CHAPTER 5

Thriller Series 517

Anas mengamuk di bilik stor yang biasa mereka berlapan gunakan untuk perbuatan terkutuk mereka. Mereka tak sangka malam itu group whatsapp lelaki topeng bergambar dengan mayat Sakinah. Mayat Sakinah sudah di kebumikan pada pagi tadi. Alisa dah menangis di bucu dinding. Selesa dan Shasha dah sedu. Victor menggigil seluruh tubuh.

Mawi tetap dengan pendirian dia. Dia tahu ini pasti angkara Ikram mengupah lelaki topeng itu. Mesti dia ada kenal lelaki itu.

"Aku takut wei." Victor dah mula menangis ketakutan. Risau kalau lepas ni mungkin dia kena bunuh.

"Cuba kau bawak bersabar boleh tak?? Kau menangis macam ni benda takkan selesai!" Hazrain marahkan Victor. Muka nampak ganas. Tubuh gagah tapi menangis. Macam betina.

"Kau cakap senang! Sekarang ni, Sakinah dah mati di tangan lelaki pembunuh tu!" Victor marahkan Hazrain. Hati Victor dah bolak balik dengan perasaan ketakutan.

"Kau rileklah bodoh!" Hazrain balas balik. Dia paling pantang orang marah dia.

"Kenapa korang berkumpul dekat sini?" suara seseorang yang mereka kenal. Semua toleh ke arah suara itu. Rupanya Hafizah.

Kelihatan Hafizah sedang tengok kukunya panjang ke tak. Mawi datang ke arah perempuan itu.

"Kau sibuk apahal..?? Ada kacau kau ke??" soal Mawi berang. Hafizah terus tolak badan tegap Mawi.

"Kau tu yang ada masalah! Kenapa kau buli Ikram..?? Aku tahu ini semua angkara Hazrain! Kau belasah Ikram! Mesti korang tuduh dia hantar jembalang dekat betina takde dara tu kan??" Hafizah boleh tebak sambil tunjukkan ke arah Alisa.

Hazrain pantang kalau orang hina awek dia. Dia berjalan mendabik dada ke arah Hafizah. Dia perhatikan budak perempuan depan dia ni. Kecik besar kecik besar dia tengok.

"Aku paling pantang orang hina Alisa. Jahat aku pun. Aku tak pernah pukul dia." kata Hazrain dengan nada lembut suaranya. Tapi ada isi di sebaliknya.

"Kau memang tak pernah pukul dia. Sebab dia pelacur kau." Hafizah balas sambil senyum sinis. Hazrain nak tamparnya tapi Mawi tahan tangan membernya. Dia tak mahu cikgu Emilia nampak kesan tampar dekat muka Hafizah.

"Kau jangan buat kerja gila Rain. Kalau kakak dia tahu. Mati kita." Mawi cuba sabarkan Hazrain.

"Nasib kau baik sundal. Kalau tak, mati kau aku kerjakan." kata Hazrain bagi amaran dekat Hafizah. Gadis itu senyum sinis. Dia terus berlalu pergi.

Mawi tutup semula pintu stor. Mereka masih tak boleh melupakan gambar semalam. Mayat Sakinah tu betul-betul mengerikan cara dibunuh. Anas duduk termenung jauh. Dia dah tak tahu nak buat apa.

Hafizah masuk ke dalam kelas. Dia pandang kerusi kosong tempat duduknya Ikram. Sekarang budak lelaki itu masih terlantar di hospital. Nasib baik keadaan Ikram tak begitu teruk. Kata doktor, kemungkinan Ikram akan balik dalam tiga hari bermula sekarang.

Cikgu mata pelajaran telah masuk. Kelas telah bermula.

++++++++++

Deana tengok dirinya. Nasibnya baik kerana dia tidak mengalami luka berdarah semalam. Tv yang sedang tayangkan berita tidak di tontonnya. Dia melabuhkan punggung dan badannya bersandar pada sofa.

"...Kalau kau masuk campur. Kau akan kehilangan anak perempuan kau.." kata-kata lelaki bertopeng itu bermain dalam buah fikiran.

Semalam, semasa dia menyelamatkan Alisa. Dia nampak ada petunjuk baru sehingga dia kembali ke masa dua tahun lalu. Dalam petunjuk itu dia nampak budak lelaki terbaring lemah di atas lantai kesakitan. Dan salah seorang murid bakar muka mangsa buli. Pandangan masa itu kabur tak nampak gerangan yang membakarnya. Tapi, Deana hanya nampak muka perempuan yang seorang ini.

Deana mengambil air yang berada di atas meja untuk minum. Dan berita tv tayangkan kejadian di hadapan sebuah rumah mewah. Dan tayangkan muka mangsa bunuh. Muka murid petunjuk semalam sebijik dalam berita tv. Polis menemui telefon bimbit dan cuba akses untuk masuk kunci telefon.

"Kenapalah waktu sekarang keluarga Kirana pergi holiday? Susah aku nak kendalikan seorang diri. Si budak Shazlan ni pulak pergi Indonesia bercuti. Hadoi siapa lagi yang boleh tolong aku sekarang??" Deana dah membebel seorang diri. Orang yang sama-sama perawat takde dalam Malaysia.

"Takkan nak fight lelaki topeng tu seorang diri? Susah aku nak handle nanti." tambahnya bebel lagi. Itulah Deana kalau dah tak puas hati. Dia akan membebel. Sorang-sorang pun boleh dia bebel sama.

"Deana.! Ooo Deana.!" kedengaran suara makcik jiran sebelah panggilnya. Deana bangun dan berjalan keluar rumah.

"Oii Mak Sue. Apa kabo?" Deana tegur makcik jiran sebelah.

"Sihat je ni." jawab Mak Sue. Deana bukakan pintu pagar.

Mereka berdua berjalan masuk ke dalam rumah. Deana bawa Mak Sue ke ruang dapur. Mak Sue duduk manakala Deana pergi bancuhkan air sejuk.

"Deana, apa cerita hantu pocong kau dulu tu?" Mak Sue tanya teringat kejadian lama pernah berlaku sebelum ni.

"Boleh je handle Mak Sue. Cuma tu lah susah sebab benda ni melibatkan kuasa sihir." Deana menjawab sambil kacau-kacau air bancuhan. Dia meletakkan di depan Mak Sue.

"Aku ada cerita seram nak share dengan kau. Tahu tak, dekat satu sekolah asrama ni. Ada satu bangunan lama tu telah dikosongkan pada tahun 1990. Sebabnya dalam bangunan asrama dulu ada tiga orang pelajar mati bunuh diri. Dua mayat dah di jumpai. Satu lagi hilang entah kemana. Lepas dua mayat tu dah jumpa konon masih boleh di gunakan lagi. Malam tu ramai pelajar kena rasuk oleh benda halus." Mak Sue cerita. Dia ambil air yang Deana sediakan. Mak Sue minumnya sikit-sikit.

"Lepas tu apa jadi?" Deana soalnya lagi.

"Malam tu perawat datang. Bomoh datang. Rupanya mereka terlupa akan satu lagi mayat bunuh diri tu belum di temukan. Tu yang kecoh sampai block tu di tutup untuk selamanya." Mak Sue sambung ceritanya.

"Nampak menarik." kata Deana.

"Ada satu pasangan perawat muda pernah datang sana. Tak silap nama mereka tu Amir dengan Syasya." Mak Sue bagitahu. Deana mengerutkan dahi.

"Laa ada pasangan tu ke??" soal Deana.

"Kamu kenal ke?" Mak Sue tanya.

"Kenal sangat. Tu kan anak buahnya Ustaz Zain." Deana menjawab. Amir dengan Syasya dia kenal dekat asrama mereka dulu. Tak sangka dah berkahwin rupanya.

"Patutlah macam familiar." kata Mak Sue. Matanya di alihkan ke arah ruang tamu. Dia nampak ada buku tebal di atas meja ruang tamu.

"Deana, tu buku apa tebal sangat?" Mak Sue soal sambil tunjukkan buku itu.

"Itu buku antik. Mak Sue jangan cuba-cuba buka. Ada pantun sihir dalam tu." Deana bagi amaran supaya Mak Sue jangan bijak pandai main buka.

"Kalau aku tengok saja isi tak boleh?" soal Mak Sue. Deana menggelengkan kepala.

"Bahaya. Anak aku pun aku tak berani bagi mereka." jawab Deana. Dia minum air ribena dan terus basuh.

"Ha yelah." kata Mak Sue.

"Oh ya, tadi si Kirana ada whatsapp aku suruh carikan buku novel yang dia kirim." Deana baru teringat pesanan Kirana.

"Ha pergilah cari." kata Mak Sue.

"Sekejap ea. Mak Sue jangan keluar dari dapur. Stay je situ! Jangan sesekali buka buku ni!" Deana sempat bagi amaran supaya jangan berani sentuh atau buka.

Tapi keinginan Mak Sue terlalu kuat. Dia nak tahu sangat isi kandungan buku tersebut. Mak Sue tengok Deana dah naik ke bilik di atas. Mak Sue keluar dari dapur. Dia berjalan ke arah buku tebal di atas meja. Mak Sue cuba untuk angkat tapi beratnya tu lain macam.

"Berat betul.." omelnya.

Dia cuba buka kulit buku itu. Helaian pertama di tunjukkan. Dia tengok biasa je buku ni. Apa yang seram sangat? Helaian kedua dibuka. Baginya biasa. Keinginan dia makin tebal. Mak Sue cuba buka bahagian tengah muka surat. Ada tampalan kain kafan yang lusuh. Dia pegang kain tersebut. Mak Sue cuba hidu. Dahinya berkerut. Baunya dah tentulah busuk.

"Busuk..." kata Mak Sue. Dia tengok rupa tali kafan yang di tampal itu.

"Rasanya ni tali kafan betul ni." katanya lagi.

Mak Sue pandang mantera itu. Tanpa sedar, dalam hatinya membaca mantera tersebut. Lama dia pandang tulisan mantera itu. Tiba-tiba, dia terdengar bunyi pintu bilik Deana terbuka dari tingkat atas. Mak Sue cepat-cepat tutup buku tersebut dan lari ke dapur semula. Dia pura-pura macam tak ada apa-apa berlaku.

"Jumpa pun.." kata Deana turun tangga dan berjalan ke dapur. Dia meletakkan buku itu di depan Mak Sue.

"Ni ha yang Kirana mintak." Deana memberitahu.

"Oh yeke? Best ke novel ni?" soal Mak Sue cuba fokuskan topik pasal novel. Dia taknak Deana nanti tanya pasal buku puaka tebal itu.

"Baru beli. Tak baca lagi. Ni Kirana kirim. Tak manis baca novel orang." Deana menjawab. Mak Sue ketawa kecil. Betul juga.

Deana pandang buku puaka itu. Dia tengok Mak Sue yang sibuk belek kulit buku novel. Entahlah kenapa hatinya mengatakan Mak Sue ada mengusiknya. Deana cuba fikir yang baik. Dia tahu Mak Sue bukan jenis penyibuk atau nak tahu semua perkara.

"Okeylah Deana. Aku nak balik. Anak-anak pun nanti balik sekolah. Balik kerja nak makan." kata Mak Sue.

"Ha yelah." Deana menjawab. Mak Sue dan Deana bersalaman. Tiba-tiba, muka Deana berubah semasa dia pegang tangan Mak Sue tadi.

Dia tengok Mak Sue dah keluar dari rumah. Deana pergi ke ruang tamu. Dia sentuh kulit buku itu. Deana periksa bahagian muka suratnya. Hatinya makin bertambah kuat mengatakan Mak Sue tadi ada buka.

"Engkau buka buku ni Mak Sue. Harap kau tak baca satu mantera pocong dalam ni." kata Deana perlahan. Dia sendiri pun tak berani baca walaupun dalam hati. Deana cuba angkat buku itu dan bawanya masuk ke dalam bilik. Dia mahu sembunyikan buku tersebut. Wafiy dengan Ain pun takut tengok buku puaka.

"Jenis orang tua ni penyibuk betul. Sabar jelah aku!" Deana bebel lagi.

++++++++++

Mawi tengok kawan-kawannya. Ada seseorang yang dia terlupa. Iaitu Johari. Lelaki itu hilang selepas malam itu dia bantai Ikram di dalam kelas. Dia mula pelik dari awal sejak bila Hazrain couple dengan Alisa? Hanya Victor tiada pada malam itu. Tapi awek Victor iaitu Selena pula ada.

"Rain, sini kejap." Mawi panggil member-membernya.

"Apa dia??" Hazrain soalnya.

"Sejak bila kau couple dengan Alisa? Kan dia tu awek Johari." Mawi mahu soal Hazrain.

"Alisa mintak putus. Lepas tu Joe hilang entah kemana sampai sekarang." jawab Hazrain. Dia memang dah lama sukakan Alisa. Lepas Alisa dengan Johari putus. Hazrain masuk jarum ajak couple.

"Kau rasa lelaki topeng tu Johari ke?" soal Mawi. Hazrain yang baru nak hisap rokok terhenti.

"Bukan aku rasa. Kalau dia lelaki topeng tu. Kenapa dia serang Anas dengan Sakinah malam yang sama selepas kau dengan Shasha pukul Ikram?" soal Hazrain. Mawi masih tak dapat nak menjawab pertanyaan Hazrain.

"Tapi sumpah aku pelik sekarang. Kau tengok dalam group. Malam Anas dengan Sakinah di serang. Dia left esok paginya." kata Mawi tunjukkan hari Johari left.

"Tapi aku pun pelik jugak. Dia terus senyap takde update dekat kita. Aku dah cuba call banyak kali tapi dia takde respon." Hazrain beritahu. Dia tunjukkan skrin bukti dia dah hubungi Johari banyak kali. Hampir setiap hari.

"Aku rasa Johari lelaki bertopeng pinokio tu. Sebab tu dia ada sekali datang sekolah cuba nak bunuh kita berenam masa tu." Mawi tak lari dari terus tuduh menuduh. Pada awalnya dia mengesyaki Ikram pembunuh. Tapi, malam yang lelaki topeng pinokio hantar gambar bersama mayat Sakinah. Ikram masih di hospital lagi.

"Kau rasa dia berdendam dengan kita di sebabkan kes dua tahun lepas tu ke?" soal Hazrain ingatkan Mawi balik kejadian yang berlaku malam itu.

"Aku taknak ingat! Tolong jangan ungkit..!" Mawi marahkan Hazrain untuk berhenti dari bicara kejadian itu.

"Kau cakap jangan ingat! Tapi yang jadi mangsa tu awek aku tau! Dia berani post gambar tu dekat group whatsapp kita!" Anas marahkan Mawi.

Lelaki itu pantang orang tengking depan dia. Dia turun dari meja dan berdiri depan Anas. Dia tolak tubuh lelaki itu.

"Apa masalah kau nak marah aku..???" soal Mawi kasar.

"Kau tu yang terlalu ego! Kau cakap jangan ungkit! Tapi dia tu tengah nak balas dendam dekat kita lapan orang. Awek aku dah mati. Kita tinggal tujuh orang je." kata Anas nada perlahan. Dia cuba nak bagitahu Mawi sekarang bukan masanya untuk tidak bercakap hal dua tahun lalu.

"Korang. Aku dah taknak masuk campur lagi. Aku nak balik!" Victor lelaki berbangsa cina itu tetap tak mahu cerita hal-hal begini.

"Dah terlambat Vic. Dia tu dah mula bertindak!" kata Hazrain bagitahu Victor bahawa nyawa mereka sekarang berada di tangan sang pembunuh.

"No! Cannot lah! Aku tak mahu terlibat! Aku tak mahu mati!" Victor dah mula tak tentu arah. Mawi geram dengan budak cina sorang ni.

Dia terus tumbuk muka budak lelaki itu. Victor sampai terjatuh ke lantai akibat di tumbuk. Dia pandang muka Mawi.

"Engkau sibuk dengan pelat-pelat english kau! Kau nak mati ke taknak mati ke! Yang kau! Kau! Kau! Kau semua dah berada di tangan dia sekarang." kata Mawi tunjukkan mereka semua termasuk tiga gadis itu sekali.

"Aku rasa ini angkara Johari. Mamat tu memang nak mati!" Anas pula tiba-tiba cakap lelaki bertopeng pinokio itu adalah Johari. Alisa tak sangka selama dia couple dulu rupanya dengan Johari sang pembunuh.

"Kau bersabar lah dulu!" Hazrain cuba tahan Anas dari nak marah. Lelaki itu masih tak dapat melupakan mayat Sakinah yang di hantar melalui whatsapp.

Di suatu tempat lain. Si lelaki bertopeng pinokio itu berjalan ke arah figura manusia yang memakai hoodie putih. Lelaki topeng itu berikan kepingan gambar mayat Sakinah. Figura itu ambil dan simpan. Dia keluarkan kepingan gambar baru. Mangsa seterusnya adalah Victor. Lelaki topeng itu ambil dan tengoknya. Figura manusia itu berjalan pergi dari situ untuk berpura-pura tak pernah jumpa.

BERSAMBUNG......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience