Kadang kala aku terasa mimpi yang dahulu menghantui aku sehingga kini. Bahkan, aku sampai takut biarkan anak-anak aku sendirian di luar rumah walaupun hanya berada di laman sahaja. Aku tetap menjaga dan sentiasa mengawasi mereka. Kemarahan Esah dan Zabir sehingga kini menakutkan aku.
Deana mencelik matanya. Dia masih tak bangunkan badannya. Tubuhnya masih penat setelah seharian suntuk dari semalam bekerja tanpa henti. Anak-anak masih berada di sekolah lagi. Dia bangunkan badan. Turun dari katil. Berjalan ke arah pintu.
Dia menuruni anak tangga untuk ke bawah. Matanya memandang tingkap luar. Hari pun masih cerah lagi. Jarum jam di dinding menunjukkan sudah pukul 1 petang. Sekejap lagi anak-anaknya nak balik untuk makan. Anak perempuannya Ain sudah bersekolah di sekolah menengah. Dia periksa telefon bimbit. Ni lagi seorang anak jantan. Wafiy kata hari ni ada study group di rumah. Jadi, dia sudah tulis menu untuk bagi kawan-kawan makan.
"Macam-macam lah kau ni. Hai anak-anak." Deana gelengkan kepala. Dia takde harta. Tiada suami. Hanya anak-anak harta dunia akhirat dia. Mujurlah sekolah menengah ni hanya satu sesi sahaja. Kalau tidak, jenuh Pak Abdul nak kutip seketul-seketul anaknya.
Ain ketika ini ikut kelas tambahan Bahasa Melayu. Dia sudah maklumkan pada Deana dia balik lambat. Dan sudah maklumkan pada Pak Abdul suruh datang pukul 4 petang. Kelas tambahan bermula.
Deana tengok status whatsapp. Sekarang keluarga Ustaz Zain dan Ustazah Dahlia semua pergi bercuti di Dubai. Keluarga Ustaz Hanafi pun ikut bercuti di sana. Best betul anak-anak sponsor tiket untuk mak ayah mereka. Dia tengok Kirana ada post banyak gambar-gambar makanan di restoran.
"Mentang-mentang dah takde kes. Semua di angkut bawak bercuti." kata Deana lalu dia ketawa kecil. Kadang dia agak cemburu dengan keluarga Kirana. Keluarga mereka nampak bahagia. Tapi, Kirana puji keluarga kecil Deana bahagia. Anak-anak dan emak tak diuji dengan benda-benda halus.
Deana ada kunci rumah Ustaz Zain. Kata Kirana, dia upahkan Deana untuk tengok-tengokkan rumah selama ketiadaan mereka di Malaysia. Malam nanti dia nak ke rumah Ustaz Zain untuk tengokkan. Biasanya dia akan mengajak Ain dan Wafiy untuk temankan dia. Baru teringat akan hal Wafiy yang sekejap lagi nak balik dari sekolah. Dia kena masak untuk kawan-kawan anak lelakinya.
Kelas tambahan telah habis. Ain dan tiga orang kawannya duduk satu meja. Ain masukkan buku-buku ke dalam beg. Maklumlah, dia baru masuk Tingkatan 1.
"Korang, aku ada cerita seram nak share ni." Sofea panggil Ain, Haziqah dan Natasha kumpul. Mereka duduk berempat.
"Apa dia??" Haziqah tanya.
"Korang tahu tak tadi kecoh dekat dorm form 5. Abang Anas dengan kak Sakinah masuk hospital gara-gara mereka kemalangan." kata Sofea buka cerita.
"Apa yang seramnya?" Ain tanya. Sambil buka pembalut gula-gula.
"Korang kenal kan kak long aku kan cikgu sekolah kita. Kak Emilia tu. Dia pergi melawat abang Anas dengan kak Sakinah. Abang Anas cerita malam tu mereka excident. And then, ada seseorang keluar hutan sambil pegang pisau. Orang tu pakai topeng seram." Sofea cerita. Natasha dah meremang satu badan. Haziqah pun dah seram sejuk. Ain sempoi je.
"Lepas tu apa jadi?" Haziqah nak tahu walaupun dia takut.
"Mereka selamat sebab masa lelaki topeng tu nak bunuh mereka. Ada kenderaan lalu dekat kawasan tu. Nasib mereka baik malam tu. Itu yang mereka terus dibawa ke hospital." Sofea sambung cerita.
"Yang seramnya apa??" Ain tanya.
"Sabarlah. Okey, yang seramnya. Dulu dekat sekolah kita ni ada kes buli yang brutal dua tahun lalu. Mangsa buli tu mukanya terbakar akibat di siram minyak. Pembuli tu masa tu panik. Mereka terus lari tinggalkan mangsa buli yang masih terbakar mukanya. Mereka dengar mangsa menjerit minta tolong tapi mereka endahkan. Sebab terlampau panik. Bila mereka datang semula selepas reda. Mangsa buli tu hilang sampai sekarang. Tak tahu kemana pergi." Sofea ceritakan kejadian yang berlaku dua tahun lalu.
"Jumpa tak suspek yang buli mangsa?" Haziqah tanya.
"Tak jumpa. Cerita ni pun aku dengar dari mulut ke mulut. Kak Hafizah cerita. Dia tahu cerita ni pun dari orang." kata Sofea. Ain hanya senyum sinis.
"Heran. Tapi betul ke dua tahun lepas ada kes buli menyebabkan mangsa tu mukanya terbakar?" tanya Ain. Dia masih tak faham keseluruhan cerita.
"Itu kena tanya kak Hafizah. Dia yang ceritakan dekat aku." kata Sofea suruh Ain sendiri tanyakan sendiri kakaknya.
"Sofea..!" Emilia panggil adiknya dari luar kelas. Sofea terus tengok ke arah luar kelas. Kakanya dah siap kerja dan mahu jemput adiknya balik.
"Okeylah geng. Aku balik dulu. Jumpa besok." Sofea salam dan peluk kawan-kawannya.
Sofea berjalan berdua dengan kakaknya menuju ke arah tempat meletakkan kenderaan. Ain pun dah bersiap-siap nak balik. Pak Abdul dah tunggu di luar pagar sekolah. Mereka pun berjalan keluar dari kelas. Ain orang terakhir keluar. Dia tutup pintu tapi tidak menguncinya. Langkahnya mati, Ain toleh ke arah dewan perhimpunan. Dia nampak ada seorang budak lelaki memakai seragam sekolah menundukkan kepala. Budak itu membelakangi pandangan Ain.
"Siapa tu?? Tak balik lagi ke?" Ain soal sendiri. Nak pergi ke taknak untuk tegur? Soalnya dalam hati.
"Ain." Deana panggil anaknya. Ain terus toleh memandang emaknya.
"Hai mak. Kejap, tengah nak betulkan tali beg ni." kata Ain. Dia pura-pura betulkan tali begnya sambil berjalan ke arah Deana. Mereka berdua berjalan. Ain sempat pusing kepala ke belakang. Budak lelaki seragam sekolah tadi tiada.
++++++++++
Ikram termenung jauh ke luar tingkap. Dari tadi dia tengok pemandangan walaupun matanya kabur tak berapa nak jelas penglihatan. Fatimah ketuk pintu bilik cucunya. Dia masuk ke dalam bilik cucunya. Fatimah berjalan ke arah katil tidur. Punggungnya di labuhkan.
"Ikram." Fatimah panggil cucunya. Ikram terus pandang neneknya dan duduk di sebelah.
Fatimah keluarkan bekas spek mata yang dia baru belikan. Dia buka dan keluarkan cermin mata ini. Dia berikan pada cucunya.
"Nenek belikan kamu spek baru. Ambil lah." kata Fatimah berikan cermin mata. Ikram ambil dan memakainya. Barulah dia boleh nampak dengan jelas pandangannya.
"Mahal tak nek?" Ikram nak tanyakan berapa nilai.
"Mahal atau tak. Ikram jangan risau. Selagi nenek dan atok masih hidup. Kami jaga kamu. Nenek nak kamu berjaya. Atok pun nak kamu berjaya juga." kata Fatimah. Dia tarik kepala anaknya dan berikan satu ciuman tepat ke dahi.
"Nenek, terima kasih." Ikram terus peluk neneknya. Fatimah cuba tahan sebak. Dia balas pelukan.
"Besok pergi sekolah ya." kata Fatimah. Dia taknak cucunya tertinggal banyak matapelajaran. Tahun ni merupakan tahun Ikram mengambil SPM.
"Baik nenek." Ikram menjawab sepi. Dia separuh-separuh sekarang. Dia takut kalau pembuli nampak dia memakai spek mata baru.
Pada waktu malam sesudah Isyak. Ikram tengok telefon bimbitnya. Telefon dia tidak semewah dan semahal kawan-kawan sekelasnya. Boleh lah dia guna untuk sekolah. Dia tengok hari ini saja Cikgu Emilia hubungi banyak kali. Sampai chat di whatsapp lagi. Ikram tak membalas chat tersebut. Dia takut Cikgu Emilia marahkan dia.
Dia baca chat di group kelas whatsapp. Cikgu Emilia ada bagi beberapa kerja rumah untuk murid-muridnya siapkan dan mahu kertas kerja siap sepenuhnya pada lusa hari. Ikram pun cuba buat dan dia chat kawan-kawan kelas lain. Di sekolah, orang yang paling rapat dengannya cuma Hafizah sahaja. Pelajar lain hanya kawan biasa tidak lebih.
++++++++
Pada keesokan di sekolah. Hafizah tunjuk ajar soalan yang Ikram tak berapa nak pandai. Ikram mengangguk faham. Hafizah memang budak yang bijak. Sebab tu di setiap ujian peperiksaan. Hafizah dapat markah yang paling tinggi.
Mawi tarik kerusi dan duduk di tepi meja sambil memandang Hafizah dan Ikram. Hafizah dah pandang semacam dekat Mawi. Shasha pun turut ada sekali. Hafizah jeling memandang Shasha.
"Ikram, kau semalam kenapa tak datang ea?? Ke kau yang jadi lelaki bertopeng yang cuba bunuh Anas dengan Sakinah??" Mawi terus tuduh Ikram adalah lelaki bertopeng itu.
"Mulut kau jaga Mawi! Jangan main tuduh sesuka hati!" Hafizah bantah apa yang Mawi tuduh melulu.
"Kau diam lah Fizah. Aku tanya Ikram. Bukan kau." Mawi menjawab suruh Hafizah diam.
"Ni bukan tuduh, Fizah. Memang betul kan ni kerja Ikram. Kalau tak, kenapa semalam dia tak datang? Takut nanti kantoi dia lah budak lelaki topeng yang cuba nak bunuh Anas tu." kata Shasha jadi batu api sokong kata-kata Mawi.
"Aku tak percaya. Ada bukti ke kau nak tuduh Ikram jadi lelaki topeng tu?? Ada bukti??" Hafizah soalkan mereka berdua.
Suasana di dalam kelas dah mula bisik-bisik sesama mereka. Ikram diam dari tadi. Takut dah dia nak lawan. Sebab Mawi bukan lawan dia.
"Aku akan dapatkan bukti yang akan mengatakan budak skema yang kau kawan ni seorang pembunuh." kata Mawi tidak berputus asa untuk cari bukti dan boleh dakwa Ikram.
Bunyi rotan memukul pintu kelas. Semua murid-murid terus mengambil tempat duduk masing-masing. Emilia masuk ke dalam kelas.
"Mawi! Shasha! Kelas korang mana?? Kenapa duduk sini??" soal Emilia sambil tunjuk dengan rotan dua pelajar itu.
"Takde apa cikgu. Saja nak jumpa Ikram. Rindu dekat dia." Mawi pura-pura nampak friendly depan Emilia. Meremang tengkuk Hafizah mendengarnya.
Mawi dan Shasha keluar dari kelas dan pergi ke kelas mereka. Emilia menggelengkan kepala. Dia memandang ke arah Ikram.
"Ikram, semalam kenapa tak hadir? Cikgu telefon banyak kali. Chat banyak kali. Kamu kemana semalam??" Emilia soalnya dengan nada marah.
"Semalam atok dengan nenek sakit. Jadi, takde siapa jaga mereka." Ikram cuba menipu supaya cikgu percaya. Cikgu Emilia memang tahu Ikram duduk serumah dengan atok dan nenek.
"Yelah. Lepas ni kalau cikgu call atau whatsapp. Tolong reply!" Emilia bagi amaran supaya lebih ni update padanya.
Mawi duduk di tepi tingkap tempat duduk paling belakang. Dia mendengar cikgu mata pelajaran bebel di depan. Matanya terus di alihkan memandang keluar tingkap. Matanya terpaku dan terbeliak. Dia nampak sosok lelaki bertopeng pinokio duduk di atas pagar sekolah. Lelaki itu melambaikan tangan kiri ke arahnya. Dia angkat tangan kanan sambil tayangkan pisau. Dia letakkan di lehernya sendiri dan pura-pura buat gaya sembelih depan Mawi.
"Mawi!" Cikgu di hadapan panggilnya. Mawi terus terganggu lamunan dan memandang cikgu kelas.
"Tengok apa kat luar? Berangan je! Bangun!" cikgu yang mengajar dendanya suruh berdiri.
Mawi memandang ke tingkap untuk tengok lelaki tadi. Tapi, lelaki bertopeng pinokio itu telah tiada dan hilang entah kemana.
BERSAMBUNG.....
Share this novel