ucapannya. Kasyaf terus saja bersuara lagi memintas penjelasannya.

"Okey kas pergi, Kasyaf taknak tengok muka Mommy dan jantan ni! Jangan cari Kas lagi!" ujar Kasyaf dingin dan keras, sebelum ia berlalu mengorak langkah pergi dari situ.

Dato Sri Dyana mendengar ucapan dari anak lelakinya itu. Mulai bangkit dan menghalangi anaknya itu sedari melihatnya mulai beredar dari situ.

"Kas jangan tinggalkan Mommy sayang.. Tolong Mommy taknak hilang Kas! Tolong jangan pergi tinggalkan mommy sendiri!.." rayunya mencuba menghentikan langkah anaknya itu.

Kasyaf tidak mengendahkan lagi dan terus melangkah tanpa berpaling lagi ke belakang.

"Tolong jangan pergi Kas! Mommy taknak hilang Kas!!" teriak Dato Sri Dyana berusaha memanggil dan menghentikan anaknya itu pergi.

Namun itu langsung tidak di endahkan oleh anak lelakinya itu. Hingga buatkan ia terjatuh dan rebah di permukaan lantai memandang anaknya yang semakin jauh melangkah pergi dan menghilang dari pandangan meninggalkan rumah itu.

Dia menangis tanpa henti dengan airmatanya yang semakin laju turun membasahi seluruh wajahnya. Bukan ini yang dia mahukan. Dia tidak sanggup berpisah dengan anaknya untuk yang kedua kalinya.

nantikan next chapter!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience