CHAPTER 7

Thriller Series 517

Hari keesokan berjalan dengan lancar. Deana datang ke sekolah atas izin dari puan pengetua. Tapak mangsa buli yang terbakar berada di Block D. Deana periksa kawasan itu sambil memandang keliling arah.

"Di sini muka mangsa terbakar. Dan dia sebelah sana lapan orang tengah tengok tanpa berbuat apa-apa." Deana mengomel sambil tunjuk ke arah tepi pili bomba.

Deana bangun dan berjalan di hadapan kelas-kelas tingkatan 5. Murid-murid di dalam kelas juga tengok apa yang orang itu sedang buat. Deana berjalan sehingga kelas yang paling hujung sekali. Mawi pun tengok apa yang wanita itu lakukan. Pandangan Deana ternampak Alisa yang duduk di sebelah Shasha. Di tempat duduk depan adalah pelajar cina bernama Selena.

Dia lari ke hujung koridor. Dia sekarang dah nampak gerangan tiga murid perempuan pembuli. Sekarang dia nak tahu nama tiga lagi pelajar lelaki pembuli itu. Deana berpaling ke tempat lain. Matanya terpaku pada sosok lelaki topeng pinokio itu. Deana terus berlari turun ke bawah.

Sampai sahaja di bawah Block D. Dia berlari ke arah lelaki bertopeng pinokio itu.

"Hei. Aku datang secara baik!" kali ni dia taknak lawan dengan lelaki itu. Lelaki topeng itu baru nak menyerang. Tetapi, perawat di depannya hanya nak bercakap dengannya.

"Apa yang kau nak??" lelaki itu tanya dengan dua suara berbeza.

"Bagitahu aku. Siapa yang menyebabkan kau dendam kesumat? Jujur dengan aku berapa orang kesemuanya?" Deana soalkan lelaki topeng pinokio itu.

Lelaki itu cuba bekerjasama. Dia keluarkan lapan kepingan gambar. Deana ambil lapan kepingan gambar itu. Dia tengok muka-muka mereka. Tapi, tiada nama mereka. Deana seluk sesuatu ke dalam poket. Pen di keluarkan.

"Boleh kau tuliskan nama mereka tak?" soal Deana.

Setelah pertemuan dia dengan lelaki bertopeng itu. Barulah Deana dapat lagi tiga nama pelajar lelaki yang membuli Ikram itu. Tapi, ada satu perkara yang membuatkan dia tertanya. Kenapa nama orang itu tiada?

Deana terus duduk di kantin seorang diri sambil makan mee goreng dan minum air sirap ais. Emilia datang ke arahnya. Dia tak masuk ruang kantin untuk guru. Emilia teruskan jalan dan mahu beli makanan serta minuman. Lalu, dia kembali ke arah Deana. Dia. Melabuhkan punggung di atas kerusi.

"Macam mana kak? Dapat petunjuk?" Emilia soal dengan nada berbisik.

"Akak baru jumpa budak lelaki pembunuh tu. Dan dia berikan akan gambar-gambar ni." Deana berikan Emilia lapan kepingan gambar.

Cikgu itu terkejut sampai dia tutup mulutnya. Lapan orang ini rupanya yang buli Ikram. Dia memandang Deana. Perawat itu mengangguk.

"Tapi cikgu jangan attack dulu. Bagi saya selesaikan tugas saya. Biar perkara ni atas tanggungjawab saya." kata Deana berharap sangat Emilia tidak panggil mereka atau serang lapan murid itu.

"Selama ni Hafizah merahsiakan perkara ni? Dia taknak saya tahu pembuli Ikram tu. Apa motif Hafizah ni?" Emilia pelik kenapa adiknya tak pernah ceritakan padanya sebelum ni. Apa yang Hafizah nak rahsiakan?

Deana teruskan makan mee goreng. Lepas ni dia nak balik ke rumah untuk buka laptop sambil bergosip dengan Kirana. Sekarang Ustaz Zain satu keluarga berada di Singapura. Katanya nak jumpa sedara di sana. Deana dah mengeluh. Masa-masa macam ni lah diorang ada hal lain.

"Saya cuba menahan diri. Kalau akak nak apa-apa pertolongan. Hubungi saya." kata Emilia. Deana mengucapkan terima kasih di atas bantuan Emilia untuk bantunya semasa ketiadaan Kirana.

Sampai sahaja di rumah. Deana membuka laptop peribadi. Dia bukan laman encik google. Dia search Kejadian Murid Terbakar Pada Dua Tahun Lepas. Dia cari artikel itu dan skrol sampai bawah. Semua hanya artikel di luar negara. Deana tak putus asa. Dia search yang lain. Pun sama juga tidak berhasil.

"Apa ayat dia aku nak tulis ni?" Deana tanya diri sendiri. Telefon pintarnya berdering menandakan ada panggilan. Dari Kirana.

"Assalamualaikum kak.." Kirana beri salam.

"Waalaikumsalam. Kirana, tolong kakak kejap. Kau carikan kakak artikel pasal murid terbakar di sekolah menengah kebangsaan ni." Deana minta Kirana carikan pasal artikel itu.

Kirana yang sekarang di Singapura cuba membantu. Dia pun membuka laman aplikasi google dan menaip pada ruangan search. Kirana hanya taip pada tablet dia sahaja.

"Gotcha! Kakak! Aku dah jumpa." Kirana beritahu.

"Kau screenshot send dekat aku." Deana minta Kirana ss artikel itu. Kirana ss artikel tersebut dan hantarnya pada Deana.

Telefon Deana berdenting tanda pesanan ringkas masuk. Dia bukanya dan baca tajuk yang Kirana tulis. Deana pun ikut tajuk itu. Dan akhirnya dia pun jumpa artikel yang di cari-cari.

"Walla.." bisiknya perlahan.

"Akak kendalikan kes apa ni?" Kirana masih dalam talian. Dia pun baca artikel yang Deana sedang siasat.

"Ini lagi seram dari patung puaka tau dik. Ni melibatkan dendam kesumat seseorang. Sekarang ni akak tengah siasat gerangan lelaki topeng pinokio. Dan dia ada lapan keping gambar pelajar yang buli murid bernama Ikram tu." Deana beritahu benda apa yang dia sedang siasat.

"Adui kenapalah akak terima kes ni masa saya takde." kata Kirana. Deana pun dah tak tahu nak buat macam mana.

"Ain lah telefon aku cakap ada budak kena rasuk. Dekat situ jugak aku jumpa lelaki topeng tu." kata Deana menyalahkan anaknya. Kalau Ain tak call dia tempoh hari. Dia masih santai di rumah buat kerja macam biasa.

"Haha.. Jangan salahkan Ain. Mungkin dia ingat ni rasuk biasa je." kata Kirana tetap sebelahkan Ain.

"Itulah. Dia pun tak tahu benda ni sampai maknya terjebak nak terus siasat. Masa akak rawat tu. Dia dah bagi petunjuk. Itu yang akak terpaksa siasat." Deana memberitahu. Kirana ketawa je dengar bebelan kakak angkatnya.

Deana pangkah nama Sakinah. Dan tinggal tujuh orang pembuli tersisa. Ada bisikan-bisikan halus mengatakan hari ini akan ada seorang lagi bakal dibunuh. Suara itu sebutkan nama seterusnya. Deana tengok nama pelajar lelaki cina itu.

+++++++++++

Victor balik ke rumah terus. Dia tak ikut kawan-kawannya pergi melepak di luar. Tubuhnya menggigil. Mahu tak gigil semasa dalam perjalanan nak balik ke rumah. Dia nampak ada figura manusia memakai jaket hitam dan berhoodie menutup kepalanya. Mukanya di pakaian topeng pinokio tapi bahagian hidung sedikit mancung. Victor segera lajukan motosikalnya.

Dia dekat rumah sendirian. Ayahnya di luar negara atas urusan perniagaan. Emaknya pun keluar bekerja. Hanya dua orang gaji Indonesia yang berada di dalam rumah. Victor pergi mandi bersihkan diri.

Sesudah mandi. Dia memakai baju tshirt biasa dan seluar pendek. Dia berjalan untuk turun ke bawah. Kawan-kawan dia semua pergi ke bandar untuk bershopping. Victor terpaksa menolak tawaran mereka untuk sertai memandangkan dia tengah takut.

"Kak Amah." Victor panggil orang gajinya.

Kak Amah yang berada di belakang rumah segera masuk ke dalam bahagian dapur.

"Ada apa tuan." Kak Amah menjawab.

"Nanti buatkan saya air oren." Victor minta Kak Amah buatkan air untuknya.

Perasaan dia sekarang gelisah habis. Dia pergi ke arah tempat sembahyang. Dia sembahyang dengan caranya. Hatinya masih berbolak balik perasaan yang sangat takut. Figura manusia yang dia jumpa tu pandangnya semacam.

Siti sedang siram pokok bunga di laman luar. Sesekali dia cantas lebihan akar dan daun-daun kecil. Siti siramnya lagi bagi buang akar yang sudah di cantasnya. Seseorang berjalan dari belakang Siti tanpa di sedari. Dia terus memukul kepala Siti menggunakan kayu besbol. Siti menjerit lalu dia jatuh pengsan.

Kak Amah terkejut dengar suara Siti menjerit dari luar. Dia keluar dari dapur melalui pintu belakang. Dia pergi ke arah suara Siti menjerit tadi. Kak Amah terkejut sampai tutup mulutnya. Siti terbaring pengsan di atas tanah.

"Ya Allah Siti!" Kak Amah berlari mendapatkan Siti. Dia cuba tengok keadaan Siti. Dia segera bangun untuk mendapatkan bantuan. Sebaik sahaja dia pusingkan badan. Seseorang memukulnya menggunakan kayu besbol. Kak Amah pun jatuh pengsan di atas tanah.

Victor mula hairan tak dengar suara Kak Amah dengan Siti. Dia segera bangun dan pergi ke dapur. Tidak kelihatan Kak Amah. Air oren yang dia pesan masih di atas meja makan. Victor tengok air tu dah siap di bancuh. Hanya tinggal meletakkan ais batu sahaja lagi.

"Kak Amah..?? Kak Siti..??" Victor cuba panggil dua orang pembantu rumahnya.

"Apa Khabar Victor!" suara seseorang di ruang tamu.

Victor terus pusing laju badannya memandang ke arah suara yang tegurnya. Matanya membulat. Di atas sofa kelihatan sosok lelaki bertopeng pinokio sedang duduk menghadap tv. Lelaki itu toleh memandang Victor menggigil di ruang dapur.

"Kau siapa..???!" Victor marahkan lelaki itu.

"Nama aku Pinokio." lelaki topeng itu menjawab dengan dua suara berbeza.

"Pinokio..??? Kau hantu! Kau setan!" Victor membalas.

"Ha Ha Ha Ha Ha..." lelaki topeng itu ketawa mengekek. Dia bangun dan mengambil pisau yang berada di atas meja.

Victor pun buka laci dan keluarkan pisau pemotong daging. Dia halakan pada lelaki bertopeng itu. Lelaki bertopeng itu berjalan mendekati Victor tanpa sedikit pun perasaan takut. Victor terus menjerit dan mulakan serangan. Lelaki bertopeng itu mengelak serangan. Dia tekan leher lelaki cina itu. Pisaunya di angkat dan tikam dada Victor sebanyak empat kali. Remaja berbangsa cina itu menjerit kesakitan.

Dia jatuhkan lelaki cina itu sampai terbaring. Lelaki bertopeng itu turunkan badan sambil tengok wajah Victor.

"Aku nak tanya kau. Apa tujuan manusia di lahirkan ke dunia??" Lelaki pinokio itu bertanya.

"Apa dia?" Victor pula tanya.

Lelaki topeng itu geram. Dia terus tikam dada lelaki cina itu. Victor menjerit kesakitan.

"Aku tanya kau! Bukan suruh kau tanya balik..!!" Lelaki topeng itu marah. Dia mencabut pisaunya semula. Victor dah berlumuran darah keluar dari mulutnya. Dadanya dah sakit terkena tikaman.

"Sekali lagi aku nak tanya. Apa tujuan manusia di lahirkan ke dunia?" Lelaki topeng itu bertanya kembali.

"Bangsat kau.." hanya mampu di luahkan Victor. Dia semburkan darah itu ke topeng pinokio.

Lelaki bertopeng pinokio itu mendengus. Dia terus tikam dada Victor bertubi-tubi. Suara mendengusnya kedengaran sangat marah. Sampai lunyai tubuh badan Victor di tikam banyak kali.

Pintu utama di tolak kuat. Deana baru tiba. Dia sudah terlambat apabila Victor sudah tidak dapat di selamatkan lagi. Lelaki topeng pinokio itu bangkit.

"Aku sudah bagi kau amaran! Kau tetap tak mendengar kata! Bangsat kau!" lelaki bertopeng itu mulakan serangan untuk menyerang Deana.

Deana terus elak serangan itu dengan menggunakan kerusi kayu. Pisau itu tikam kerusi tersebut. Deana campak kerusi itu serta pisaunya. Dia tendang tubuh badan lelaki topeng itu.

"Hentikan!" Deana arahkan lelaki itu berhenti.

"Kau degil! Aku dah bagi kau amaran!" lelaki bertopeng itu bangkit semula. Dia terus menyerang tanpa senjatanya.

Dia tolak Deana sampai tumbang. Dia naik atas tubuh wanita itu dan cekik lehernya. Deana pegang tangan pembunuh itu dan tolaknya. Kudrat lelaki pembunuh itu terlalu kuat untuk dia lawan. Deana nampak ada kayu kerusi yang patah. Dia menggapai tangan untuk mengambilnya. Dan dia berjaya dapatkan. Terus dia pukul kepala lelaki itu.

"Argh!" lelaki topeng itu tertolak ke tepi akibat hentakkan yang kuat.

"Berhenti bunuh mereka! Aku boleh tolong kau!" kata Deana. Lelaki bertopeng itu toleh kebelakang.

"Aku tak perlukan bantuan kau! Aku mahu melihat mereka mati!" lelaki itu bangun dan lari ke arah kerusi yang patah. Pisau itu di ambilnya dan bawa pergi.

Deana bangun dan terus mengejar pembunuh itu. Lelaki pinokio itu menaiki anak tangga untuk ke tingkat atas. Deana ambil batang payung dan terus naik ke atas. Memang cari nahas lelaki topeng puaka ni. Omelnya dalam hati.

Deana dah sampai ke tingkat atas. Dia halakan batang pemegang ke depan. Kakinya melangkah dengan sangat berhati-hati. Bunyi dari tingkat ini tidak keluar. Suasana sepi seperti tiada penghuni. Deana pergi ke bilik pertama. Dia buka dan tolaknya ke dalam. Sambil tayangkan batang pemegang payung. Dia periksa bahagian belakang pintu. Risau kalau-kalau ada lelaki topeng itu.

Dia periksa semua tempat dalam bilik pertama. Sesudah periksa bilik pertama. Dia keluar semula dan tutup pintu itu. Dia berjalan lagi ke bilik yang kedua. Pintu di buka perlahan. Dia cuba tolak sampai habis. Tapi, tolakkannya terhenti macam ada sesuatu di balik belakang pintu. Pisau muncul tiba-tiba menikam pintu. Deana terkejut sampai dia tendang pintu itu menyebabkan lelaki topeng itu di hempas dengan pintu.

Lelaki topeng itu keluar sambil membawa pisau. Deana terus berpaling memandang ke arahnya. Pembunuh itu hayunkan pisau untuk menyerang. Deana halangnya dengan payung dan pukul tangan lelaki itu. Pisaunya jatuh ke lantai. Deana tolak pisau itu sehingga jatuh ke bawah.

Dia nak pukul dengan payung. Lelaki itu tahan payung dari pukulnya. Dia merampas payung itu dari tangan Deana. Dia balas pukulan di kepala Deana menyebabkan wanita itu jatuh pengsan. Lelaki topeng itu jatuhkan payung dan terus turun ke bawah. Dia mengambil pisaunya lalu berjalan keluar dari rumah Victor. Mangsa kedua dah pun selesai.

BERSAMBUNG......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience