CHAPTER 2

Thriller Series 517

Tubuh Ikram di tolak ke dinding. Viktor dan Hazrain tengok luar kelas. Takut kalau ada murid-murid atau guru berhampiran. Mawi masih tak dapat melupakan perkara yang lepas.

"Aku nak tanya kau. Siapa budak yang kau upah jadi lelaki bertopeng?? Pandai kau ea. Sedarlah sikit diri sendiri dah miskin. Mak bapak kau dah mati kemalangan. Hanya atok cacat kau dengan nenek tua kau yang boleh jaga." Mawi hina keluarga Ikram. Lelaki itu hanya terima hinaan tanpa rela. Dia tak boleh nak lawan lelaki di depannya. Mereka bertiga sudah lah anak orang kaya.

"Hei.." Hafizah muncul dan tegur perbuatan mereka.

Mawi menjeling ke arah pelajar perempuan itu. Hazrain dan Viktor suruh Mawi berhenti. Lelaki itu pura-pura betulkan kolar baju dan kesat untuk buang kotor.

"Rileklah Fizah. Kan aku bergurau dengan Ikram. Kau ni fikir negative lah. Adik cikgu mana boleh fikir tak baik kan.." kata Mawi sempat perli.

"Jijik aku dengar. Kau tak payah nak buat baik. Kalau murid lain aku boleh berfikir positive. Dengan korang berlapan sorry lah takde makna." kata Hafizah. Dia terus berjalan ke arah Ikram. Baju seragam lelaki itu di tarik untuk bawanya keluar.

Viktor datang merapat ke Mawi.

"Kau nak buat apa lagi?" Viktor tanya.

"Budak tu belum puas aku kerjakan. Apa kata kita buat perkara yang sama macam dulu..?" soal Mawi. Hazrain dan Viktor saling memandang sesama mereka.

"Perkara macam tu aku taknak masuk campur. Kau kena ingat. Kita dulu hampir jadi sasaran sebab masa tu cikgu dengan polis nak jejak kita." kata Hazrain tolak awal-awal untuk jadi seorang pembunuh. Mawi dah senyum sesuatu. Niat dia mula dah tak baik terhadap Ikram.

Hafizah belanja Ikram makan. Dia bawa makanan yang di beli dari kantin untuk di bawa ke taman berhadapan dengan bilik guru. Hafizah berikan pada lelaki itu.

"Makanlah. Kau lupakan semuanya." Hafizah suruhnya makan. Ikram ambil makanan itu dan makan sikit-sikit. Seleranya kurang pada hari ini. Tapi nasibnya baik sebab Hafizah ada belanja dia makan.

Emilia tengok ke akrab adiknya dengan Ikram. Cuma adiknya masih merahsiakan sesuatu. Kenapa dia begitu rapat dengan budak tu? Sedangkan budak itu takde siapa-siapa. Sampai makan pun Hafizah belanja. Dia nak tanya adiknya kenapa rapat dengan Ikram. Budak kelasnya pun tak rapat macam tu.

"Fizah, boleh aku tanya?" Ikram nak soal.

"Apa dia??" Hafizah buka bekal makanan. Dia ambil sudu dan makan bihun goreng yang kakaknya masak tadi pagi.

"Kenapa kau nak kawan dengan aku? Aku ni miskin. Takde mak bapak. Hanya ada atok nenek je jaga aku." Ikram soalnya. Hafizah makan sambil matanya memandang lelaki itu.

"Aku sebenarnya nak selamatkan kau je." Hafizah jawab dengan jujur.

Hafizah diam seketika. Suara jeritan seksaan seseorang berputar dalam kepalanya. Hafizah pejamkan mata dan cuba buang suara itu pergi.

"Hafizah." Ikram panggil buatkan si gadis itu hilang lamunan.

"Jom lah makan cepat. Sekejap lagi nak masuk kelas." kata Hafizah suruh lelaki itu segera makan.

Emilia masih tengok lagi. Dia mengukir senyuman di bibir. Seseorang datang dari belakang. Lalu, menepuk lembut bahunya. Terkejut Emilia bila bahunya di tepuk.

"Cikgu, tu adik cikgu tu kawan dengan pembunuh." kata Cikgu Suzana.

"Mana cikgu tahu Ikram tu pembunuh?" Emilia tanya balik pada Suzana.

"Takdelah. Dah kecoh dekat sekolah terutama form 5. Katanya Ikram tu yang serang Anas dengan Sakinah malam tu." kata Suzana percaya dengan kata-kata pelajar lain.

"Cikgu merepeklah. Saya tak percaya selagi tiada bukti depan mata. Cikgu lebih percaya cerita dari buah mulut berbanding menilai depan mata sendiri." Emilia bagi kata-kata sedas sebelum dia bangun meninggalkan bilik guru.

Ikram tengok Cikgu Emilia keluar dari bilik guru. Nampak mukanya macam tengah marah. Ikram pandang ke dalam bilik guru. Dari tingkap dia dah nampak Cikgu Suzana pandangnya. Tapi, reaksi cikgu Suzana macam jijik nak pandang ke arahnya. Ikram jadi sedih. Cerita pasal dia di tuduh pembunuh dah mula tersebar luas.

"Woi pembunuh!" salah seorang murid junior panggil Ikram pembunuh. Hafizah dah naik menyampah dengar. Murid-murid itu ketawakan Ikram.

Sofea, Ain, Haziqah dan Natasha yang baru keluar dari makmal sains terdengar suara pelajar-pelajar lelaki mengejek Ikram. Mereka pandang ke bawah. Sofea tengok kakaknya duduk satu meja dengan Ikram.

"Itu ha abang aku kata pembunuh." kata Natasha. Sofea mengangkat bahu tanda tidak tahu menahu.

"Jom lah balik kelas." Sofea mengajak mereka bergerak pergi. Ain pandang ke arah abang Ikram. Lama dia perhatikan lelaki itu.

+++++++++

Deana keluarkan kain basahan dari mesin basuh. Dia masukkan ke dalam bakul. Malam tadi, dia dah pergi rumah Ustaz Zain untuk periksa dan kemas-kemas sikit. Ain dan Wafiy buat kerja sekolah sambil menonton tv.

Lauk pauk sudah siap di masak. Sekejap lagi anak-anaknya balik. Ain hari ni takde kelas tambahan. Boleh lah dia mintak anak daranya bantu dia sapu sampah dan kemas dapur nanti.

Ain berjalan ke arah dapur. Dia mencari emaknya. Deana menyidai kain pakaian. Ain pandang emaknya lama di muka pintu.

"Mama." Ain panggil.

"Ya Ain. Kenapa?" Deana jawab sambil menyidai kain.

"Tadi kan dekat sekolah kecoh mama. Ramai orang tuduh ada seorang abang senior ni pembunuh. Sebab katanya dia serang abang Anas dengan kak Sakinah." Ain meluahkan cerita dari sekolah.

"Ain percaya ke dia tu pembunuh?" Deana soal anaknya.

"Ain tak percaya. Ini pun sebab Natasha cerita. Abangnya cakap budak lelaki tu pembunuh." Ain menjawab. Deana melepaskan keluhan berat.

"Berat tuduhan tu kalau takde bukti. Boleh kena saman tahu." Deana nasihatkan anaknya.

"Ain tak tuduh lah mama. Ain cuma dengar je orang cerita." kata Ain membela diri.

"Mama bukan marah. Mama cuma nak nasihat. Jangan percaya apa yang keluar dari mulut orang. Dengar boleh, percaya tu jangan." kata Deana nasihatkan anaknya.

"Ma, baru teringat. Kata abang si Natasha tu kan. Lelaki pembunuh tu memakai topeng muka pinokio." Ain terus beritahu. Deana berhenti dari sidai kain pakaian. Dia berpaling kebelakang memandang anaknya.

"Topeng pinokio? Ada jual ea topeng tu." Deana soal. Ain angkat bahu tanda tidak tahu.

"Kan ada kilang mainan pinokio yang baru buka dua bulan lepas." Ain beritahu.

"Itu mama pun tahu." jawab Deana. Dia terus siapkan kerjanya sebab dia ada banyak benda nak kena buat. Malam nanti nak pergi rumah Ustaz Zain bawa anak-anaknya.

Pada malam hari selepas makan. Deana baru sampai di depan pagar rumah Ustaz Zain. Mereka bertiga anak beranak turun dari kereta. Pintu pagar di buka kunci dan mereka masuk ke dalam.

Ain dan Wafiy mengulangkaji pelajaran. Deana baru siap kemas sikit-sikit. Dia pun periksa semua dalam rumah termasuk bahagian bilik tidur. Deana terus pergi ke bilik bawah pula. Di mana bilik itu digunakan oleh Ustaz Zain untuk simpan artifak-artifak misteri selama mereka jadi perawat.

Deana pulas tombol pintu dan tolaknya ke dalam. Pandangan matanya tertumpu ke arah patung pinokio di dalam bingkai kaca. Dia masuk ke dalam dan meletakkan kunci di atas meja. Dia mengambil bulu ayam dan sapu-sapu bagi buang debu-debu kecil. Dia juga mengelap bingkai kaca. Semasa dia alihkan bulu ayam. Patung pinokio itu tiba-tiba mukanya bertukar kepada muka syaitan. Dia tersenyum menyeringai ke arah Deana.

"Astaghfirullah. Kau ni dah kenapa jumpscare aku?" Deana tanya syaitan dalam kaca itu.

"Kau ingat mimpi ngeri sudah bebas? Belum lagi Deana." syaitan itu soalnya. Deana memandang syaitan itu. Apa maksud mimpi ngeri belum bebas?

"Apa kau merepek?? Kau dah terkurung kot." Deana cuba buang perasaan kurang sedap.

"Walaupun aku sudah terperangkap. Tapi, ilmu jahat masih bebas di luar sana." syaitan itu memberitahu. Deana diam seketika. Dia berhenti dari sapu-sapu barang antik.

"Aku akan pastikan ilmu itu tidak berjaya." kata Deana. Syaitan itu ketawa mengekek.

"Sudah terlambat. Kerana dia sudah mula bertindak." kata syaitan itu. Deana terus teringat cerita anaknya pasal lelaki bertopeng pinokio.

Dia memandang patung pinokio itu. Masih muka syaitan yang sedang ketawakan ke arah Deana. Deana terus letakkan bulu ayam di tempatnya. Dia mencapai kunci dan pintu di tutup. Syaitan itu ketawakan dari dalam bingkai kaca sebelum berubah kepada muka patung.

+++++++++

Ikram mengambil angin di luar. Hari dia begitu malang sekali bila cerita mula tersebar dia pembunuh. Sedangkan dia sendiri tak tahu apa-apa. Dan siapa yang menyerang Anas dan Sakinah malam itu? Mawi dah cerita perkara sampai semua percaya dengan cerita tu. Nasiblah Hafizah dengan cikgu Emilia jenis tak mudah percaya.

Yang menjadi persoalan dia. Kenapa Hafizah kata dia nak berkawan sebab nak selamatkan Ikram? Dia nak selamatkan Ikram dari siapa? Jawapan yang bermain dalam buah fikiran Ikram pasti Hafizah nak selamatkan dari kena buli oleh lapan sekawan itu.

Dia bangun untuk pergi berjalan di luar pagar rumah. Dia nak ambil udara yang lebih nyaman. Dia berjalan depan sedikit untuk masuk ke dalam kawasan taman rekreasi. Rumah atok neneknya betul-betul menghadap taman rekreasi yang di seberang jalan.

Ikram duduk di kerusi seorang diri. Fikiran dia mula di rawat dan tenang. Dia malas nak fikir pasal lapan orang pembuli. Dia cuma nak healing sahaja. Kepalanya di alihkan sebelah kanan. Sebelah tempat duduknya ada sebuah patung pinokio. Ikram ambil patung itu dan pegangnya kemas. Dia belek badan patung tersebut.

"Siapa punya ni?" Ikram tanya diri sendiri. Dia nampak ada kertas kecil pada poket seluar patung itu. Dia keluarkan dan letakkan patung itu dalam posisi baring. Dia buka helaian kertas berlipat.

"Aku Akan Menjadi Teman Mu."

Ikram bacanya. Dia terus melipat semula dan masukkan ke dalam poket seluar patung tersebut. Dia tengok patung itu lagi. Entah kenapa dia rasa macam patung ni hidup. Ikram ambilnya dan bawa pulang. Semasa dalam perjalanan pulang. Dia dapat rasakan ada orang mengikutnya dari belakang.

Ikram pusingkan badan kebelakang. Matanya terpaku. Kakinya mati. Dia menatap figura manusia lelaki berdiri. Lelaki itu memakai topeng pinokio. Berpakaian yang lengkap seperti patung pinokio yang Ikram pegang. Dia tengok tangan sebelah kanan pegang pisau dengan kemas.

Ikram terus tak banyak cakap. Dia lari masuk ke dalam rumah sebab takut. Pembunuh itu memang ada tapi bukan dia. Dan Mawi pula menuduh dia pembunuh dan upah pembunuh. Ikram sembunyikan diri di atas katil sebab terlampau takut. Patung itu dia terus campak ke tepi. Dia terus balut tubuhnya dengan selimut.

Di luar rumah. Lelaki topeng pinokio memandang ke tingkap bilik Ikram. Dan akhirnya, dia terus berlalu pergi meninggalkan rumah itu.

BERSAMBUNG......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience