Selepas aku selesai berbelanja, aku dan Hariz lepak di kafe.
“So... sekarang kau buat apa?” tanya Hariz sambil menghirup minumannya.
“Nak bagi tahu ke? Malu lah…” bisik aku dalam hati. Hariz memandang aku sambil menunggu jawapan.
“Kerja biasa je,” jawab aku.
“Yelah, kerja biasa tu kerja apa? Kau kan budak pandai,” tanya Hariz lagi.
“Err… aku… aku…” Aku teragak-agak untuk memberitahu.
“Aku apa?” Hariz mendesak.
“Aku kerja sebagai sekuriti je…” balas aku cepat-cepat.
“Oh… tapi kenapa?” soal Hariz lagi.
“Aku tak ada pilihan lain, aku terperangkap dalam tanggungjawab,” aku memberitahu, dan Hariz menepuk bahu aku cuba menenangkan.
“Tak ada apa lah, okay je tu, janji halal. Aku ni lagi teruk, kerja pun tak ada lagi. Baru habis belajar,” Hariz cuba mengubah suasana sambil ketawa.
“Tapi… aku malu lah Hariz, kerja sekuriti je,” aku mengadu.
Hariz memandang aku. “Kau nak malu apa? Aku bangga dengan kau, tahu? Kau sanggup tolak cita-cita kau demi keluarga. Aku yang malu sekarang ni, masih harapkan bantuan mak ayah aku untuk hidup. Nak keluar ni pun masih mintak duit belanja dari ayah,” kata Hariz lagi.
Aku dan Hariz tersenyum. “Hahaha, tak sangka kita ada rezeki boleh jumpa setelah sembilan tahun lost contact,” aku berkata.
“Tu lah pasal! Ingat tak zaman sekolah dulu, kau selalu kena buli?” ujar Hariz.
“Ya, masa tu nasib baik kau ada datang tolong aku,” kata aku sambil ketawa.
“Lepas tu, setiap kali peperiksaan, kau selalu meniru aku, lepas tu belanja aku makan sebab bagi jawapan,” aku menambah. Kami berdua tertawa, mengenang zaman persekolahan sambil makan dan minum.
“Okay lah, kita dah lewat ni,” aku beritahu Hariz.
“Okay lah, bagi sini nombor telefon kau,” kata Hariz. Aku mengeluarkan telefon dan memberikan nombor aku.
“Wah! Aiman… siapa tu yang jadi wallpaper telefon kau? Awek kau ke?” tanya Hariz sambil tersengih.
“Eh! Takde lah, crush je,” balas aku.
“Eleh, yelah tu,” usik Hariz. Kami keluar bersama-sama dari mall.
“Kau balik naik apa?” tanya Hariz.
“Aku naik Grab je,” jawab aku.
“Lah, tunggu kejap kat sini, aku pergi ambil kereta. Kau balik dengan aku,” kata Hariz sebelum berlalu pergi mengambil keretanya. Sebaik sahaja Hariz tiba, aku masuk ke dalam kereta, dan kami pun bertolak dari mall.
Dalam kereta, Hariz bertanya, “Ceritalah pasal awek tu. Dengan aku pun nak berahsia?”
“Okay lah, aku cerita. Awek ni cikgu praktikal dekat tempat aku kerja. Aku panggil dia Si Comel,” cerita aku.
“Si Comel! Kenapa Si Comel?” tanya Hariz dengan penuh minat.
“Sebab dia pendek dan comel,” jawab aku.
“Faham… faham. Lepas tu?” tanya Hariz lagi.
“Lepas tu dia bagi tempoh sampai dia habis praktikal untuk aku bagi jawapan,” aku berkata.
“Jawapan apa?” tanya Hariz.
“Jawapan sama ada aku nak couple dengan dia atau tak,” aku menerangkan.
“Okay lah tu, couple je lah. Dia okay kan? Lepas tu, bakal cikgu pula tu,” kata Hariz menyokong.
“Memanglah dia okay, tapi aku ni yang tak okay. Aku kan kerja sekuriti je, sesuai ke aku dengan dia? Lagi pula, dia anak orang kaya. Haritu dia ambil aku dekat rumah naik Vellfire siap ada pemandu sekali,” aku memberitahu Hariz.
“Wah... kaya betul dia. Tapi dia okay je kan dengan kau?” tanya Hariz lagi.
“Ya, dia okay je. Keluarga aku pun dia boleh terima. Cuma aku lah rasa berat hati,” aku mengeluh.
Sebaik tiba di rumah aku, Hariz berkata, “Okay lah, kau fikirlah masak-masak. Tapi, bagi pendapat aku sebagai kawan baik, dia dah sempurna dan kau takkan jumpa lagi perempuan macam tu.”
Aku berjabat tangan dengan Hariz. “Okay lah, nanti aku fikir-fikirkan nasihat kau tu. Terima kasih sebab hantar aku balik.”
“Okay, sama-sama. Jumpa lagi nanti. Assalamualaikum,” kata Hariz.
“Waalaikumussalam,” aku menjawab, dan Hariz berlalu pergi dari rumah aku.
BERSAMBUNG…
Share this novel