BAB 54 MALAM SEBELUM BAHAGIA

Romance Completed 4092

Sehari sebelum hari perkahwinan aku dan Si Comel, rumahku dipenuhi dengan gelak tawa dan kebahagiaan. Kami sedang sibuk menghias setiap sudut, memastikan semuanya sempurna. Aku berdiri di tengah ruang tamu, memerhatikan keluarga dan beberapa pekerja yang aku upah menyelesaikan tugas mereka.

Di sebelah, Si Comel sedang sibuk membetulkan bunga hiasan di meja. Aku berjalan mendekatinya, wajahku penuh keterujaan.

"Tak sabarnya awak..." kata aku dengan senyuman lebar.

Si Comel menoleh dan tersenyum manis, matanya bersinar. "Tu lah... rasa macam tak percaya kita akan jadi suami isteri esok," jawabnya dengan suara lembut.

Aku berhenti sejenak, memandang Si Comel dengan penuh perasaan. "Awak... terima kasih tau sebab sentiasa ada untuk saya, sentiasa tolong saya... Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya," ujarnya dengan jujur, wajahnya sedikit merah.

Aku tersenyum dan menyentuh tangannya. "Sama-sama, sayang," jawab aku sambil menggenggam tangannya erat.

Namun, Si Comel memandang aku dengan wajah malu. "Eh! Janganlah panggil sayang lagi! Nanti dah kahwin baru boleh... Malu saya," katanya sambil ketawa kecil.

Aku ketawa bersama, merasakan kebahagiaan yang tiada bandingan. Aku tak pernah rasa secinta ini.

Malam itu, selepas semua selesai, aku kembali ke bilik dan baring di atas katil, merenung siling. Aku tidak dapat menahan rasa teruja untuk hari esok. Tapi, entah kenapa, ada rasa lain yang aku tak dapat jelaskan. Sesuatu yang tidak kena.

"Aduh, tak boleh tidur lah," keluh aku seorang diri sambil menutup muka dengan bantal.

Tiba-tiba, satu jeritan kuat dari bawah rumah mengejutkan aku. "Si Comel!" jerit aku dalam hati.

Tanpa berfikir panjang, aku melompat keluar dari katil dan berlari menuruni tangga.

"Apa yang berlaku?" aku berbisik dalam hati.

Ketika aku sampai di bawah, mataku terbeliak. Beberapa lelaki berbadan besar dan bertubuh sado sedang memegang Si Comel dengan kasar. Dia meronta, cuba melawan, tetapi tak berdaya.

"Hey! Lepaskan dia!" aku menjerit, melangkah dengan penuh keberanian ke arah mereka.

Namun, seorang daripada mereka melangkah ke hadapanku, wajahnya tertutup topeng. "Jangan kacau, budak ni milik bos kami," katanya dengan suara serak.

Aku menumbuk lelaki itu sekuat hati, tetapi seorang lagi muncul dari belakang dan menendang aku. Aku terjatuh ke lantai, sakit yang terasa amat.

Aku bangun kembali dengan pantas, cuba melawan, tapi semakin banyak mereka datang. Mereka memukul aku bertubi-tubi. Tiba-tiba, satu batang besi dipukul ke belakang badanku. "Aaargh!" aku menjerit kesakitan.

Tubuh aku semakin lemah. Pandangan aku mula kabur, tetapi aku tetap berusaha untuk bangun.

"Awak!" Si Comel menjerit dari jauh, matanya penuh dengan ketakutan. "Tolong! Jangan tinggalkan saya!"

Aku melihat Si Comel, wajahnya dipenuhi air mata, dan aku cuba untuk bergerak ke arahnya. Tapi, tubuhku semakin terasa berat, dan dunia aku mula gelap.

Sebelum aku pengsan, aku mendengar suara salah seorang lelaki itu berkata, "Bawa dia pergi. Bos dah tunggu."

Kegelapan menyelubungi pandanganku, dan aku jatuh ke lantai tanpa daya.

BERSAMBUNG......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience