Ikram datang sekolah seperti biasa. Dia berjalan dari pintu pagar untuk ke dalam. Matanya meliar memandang pondok pengawal. Pak guard yang bertugas dan usya semacam dekat Ikram. Pasti cerita pasal dia pembunuh dah sampai ke telinga pak guard.
Dia berjalan melintasi kantin sekolah. Murid-murid di dalam kawasan kantin dan pandang-pandang sambil berbisik sesama merek. Ikram menundukkan kepala kerana terlalu malu. Dia teruskan berjalan.
Tiba-tiba, ada seorang budak lelaki siram air mineral dekat Ikram. Dia terkejut sampai langkahnya mati. Dia tengok budak lelaki itu dengan muka kasihan. Budak lelaki itu pura-pura jadi bomoh sambil berlakon nak halau hantu.
"Jangan lah kacau. Jangan lah kacau. Keluar! Keluar! Keluar!" budak itu mengulangi sambil buat gaya bomoh berubat. Kawan-kawan lain dah ketawa mengekek.
Ikram nak menangis apabila dipermalukan sebegini. Dia terus mengambil keputusan untuk pergi. Salah seorang dengan sengaja depankan kakinya. Ikram tersepak lalu dia tersadung jatuh. Lelaki yang sengaja tadi buat-buat rasa sakit.
"Woi! Mata kau kemana?? Buta ke??" budak itu dengan sengaja marahkan Ikram. Member lain dah ketawakan.
Ikram terus bangun dan berjalan pergi dari situ. Dia lalu di kawasan bangunan junior. Budak-budak lelaki junior dah buat bunyi monyet serta beruk. Ada yang panggil Ikram pembunuh. Suasana begitu bising dan huru hara bila nampak Ikram lalu.
"Hoi...!!!" Cikgu Emilia menjerit ke arah pelajar-pelajar yang berkumpul di koridor.
Semua pelajar terus lari ke kelas masing-masing. Emilia terus tengok Ikram berjalan ke arah bangunan kelasnya di Block D. Hafizah pun tengok Ikram. Dia terus pandang kakaknya. Emilia menoleh memandang adiknya. Hafizah melepaskan keluhan berat. Dia terus bergerak untuk ke bangunan Block D.
Kelas telah bermula. Semua murid-murid tumpukan pada papan putih. Cikgu Suzana lalu di setiap kelas. Dia pantau murid-murid tengah buat apa. Dan sesudah itu, dia menuju ke tangga untuk turun ke bawah. Apabila dia sampai di bahagian tengah anak tangga. Langkahnya mati. Matanya terus menatap sosok lelaki bertopeng pinokio dengan baju lengkap itu. Matanya membulat.
"Ikram?? Kamu ke tu??" Cikgu Suzana panggil. Dia tetap panggil lelaki topeng itu dengan nama Ikram.
"Tolong jangan main-main! Ini sekolah!" Cikgu Suzana bagi amaran dekat lelaki topeng itu.
"Kalau Diri Itu Tidak Kental Dengan Tuduhan Orang. Jangan Suka Hati Menuduh Orang Tanpa Bukti. Sekarang, Aku Tunjuk Depan Kau. Adakah Aku Ni Ikram Yang Kau Maksudkan?" lelaki topeng itu soalnya. Dia naik satu anak tangga. Cikgu Suzana dah undur beberapa langkah. Dia terus lari naik ke tingkat atas semula.
Lelaki topeng itu ketawa dan dia naik ke tingkat atas. Cikgu Suzana lari masuk ke dalam mana-mana kelas. Semua murid dan cikgu yang mengajar terkejut tiba-tiba Cikgu Suzana masuk kelasnya dalam keadaan takut.
"Kenapa ni cikgu?" soal cikgu mata pelajaran.
"Ada...lelaki topeng.." kata Cikgu Suzana terketar-ketar suaranya.
Murid yang berada di tepi pintu orang pertama nampak. Dia terus menjerit dan bangun. Dia langgar kerusi murid lain. Semua murid yang bahagian tepi tingkap dekat koridor dah menjerit lalu lari ke arah bahagian tepi. Lelaki Topeng Pinokio lalu depan kelas sambil melambaikan tangan. Semua dah menggigil ketakutan. Setelah itu, dia pergi. Kelas sebelah juga menjerit tanda lelaki topeng itu sedang lalu depan kelas mereka.
Emilia memandang ke arah pintu kelas. Dia menjerit tengok lelaki topeng itu intainya. Ikram pun terkejut sama. Itulah lelaki topeng yang dia jumpa malam tadi. Hafizah tengok lelaki itu tapi dia tidak menjerit. Dia macam takde menunjukkan muka takut. Lelaki topeng itu memandang Ikram. Dia melambaikan tangan. Ikram dah tak berani nak bercakap. Dia pun takut juga.
Lelaki topeng itu terus berjalan ke arah kelas pembuli Ikram. Kelas sebelah juga menjerit. Waktu sekarang Cikgu Haslina sedang mengajar. Lelaki Topeng Pinokio itu masuk ke dalam kelas tersebut. Murid-murid semua bangun dan lari. Mawi, Hazrain dan Victor pun lari bersama pelajar-pelajar. Shasha, Alisa dengan Selena pun dah peluk sesama mereka.
Lelaki Topeng itu menghampiri Mawi. Budak lelaki itu dah cuak mukanya. Semua murid pandang ke arahnya sekarang. Lelaki Topeng itu menyentuh pipi Mawi. Mawi tepis tangan lelaki itu.
"Muka Ni Dah Cukup Tampan. Sayang Kalau Rosakkan. Tapi, Bila Sudah Rosakkan Muka Orang. Dia Tak Fikir Panjang." kata lelaki bertopeng itu. Cikgu Haslina cuba menelefon polis.
Lelaki bertopeng itu menggapai gunting lalu dia lemparkan ke arah Cikgu Haslina. Bilah gunting itu terkena cucuk tepat ke tangan. Cikgu Haslina menjerit kesakitan. Telefon bimbit terlepas sampai jatuh. Murid-murid dah menjerit ketakutan.
Pisau di tarik keluar dari poketnya. Semua murid dah berundur. Lelaki Topeng itu sapu pipi Mawi dengan bilah pisau.
"Siapa Dulu Ya?" lelaki itu tanya sambil ketawa sinis. Dia pandang Hazrain dan Victor. Lalu, dia alihkan pandangan memandang Shasha, Selena dan Alisa.
"Mungkin Kau Dulu." lelaki itu tujukan pisau ke arah Victor. Lelaki berbangsa cina itu dah takut dia mungkin orang pertama.
"Nanti Lah." lelaki topeng itu mahu pergi. Dia sempat tengok Cikgu Haslina yang dia cederakan tadi.
"Maaf Ya Cikgu. Lain Kali Jangan Kacau Urusan Aku." lelaki topeng pinokio bagi amaran padanya. Cikgu Haslina masih pegang tangan yang luka. Cikgu Suzanna bantu guru yang cedera.
Lelaki Topeng itu segera pergi dan keluar dari sekolah tersebut. Keadaan mula kecoh bila pengetua sekolah memanggil kesemua pelajar-pelajar tingkatan 5 untuk ke dewan perhimpunan. Ini semua di sebabkan insiden yang baru sahaja berlaku sebentar tadi.
+++++++++++
Deana baru sahaja balik dari rumah Ustaz Zain. Dia ada menghubungi Ustazah Dahlia. Dia menceritakan semuanya yang anaknya cerita termasuk syaitan pinokio itu. Deana ada cakap pasal ilmu jahat yang tengah berlaku.
"Ilmu ni di namakan ilmu Pinokio. Tahun 1880, ilmu ni telah datang dari benua eropah dan di bawa ke Tanah Melayu. Buku sihir tersebut telah di musnahkan dan hilang. Benda ni yang selalu pemuja-pemuja Pocong guna untuk sihir." kata-kata Ustazah Dahlia dalam talian pagi tadi.
"Pengamal akan mengukir topeng patung karakter apa pun dan isikan semangat syaitan ke dalam topeng tersebut. Apabila di pemakai menggunakan. Semangat syaitan akan kuasai tubuhnya menyebabkan dia hilang pertimbangan diri." Ustazah Dahlia tambahkan lagi.
Deana buka helaian buku tersebut. Dia tengok ada satu tajuk yang menarik. Kuasa Kegelapan. Dan di dalamnya terdapat beberapa kandungan. Dia tengok ada ukiran topeng patung dan isinya semangat syaitan yang kejam dan jahat.
"Kenapa aku rasa tak sedap hati sekarang ni?" Deana soal dirinya sendiri. Hatinya berbolak balik.
Dia ambil telefon. Tapi, tak tahu nak buat apa dengan telefon bimbit. Perasaan dia sekarang dah mula kurang senang oleh sesuatu yang dia baca tadi. Maksudnya, seseorang telah gunakan ilmu pinokio kuno tersebut bertujuan yang tak baik. Tapi apa dia?
Deana terkejut di ganggu oleh bunyi jam di dinding menunjukkan sudah pukul 10 pagi. Dia bangun dan pergi ke biliknya. Dia memakai tudung. Dia segera keluar rumah untuk berjumpa dengan seseorang.
Di sebuah kedai makan. Deana berikan buku antik pada Shazlan. Lelaki itu tengok buku tersebut. Dia buka helaian pada buku itu.
"Kenapa kak?" Shazlan tanya. Tujuan apa kak Deana berikan buku antik dari rumah Ustaz Zain.
"Baru-baru ni akak pergi rumah Ustaz tahu. Ada satu hari tu, syaitan dalam bingkai kaca yang letak patung puaka tu cakap dengan akak. Katanya walaupun aku dah terkurung tapi ilmu jahat sedang bebas di luar." Deana ceritakan pada Shazlan.
"Syaitan tu cakap dekat akak?" Shazlan sampai terkejut. Deana mengangguk.
"Lepas tu akak cakap. Akak akan hentikan sihir itu. Tapi dia cakap akak sudah terlambat. Sihir itu telah digunakan dua tahun lalu." Deana menambah. Shazlan terus buka helaian muka surat yang Deana ada lipat sikit.
"Ilmu Pinokio Kuno?" Shazlan sebutnya perlahan. Dia baca isi kandungan dan sejarah awalnya sihir ini.
"Ilmu ni kata Ustazah Dahlia. Seseorang pengamal bila dah amalkan. Mereka akan gunakan ilmu. Dan Ilmu Pinokio Kuno ni mereka akan ukir topeng muka seperti pinokio. Dan kemudian orang itu akan puja semangat syaitan untuk masuk dalam topeng tersebut. Kira macam Barongan." kata Deana.
Shazlan capai air teh panas dan minumnya. Pekena roti canai pagi ni lagi. Deana tak makan kerana pagi tadi sudah sarapan selepas hantar anak-anak ke sekolah. Pak Abdul macam biasa tolong sambut bila takde pelanggan naik GRAB dia.
"So, macam mana nak tahu seseorang itu dah gunakan Ilmu Pinokio Kuno ni?" soal Shazlan. Deana melepaskan keluhan berat.
"Susah. Kes ni bukan macam patung puaka atau pocong. Dan takde orang telefon Ustaz Zain atau Ustazah Dahlia untuk bantu. Lagipun benda ni tak tahu di mana." kata Deana. Shazlan pun melepaskan keluhan berat. Kalau dia atau Deana tahu pasti dah selesai dengan cepat.
"Anak akak Ain takde clue?" Shazlan soalnya. Deana terus teringat cerita anaknya.
"Ada. Ain ada story dekat akak. Dua orang budak senior sekolahnya di serang oleh seseorang yang memakai topeng muka patung pinokio." Deana memberitahu. Shazlan mengerutkan dahi.
"Ini bukan puaka lagi kak. Ni dah macam pembunuhan bersiri." kata Shazlan. Deana diam seketika.
"Akak tak rasa ni pembunuh bersiri. Kalau pembunuh bersiri mesti dah keluar tv. Sekarang ni takde." Deana beritahu.
"Akak nanti cuba tanya Ain tu. Mana tahu boleh dapat clue ke." kata Shazlan minta Deana tanyakan pada Ain.
"Nantilah akak beritahu." Deana minum air teh o ais.
Telefon bimbitnya berdering. Deana tengok Ain hubungi. Dia terus menjawab panggilan telefon anaknya. Ain ni kenapa? Ada barang tertinggal ke?
"Hello Ain. Kenapa nak?" Deana tanya anaknya ada apa telefon.
"Mama! Cepat datang sekolah Ain! Ada pelajar senior kena rasuk!" Ain menjerit dari dalam talian. Deana terus tersentak. Matanya membulat.
Dia segera bangun dan mencapai kunci kereta di atas meja. Deana terus bergegas lari ke kereta
"Kenapa kak??" Shazlan nak tanya tapi Deana dah lari ke kereta. Shazlan terus sambung duduk dan minumnya.
Deana masuk ke dalam kereta. Enjin di hidupkan. Dia betulkan cermin pandang belakang. Terkejut dia bila ada patung pinokio di tempat duduk belakang. Mata patung tu memandang ke arahnya. Deana terus pusing kepala memandang tempat duduk belakang. Patung tadi tiada. Dia tahu patung tu hint seolah-olah beritahu ada petaka di sekolah Ain sekarang.
BERSAMBUNG......
Share this novel