Keesokan paginya di sekolah, aku menjalankan tugas rondaan sambil melayan kerenah murid-murid yang ceria pagi itu. Tiba-tiba, terdengar suara halus memanggilku dari arah belakang.
“Awak… awak… kejap, awak…” panggil Si Comel sambil berjalan ke arahku dengan wajah penuh semangat.
“Ya, kenapa tu?” tanyaku lembut, tersenyum melihat wajahnya.
“Nah… ni jam awak, kan? Pekerja kedai makan semalam bagi dekat kawan saya yang kerja di situ,” kata Si Comel sambil menghulurkan jam tersebut. Aku memandang jam itu—hadiah pemberian arwah ayah. Perasaan sayu menyelinap dalam hati. Aku menyambut jam tersebut dengan perlahan.
“Ya… ini memang jam saya,” kataku sambil menunduk, menahan rasa malu.
“Awak… saya tak suka tau jadi beban,” Si Comel tiba-tiba berkata dengan nada tegas, namun wajahnya tetap manis.
“Eleh, marah-marah pun tetap comel,” bisikku dalam hati, tersenyum sendiri. Si Comel mendongak memandangku dengan mata yang tajam, tetapi wajahnya masih tetap comel.
“Lain kali kalau ada masalah, bagitahu saya. Jangan pendam sorang-sorang,” nasihatnya. Aku hanya mengangguk, tidak mampu bersuara.
“Macam mana? Dah ada jawapan ke belum?” tanyanya lagi.
“Jawapan apa ni?” aku bertanya kembali, kebingungan.
“Ala, awak ni…” Si Comel memuncungkan bibirnya, membuatkan wajahnya semakin comel.
“Oh… yang semalam tu, ya? Bagi saya sedikit lagi masa,” jawabku sambil tersenyum, tergelak melihat reaksinya.
“Ish, dia ni… okey, okey… saya bagi masa sehari sebelum saya habis praktikal ni,” balasnya sambil tersenyum, sebelum berlalu pergi.
“Eh, awak…” panggilku, mengingatkan sesuatu. “Terima kasih sebab pulangkan jam ni.”
“Oh, sama-sama,” jawab Si Comel sambil melambai.
Beberapa murid lain yang melihat kejadian itu mula berbisik sesama sendiri, lalu salah seorang dari mereka bersuara, “Eee… jaga bercinta dengan Cikgu Afieqah, eh?”
Aku tergelak kecil. “Eh, mana ada! Pergi main tempat lain, jangan sibuk dengar perbualan orang tua,” jawabku, cuba berlagak tenang walaupun sedikit segan.
Aku beredar dari situ, menuju ke pondok keselamatan. Dalam perjalanan, telefon di dalam poketku berbunyi. Aku melihat paparan di skrin—panggilan daripada mak.
“Assalamualaikum, Iman… barang dapur dah nak habis ni,” kedengaran suara mak di hujung talian.
“Okey, mak. Nanti balik kerja saya singgah beli di mall,” jawabku.
Selepas tamat waktu kerja, aku terus menuju ke mall untuk membeli barang dapur yang disenaraikan mak. Sedang aku sibuk mencari barang, terdengar satu suara lelaki dari belakang.
“Assalamualaikum, Aiman, kan?” tegur seorang lelaki.
“Ya, awak siapa eh?” jawabku, cuba mengingati wajahnya.
“Ni aku lah, Hariz, kawan kau waktu sekolah rendah,” katanya sambil tersenyum lebar.
“Hariz…? Oh, Hariz!” Aku tercengang seketika. “Wah, lain macam eh kau sekarang, makin hensem dan sado. Dulu gemuk je!” kataku, mengenang wajah lamanya.
Hariz ketawa besar. “Hahaha! Ni kau free ke? Kalau free, jom lah lepak-lepak dulu, lama tak jumpa ni.”
Aku mengangguk. “Ni tengah beli barang dapur sikit. Lepas ni, free lah.”
“Kalau macam tu, jom aku teman kau beli barang dapur, lepas tu kita pergi lepak sekejap,” ajaknya sambil menepuk bahuku. BERSAMBUNG.....
Share this novel